Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Menghilangkan Bulu Kemaluan

Mengapa Perlu Menghilangkan Bulu Kemaluan?

Posted on 06/12/201606/12/2016 by 123mamanet

Menghilangkan Bulu KemaluanMenghilangkan Bulu Kemaluan. Tentu ramai wanita yang tidak gemarkan bulu pada bahagian tertentu tubuh seperti ketiak dan bahagian Miss V. Apa perlunya bulu-bulu itu pada pada Miss V kita? Sebenarnya bulu tersebut sangat berfungsi untuk menjaga kawasan Miss V supaya sihat dan selamat.

Isi Kandungan hide
1 3 Cara Menghilangkan Bulu Kemaluan Secara Semulajadi

Melindungi Vagina

Wanita yang memiliki bulu kemaluan yang terlalu panjang lebih mudah terkena jangkitan sehingga menyebabkan keputihan kerana ia menjadi sarang kuman dan bakteria.

 

Namun, menghilangkan bulu kemaluan sampai habis atau botak boleh menyebabkan jangkitan pada alat sulit atau vagina. Bulu kemaluan mampu melindungi vagina daripada serangan kuman dan bakteria.

 

Sebaiknya, kita menghilangkan hujung bulu kemaluan sahaja bagi mencegah kuman dan bakteria bersarang di situ. Cara mudah untuk menjaga kebersihan bahagian sulit ialah dengan menggunting bulu-bulu tersebut sebulan sekali.

Menghilangkan Bulu Kemaluan

Menghilangkan Bulu Kemaluan

Bagaimanapun, ramai yang lebih suka memilih cara menghilangkan bulu kemaluan sama ada dengan mencukur, waxing ataupun menggunakan teknologi laser.

 

Tolong Beri Perhatian!

Menghilangkan bulu kemaluan juga dikatakan dapat menambah sensitiviti terhadap stimulasi seks. Sekiranya kita mahu menghilangkan bulu kemaluan di kawasan Miss V, banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian terutama tentang kebersihan dan selamat untuk dipraktik.

 

Baca ini:

  • Hilangkan Gatal Pada Kulit Dengan 5 Petua
  • Cara Putihkan Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

 

3 Cara Menghilangkan Bulu Kemaluan Secara Semulajadi

 

  1. Putih TelurMenghilangkan Bulu Kemaluan

Putih telur merupakan salah satu cara menghilangkan bulu kemaluan. Caranya cukup senang. Ambil sebiji telur, kemudian asingkan antara kuning  telur dan putih telur.

 

Ambil putihnya sahaja, setelah itu campurkan tepung jagung dan 1 sudu makan gula dengan putih telur. Gaul hingga sebati.

 

Kemudian sapukan pes telur pada bahagian bulu kemaluan dan biarkan sehingga kering. Setelah kering, tariklah pes telur tadi, maka bulu-bulu kemaluan pun akak ikut tertarik keluar.

 

  1. Gula Dan LemonMenghilangkan Bulu Kemaluan

Tentu ramai yang tidak tahu khasiat gula yang memiliki fungsi untuk melemahkan bulu kemaluan.

 

Jika mahu menghilangkan bulu kemaluan dengan cara semulajadi, anda boleh menggunakan gula (3 sudu kecil) yang sudah dicairkan dengan sedikit perahan lemon.

 

Kemudian sapukan pada kawasan vagina yang ingin anda hapuskan bulunya itu dan tarik menggunakan strip yang biasa digunakan untuk ‘waxing’ ketika anda mahu mencabutnya.

 

 

  1. Oatmeal Dan MaduMenghilangkan Bulu Kemaluan

Oatmeal dan madu mempunyai khasiat untuk menghilangkan bulu kemaluan tanpa rasa sakit.

 

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mencampurkan oatmeal dan madu dalam satu mangkuk. Kemudian, gaul sebati sehingga menjadi seperti pasta. Setelah itu sapukan di atas bulu kemaluan dan tariklah dengan strip.

 

Sila Ambil Perhatian! Buat Wanita Bertubuh Besar

 

Bagi wanita yang mengalami kelebihan berat badan, vagina anda ternyata lebih lembab kerana cepat berpeluh sehingga membuatkan bakteria dan kuman menjadi lebih mudah untuk bersarang. Jadi, hati-hati jika anda ingin menghilangkan bulu kemaluan sampai habis kerana risiko bersarangnya kuman di situ semakin tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme