Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
AIR KELAPA BAKAR

MINUM AIR KELAPA BAKAR LEBIH BAIK DARIPADA KELAPA MUDA? KETAHUI CARA MEMBUATNYA

Posted on 03/24/201703/24/2017 by 123mamanet

Minum air kelapa muda adalah perkara biasa tetapi bagaimana pula dengan air kelapa bakar? Pernahkah anda terlihat di jalanan ada papan tanda yang tertulis kelapa bakar.

Isi Kandungan hide
1 RAMUAN TAMBAHAN MENAMBAH LAGI KEENAKAN DAN KHASIAT AIR KELAPA BAKAR
1.1 CARA MEMBUAT AIR KELAPA BAKAR DI RUMAH
1.2 BERIKUT IALAH MANFAAT AIR KELAPA BAKAR YANG PERLU ANDA KETAHUI

Mamanet selalu nampak bila melalui jalan Kampung Subang. Bahkan mamanet tertanya-tanya, bagaimana rasanya air kelapa bakar dan apakah khasiatnya?

Kelapa bakar merupakan kelapa muda yang melalui proses pembakaran pada tungku atau alat pemanggang lebih kurang 3 hingga 4 jam sehingga dipastikan air di dalamnya sudah mendidih.

Manakala isi kelapa menjadi lekang dan lembut dan bercampur dengan air kelapa seperti sari pati. Sejukkan dulu air kelapa bakar itu sebelum diminum.

  • Ketahui juga manfaat air kelapa muda.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

air kelapa bakar

RAMUAN TAMBAHAN MENAMBAH LAGI KEENAKAN DAN KHASIAT AIR KELAPA BAKAR

Bagi segelintir peminat  air kelapa bakar, mereka menambah manisan agar lebih enak atau rempah untuk memberi lebih khasiat terhadap kesihatan peminumnya.

Untuk lebih stamina, ada yang mencampurkannya dengan telur ayam. Bagaimanapun, tanpa sebarang campuran lain pun, ia tetap enak diminum begitu saja.

air kelapa bakar
Bahan untuk jamu seperti serbuk kulit kayu manis, serbuk halia, kunyit, cengkeh, temu lawak dan sebagainya.

CARA MEMBUAT AIR KELAPA BAKAR DI RUMAH

Bahan-bahan:

1 biji kelapa muda. Pangkas dahulu bahagian atasnya hingga nampak tempurung atau isi luar.

2 sudu makan madu atau gula melaka/kabungAIR KELAPA BAKAR

1 sudu teh serbuk halia

Daun pandan (jika suka)

2 sudu makan ramuan rempah dikisar (jamu) – jika suka.

Sebiji telur ayam (sebaik-baiknya ayam kampung) – jika suka.

Cara membuatnya:AIR KELAPA BAKAR

  1. Bakar kelapa muda di atas tungku masak atau tempat memanggang sehingga 3 jam sampai ia mendidih.
  2. Potong isi bahagian atasnya hingga kelihatan air di dalam kelapa lalu masukkan bahan-bahan manisan atau ramuan yang digemari dan dikacau sehingga sebati bersama isi dan air kelapa.
  3. Sejukkan sebelum diminum. Rasanya jauh lebih sedap daripada minuman berkabornat.

 

 

AIR KELAPA BAKAR

NOTA: Jika sukar mendapatkan kelapa muda, anda boleh beli kelapa muda di pasaraya atau kedai mamak yang sudah siap dikupas kulit luar. Bakar terus di atas tungku.

  • Ketahui juga mengenai khasiat sup sup tulang berkolagen.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BERIKUT IALAH MANFAAT AIR KELAPA BAKAR YANG PERLU ANDA KETAHUIAIR KELAPA BAKAR

Apakah manfaat air kelapa bakar ini sama dengan air kelapa muda? Hakikatnya bila ia mengalami proses pembakaran yang lama, tidakkah khasiat hilang atau rosak?

Jawapannya tentulah tidak kerana proses pembakaran yang lama membolehkan segala khasiat pada isi kelapa dapat menyerap terus ke dalam air hingga menjadi pati.

 

  1. Meningkatkan daya tahan tubuh

Amalan meminum air kelapa ini dapat membantu menyegarkan kembali tubuh yang lesu dan letih. Anda akan kembali bersemangat dengan daya imun tubuh semakin baik kerana segala khasiat air kelapa mudah menyerap ke dalam tubuh.AIR KELAPA BAKAR

  1. Mengatasi masalah masuk angin

Masalah masuk angina memang lumrah bagi orang Asia. Banyak penyakit berkaitan angin ini yang boleh disenaraikan seperti perut kembung, sneak, pedih ulu hati, urat masuk angin, angin sengkak, pening, pitam, mual, demam, perut sebu dan sembelit.

Minum air kelapa bakar dapat membantu mengatasi masalah ini. Apatah lagi jika dicampurkan dengan ramuan rempah. Pasti tubuh akan berasa lebih hangat.AIR KELAPA BAKAR

  1. Mengatasi diabetes

Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Selain faktor pemakanan, gaya hidup tidak sihat dikatakan menjadi punca penyakit ini. Dengan rajin meminum air kelapa bakar dipercayai dapat membantu mengatasi penyakit diabetes.

AWAS: Elakkan penambahan sebarang jenis gula dalam air kelapa ini.AIR KELAPA BAKAR

  1. Mengatasi masalah batu karang

Penyakit batu karang dapat dikurangkan dengan meminum air kelapa bakar. Penyakit ini terjadi kerana adanya pembentukan material keras seperti batu pada buah pinggang yang menyebabkan seseorang mengalami gejala nyeri pinggang, kencing berdarah dan sebagainya. Air kelapa bakar dikatakan dapat memecahkan batu karang hingga dapat dikeluarkan melalui saluran kencing.AIR KELAPA BAKAR

  1. Mempercepat kehamilan

Minuman ini juga dipercayai dapat membantu kehamilan pada para wanita yang sukar hamil. Biarpun tiada kajian saintifik berkenaan hal kesuburan ini, air kelapa bakar dikatakan dapat meningkat tahap kesihatan tubuh badan seseorang hingga menjadikannya lebih bertenaga dan ceria.AIR KEPALA BAKAR

Untuk mendapatkan khasiat yang terbaik, elok amalkan selama 7 hari (boleh minum sama ada air kelapa muda atau kelapa bakar).

Semoga artikel khasiat air kelapa bakar ini dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan ceria.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme