Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
masalah bau badan

Cara Mudah Atasi Masalah Bau Badan

Posted on 07/24/202309/22/2023 by 123mamanet

Masalah bau badan. Eee…busuknya. Bau apa yang tengik ni? Malu sebab badan berbau? Ingin tahu cara mengatasi masalah  bau badan busuk dengan solusi yang paling mudah serta berkesan? Baca artikel ini sampai habis!

Isi Kandungan hide
1 Apa Itu Bau Badan?
2 Siapa Yang Boleh Terkena Masalah Bau Badan?
3 Tanda-Tanda Anda Mempunyai Bau Badan
4 Adakah Terdapat Ubat Untuk Masalah Bau Badan?
5 Cara Selesaikan Masalah Bau Badan Dengan Cepat
5.1 Jangan Malas Mandi
5.2 Pakai Deodoran/Antiperspirant atau Minyak Wangi
5.3 Berlulur Secara Rutin
5.4 Pemilihan Pakaian Dengan Material Serap Peluh

Bau badan termasuk dalam masalah klasik yang sering  menjadi keluhan sebahagian orang. Namun, bagi anda yang mengalami masalah ini, jangan terlalu stress. Ini adalah kerana stress atau tekanan emosi juga boleh membuatkan badan kita mengeluarkan bau yang tidak sedap.

masalah bau badan

Apa Itu Bau Badan?

Bau badan muncul disebabkan peluh yang keluar bersama-sama dengan mikroorganisma (bakteria) pada permukaan kulit. Sesetengah makanan, termasuk kari dan bawang putih juga boleh mempengaruhi kemunculan bau badan.

Siapa Yang Boleh Terkena Masalah Bau Badan?

Masalah ini boleh mendatangi sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih terdedah daripada remaja perempuan untuk mengalami masalah bau badan.

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Bau Badan

Muncul bau yang tidak menyenangkan, terutamanya selepas berpeluh. Bau badan tersebut akan hilang apabila anda mandi.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Masalah Bau Badan?

Anda boleh gunakan sabun yang bersifat anti bakteria dan gunakan antiperspirant deodorant.

 Cara Selesaikan Masalah Bau Badan Dengan Cepat  

Untuk mengatasi masalah bau badan kita perlu menjaga kebersihan tubuh kita supaya tidak menimbulkan bau yang tidak sebab disebabkan masalah peluh yang berlebihan. Lagipun mana ada orang yang sanggup duduk lama-lama berdekatan dengan kita kalau badan kita berbau busuk.

masalah bau badan

Jangan Malas Mandi

Adakalanya kita rasa liat atau malas untuk menyentuh air. Lebih-lebih lagi kalau hari hujan, rasa nak terus berbaring dan bergulung di dalam selimut.

Tapi, kita patut tahu mandi 3 kali sehari itu perlu untuk hilangkan bau badan yang tidak menyenangkan itu.

Dengan mandi, semua peluh atau bakteria yang melekat pada badan akan hilang. Bahkan badan kita juga akan menjadi lebih segar.

Pakai Deodoran/Antiperspirant atau Minyak Wangi

Tak adalah salahnya pun kalau kita pakai deodoran/antiperspirant atau minyak wangi ketika berada di rumah. 

Deodoran boleh digunakan untuk hilangkan bau badan, namun tidak mampu membantu mengurangkan keluarnya peluh. Manakala antiperspirant  merupakan produk yang mampu menghalang keluarnya peluh yang perlebihan.

Baca Juga:

Bahaya Tahan Kencing

Cara Turunkan Kolesterol

 

masalah bau badan

Berlulur Secara Rutin 

Memanjakan diri sendiri tu penting. Kalau ada bajet lebih, pergilah ke salun atau spa.  Sekiranya tak ada bajet lebih, buat lulur sendiri pun tak ada masalah.

Lulur mawar, lulur susu kambing ataupun lulur teh hijau mampu menghilangkan masalah bau badan. Ketika berlulur, jangan abaikan pada lipatan-lipatan kulut yang boleh menimbulkan tersebut seperti di ketiak.

Luluran tersebut dilakukan supaya sel-sel kulit mati terangkat dan dapat menghindarinya. Untuk mencegah timbulnya bau badan, berlulurlah secara rutin dua kali seminggu.

 

Pemilihan Pakaian Dengan Material Serap Peluh

Baju ketat boleh membuatkan badan kita tidak bernafas dan menjadi lebih mudah berpeluh. Jadi, sebaiknya pilihlah pakaian yang longgar dan benar-benar buat kita rasa selesa.

Di samping itu, peluh yang keluar juga pasti akan melekat pada pakaian yang kita pakai.Boleh jadi juga pakaian tersebut menjadi penyebab utama badan kita berbau selama ini. Jadi, sebab itulah pentingnya kita memilih material yang mampu menyerap peluh dengan baik.

makanan berempah

HINDARI MAKANAN PENYEBAB BAU BADAN

Ternyata ada banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan bau badan ataupun bau ketiak. Antaranya daging merah, bawang putih, rempah ratus, makanan pedas, makanan segera dan juga produk olahan dari susu.

Selain itu, minuman keras dan juga kafein boleh menyebabkan bau badan yang tidak sedap. Kafien yang terdapa di dalam kopi akan menstimulasikan sistem saraf pusat kita yang membuatkan kelenjar peluh menjadi lebih aktif.

Baca Juga: Bahaya Suka Tahan Kencing. Jangan Buat Pasal!

Selain itu, kopi juga merupakan sejenis minuman yang boleh membuatkan mulut kita menjadi kering. Ketika mulut kekurangan air liur, maka bakteria di dalam mulut akan jadi bertambah dan menghasilkan sulfur yang boleh menimbulkan bau mulut serta merangsang bau badan.

Itulah beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab dan cara hilangkan bau badan sebaiknya kita ketahui. Semoga artikel  ini bermanfaat untuk semua yang mempunyai masalah bau badan.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme