Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gaya muslimah

Mesti Ada! 6 Item Melengkapi Gaya Muslimah Terkini

Posted on 11/15/201611/15/2016 by 123mamanet
gaya muslimah
foto-flashmag-tn

Bertudung ataupun berhijab tidak bermakna kita harus ‘biasa-biasa’ sahaja tanpa mempedulikan penampilan diri. Tambahan pula, kini terlalu banyak pakaian atau item fesyen yang melengkapi gaya muslimah masa kini untuk tampil lebih up to date.

 

 

Berikut beberapa gaya muslimah yang boleh secara automatik merubah anda daripada ‘biasa-biasa’ itu menjadi seorang yang lebih bergaya walaupun berhijab.

 

 

  1. Skirt Labuh
gaya muslimah
foto-ak0-pinimg

Memakai skirt labuh di kalangan hijabers kini bukan lagi dianggap ketinggalan zaman kerana anda boleh tampil lebih trendy.

Bahkan pemakaian skirt labuh  juga mampu memperlihatkan kecantikan dan anggunan anda sebagai wanita sejati.Tambahan pula,skirt moden hari ini cenderung menawarkan pelbagai rekaan serta pilihan yang sesuai dengan gaya muslimah.

 

 

 

 

 

 

  1. Maxi Dress
gaya muslimah
foto-data-whicd

Pakaian ini wajib ada di dalam almari baju anda. Maxi dress boleh digayakan untuk aktiviti santai dan juga majlis formal. Cuma, anda perlu perhatikan material, potongan atau rekaan serta warna maxi dress yang ingin digayakan agar lebih sesuai.

 

Lagipun tidak sukar untuk mensuaipadankan maxi dress dengan hijab. Di samping itu, anda boleh juga padukannya dengan cardigan dari material cotton ataupun spandex, jika maxi dress tersebut tanpa lengan.

 

Pelbagai gaya muslimah boleh dicipta melalui pemakaian maxi dress ini.Untuk kelihatan lebih feminin, maxi dress floral boleh dijadikan pilihan.

 

 

  1. Statement Jacket
gaya muslimah
foto-pinimg

Statement jacket ini boleh digunakan untuk event tertentu pada siang ataupun malam hari. Statement jacket ini boleh menjadi salah satu dari gaya muslimah yang mampu membuatkan anda  kelihatan lebih mempersonakan.

 

Untuk tampil dengan gaya  edgy ketika memakai hijab, anda boleh gandingkan statement jacket dengan dress dan juga kasut boot serta sedikit aksesori seperti rantai labuh.

 

Biasanya statement jacket ini mempunyai banyak pilihan dengan rekaan motif abstrak, jeans dan leather.

 

 

  1. Seluar Harem
gaya muslimah
foto-ak1-polyvoreimg

Kalau bosan mengenakan seluar berpotongan biasa-biasa sahaja, cubalah bergaya dengan seluar harem atau harem pants.

 

Pilihlah yang  ada cengkaman atau kedutan di bahagian hujung kaki, serta bermotif ataupun warna-warna lembut dan sehingga gaya muslimah yang cuba ditampilkan kelihatan lebih menyejukkan mata.

 

 

 

 

 

  1. Cardigan/Bolero
gaya muslimah
foto-polyvoreimg

Jika anda mempunyai gaun panjang atau blouse tanpa lengan, jangan terburu-buru untuk membuangnya daripada koleksi pakaian anda.

 

Walaupun kini anda sudah berhijab, pakaian tersebut masih boleh anda pakai. Tambahkan sahaja cardigan atau bolero untuk menutupi lengan anda.

Ketahui juga mengenai lebih stylo dengan Cardigan.

 

 

  1. Seluar Palazzo
gaya muslimah
foto-polyvoreimg

Jika tidak biasa atau selesa untuk memakai skirt labuh, tetapi anda tetap juga mahu kelihatan feminin, seluar berpotongan  lebar atau palazzo ini boleh dijadikan pilihan.

 

Dengan menggunakan seluar pallozo anda boleh mencuba pelbagai gaya.Seluar palazzo atau palazzo pants yang diperbuat dari kain dengan material jatuh dan ringan mampu menciptakan volume yang sempurna. Lebih-lebih lagi apabila ditiup angin.

 

Namun pemakaian seluar ini,tidak nampak serasi dengan anda yang bertubuh rendah.Jika mahu memakainya juga, pastikan anda memakai kasut bertumit tinggi ataupun wedges bagi menciptakan kesan tinggi dan ramping pada tubuh.

 

Di samping itu, anda juga boleh mencuba mencipta gaya muslimah dengan mix and match seluar palazzo bersama jaket.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat
  • Beg Tangan AS x Sally – Koleksi Eksklusif Elegan & Trendy
  • SugarBun Umum Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious

Recent Posts

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme