Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kulit muka sensitif

6 Cara Terbaik Merawat Kulit Muka Sensitif

Posted on 10/22/201610/23/2016 by 123mamanet
kulit muka sensitif
foto Dr.Odd

Sekiranya kita memiliki kulit muka sensitif, kita akan lebih mudah terkena jerawat, ruam, kulit berkedut dan algeri terhadap produk-produk mekap atau kecantikan serta keadaan cuaca. Tak kira cuaca panas, mahupun cuaca sejuk.

Isi Kandungan hide
1 Berikut cara semulajadi merawat kulit muka sensitif:

 

 

Terdapat banyak cara menjaga atau merawat kulit muka sensitif. Namun, merawatnya kita tidak boleh sembarangan kerana ia boleh menimbulkan kesan negatif pada kulit sensitif. Biasanya kulit sensitif akan kelihatan kemerahan seperti terbakar, berjerawat dan mengalami iritasi. Ketahui juga cara putihkan kulit tanpa bahayakan diri.

 

 

Dikongsikan cara semulajadi untuk merawat kulit sensitif, supaya kulit muka kita tetap sihat tanpa menimbulkan efek sampingan yang akan membahayakan kulit kita.Bahan-bahan semulajadi adalah cara terbaik untuk merawatnya.

 

 

Berikut cara semulajadi merawat kulit muka sensitif:

 

  1.  kulit muka sensitif
    foto-netdna-cdn

    Vitamin C

Vitamin C juga boleh membantu merawat kulit muka sensitif. Kulit muka yang cukup nutrisinya mampu mencegah kulit menjadi rosak.Vitamin C boleh didapati daripada buah-buahan seperti limau,oren,lemon,epal,strawberi dan jambu. Penggunaan serum vitamin C juga bagus untuk muka sensitif.

 

 

 

  1. kulit muka sensitif
    foto-style-pk

    Timun

Kulit yang sensitif memerlukan kelembapan semulajadi yang tidak merosakkan kulit. Sayur timun adalah bahan semulajadi yang tidak memberikan efek buruk pada kulit muka yang bermasalah.

 

Masker muka semulajadi dari sayur-sayuran mempunyai banyak manfaat,antaranya mampu mengatasi masalah muka berminyak, menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam serta mencerahkan kulit.

 

 

  1. kulit muka sensitif
    foto-altervista

    Serbuk Kopi

Biji kopi berkhasiat untuk merawat kulit muka yang sensitif. Campurkan serbuk kopi tanpa gula dengan madu dan juga susu serta minyak kelapa. Gaul sehingga sebati membentuk pasta.

 

Manfaatkannya sebagai masker muka. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih dengan air sejuk.

 

 

  1. kulit muka sensitif
    foto-squarespace

    Kentang

Ambil dan kupas beberapa biji kentang dan parut/haluskan sampai lembut. Kemudian tambahkan sedikit madu, gaul sebati sehingga membentuk pasta.

 

Sapukannya pada kulit muka sensitif, kemudian barikan selama 20 minit. Setelah itu, barulah dibilas dengan air sejuk.

 

Cara ini bukan sahaja bagus untuk meremajakan kulit. Bahkan khasiat masker kentang ini juga cukup efektif untuk menghilangkan bintik-bintik hitam serta bekas-bekas jerawat.

 

  1. kulit muka sensitif
    foto-dingo-care2

    Gula Pasir

Campurkan gula pasir dengan minyak zaitun untuk membuat skrub muka yang lembut bagi merawat kulit sensitif.

 

Urut lembut kulit muka dengan hujung jari bagi menghapuskan sel-sel kulit mati. Kemudian cuci sehingga bersih dengan air panas suam.

 

 

  1. kulit muka sensitif
    foto-heartbowsmakeup

    Minyak Kelapa

Jika kita mempunyai kulit muka yang sensitif sehingga mudah bermasalah dan kering, penggunaan minyak kelapa adalah pilihan yang efektif. Sifat semulajadinya yang mampu meresap ke dalam kulit dapat melembabkan serta menyihatkan kulit.

 

Aplikasikan pada setiap malam sebelum tidur, sambil mengurut-urut perlahan kulit muka. Insya-Allah kulit muka akan menjadi lebih sihat dan nampak segar.

 

Itulah beberapa cara merawat kulit muka sensitif secara semulajadi yang boleh dicuba.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat
  • Beg Tangan AS x Sally – Koleksi Eksklusif Elegan & Trendy
  • SugarBun Umum Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious

Recent Posts

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme