Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mulakan bisnes

Mulakan Bisnes Menjana RM2000 Sebulan Tanpa Kos

Posted on 10/25/201610/31/2016 by 123mamanet

mulakan bisnesRamai orang berfikir yang bisnes memerlukan modal. Ertinya sebelum mulakan bisnes dan dapat untung,  kita perlu mengeluarkan dulu modal. Adakah hal ini benar 100%? Tidak!

Isi Kandungan hide
1 Takut nak mulakan bisnes?
2 Apa yang anda belajar dalam kelas MB2000 dan mulakan bisnes?

 

 

Idea mulakan bisnes tanpa modal bukanlah baru atau hanya angan-angan. Ramai orang yang berjaya mulakan bisnes tanpa modal! Percaya atau tidak, hal ini dibongkar dalam dalam seminar MB2000 yang dianjurkan oleh Tuan Faisal Abdulllah, CEO dan Pengasas NasihatNiaga.com. Ketahui juga bagaimana buat bisnes dari rumah yang menguntungkan.

 

Beliau yang turut berkongsi maklumat penting tentang bisnes tanpa modal melalui e-mel  langganan, sedia memberikan panduan yang diperlukan oleh bakal usahawan dan usahawan.

 

Mungkin ada yang berkata, saya dah banyak sertai seminar bagaimana hendak mulakan bisnes tapi tidak ada satu pun yang benar-benar membantu saya. Saya kecewa dan tak mahu sertai seminar bisnes lagi!
Hakikatnya, MB2000 berbeza daripada kebanyakan kelas bisnes. Kelas ini sangat asas dan membimbing anda mendaki langkah demi langkah. Anda tidak akan terperangkap dalam dunia yang bukan milik anda.

 

Sebagai contoh, jika anda lapar, orang lain mungkin akan memberitahu anda tentang sedapnya makan nasi dan nikmat kenyang bila makan nasi.

 

Tapi bagi MB2000, anda diajar tentang bagaimana nak cari duit untuk beli beras dan tanak beras sampai jadi nasi. Tentang bagaimana anda boleh kenyang dengan makan nasi, anda sendiri dah tahu sebab ia fitrah yang tak perlu diajar.

 

Menurut Tuan Faisal, jika anda seorang yang baru nak memulakan bisnes, inilah ilmu permulaan yang amat anda perlukan untuk bermula tanpa kos pemasaran dan dengan modal yang rendah.

 

Mungkin ada yang bertanya akan soalan seperti ini, “Saya baru habis belajar. Saya tidak ada sumber langsung untuk sara hidup apatah lagi nak buat bisnes. Keluarga pasti akan menentang niat saya dan suruh saya bekerja.”
mulakan bisnes

Jawapan Tuan Faisal adalah seperti berikut:

1. Anda perlu fahamkan pada keluarga bahawa berniaga para peringkat awal akan terumbang- ambing.

Hal ini kerana anda belum ada pengalaman berniaga. Keluarga mesti faham  beberapa bulan pertama, kemungkinan mereka akan melihat anda susah, letih dan bingung.

Tetapi setelah beberapa bulan, pulangannya boleh berkali ganda lebih daripada bekerja makan gaji. Kepuasannya juga lain.

2) Oleh kerana anda tiada pengalaman berniaga, tidak boleh tidak, anda mesti mencari seorang mentor yang boleh membimbing anda.

Mentor datang dalam pelbagai bentuk. Jika anda hendak mulakan bisnes makan contohnya, cari saja pemilik rangkaian makanan yang besar dan minta berguru dengannya.

Ramai yang akan menolak, kerana mereka sibuk. Tapi jika tuan tawarkan bekerja dengannya secara percuma untuk belajar selok belok perniagaannya.  Mungkin ada yang akan izinkan dan bantu.

Jika anda tidak mencari mentor, anda akan terumbang-ambing selama bertahun-tahun, rugi beribu-ribu, dan akan menusuk emosi dan motivasi.

3) Ambil masa untuk teliti apa minat anda, dan apa permintaan tinggi. Perhatikan apa yang sedang laku di kedai-kedai. Jangan berniaga apa yang kita suka semata-mata, tapi pastikan  permintaannya ada.

4) Belajar selok belok mulakan bisnes tanpa modal. Belajar apa itu lean startup.

 

Takut nak mulakan bisnes?

Tuan Faisal memberitahu ramai yang terbelenggu dengan perasaan TAKUT. Perasaan takut memang lumrah dan automatik ada pada setiap manusia. Tapi kini, orang asyik duduk dalam rumah, atau pejabat dalam keadaan yang selamat bawah ‘air cond’. Jadi takut tetap tak pernah hilang. Sumber ketakutan kita sebenarnya datang daripada…

 

#1 – BERITA

Dalam berita yang kita tengok, 12 nisbah 1 adalah berita yang negatif. Dalam 12 berita negatif, ada 1 saja berita positif.
#1 – GOSIP NEGATIF

Dua per tiga daripada maklumat yang kita dengar  adalah gosip! Kita asyik borak fasal siapa yang teruk tu;  Siapa orang yang kena tu; Siapa yang tipu tu;  Siapa yang skandal tu…

 

#1 – RISAU!
Perkara ketiga adalah bila kita selalu risaukan sesuatu. Biasanya risau tentang duit. Risau tentang kejadian buruk yang mungkin berlaku. Akhirnya kita tak buat apa-apa sebab kita risau pada perkara yang belum berlaku. Memang petatik!

 

Biasanya orang takut gagal tapi ada orang yang takut berjaya (tanpa dia sedar). Dia takut jika satu hari nanti kalau dia berjaya, apa agaknya yang akan berubah? Apa pandangan keluarga dan kawan-kawan terhadap kejayaan dia?

 

“Sebelum saya jadi usahawan dulu…saya sebenarnya BENCI bisnes, dan BENCI salesman. Tapi oleh kerana mak saya selama ni selalu push saya buat bisnes…akhirnya jadi lah saya seorang usahawan juga,” kata Tuan Faisal.

 

Apa yang anda belajar dalam kelas MB2000 dan mulakan bisnes?

 

Okey, Team Mamanet berasa amat bertuah kerana telah berpeluang menyertai seminar MB2000 baru-baru ini dan amat teruja untuk berkongsi dengan anda semua. Berikut ialah apa yang telah kami dapat dan anda juga berpeluang untuk mendapatkannya jika anda menyertai MB2000.

 

  1. Cara mencari talent pada diri sendiri dan jana wang melakukan apa yang anda suka.
  2. Cara nak berjaya, walaupun  tak banyak modal atau kurang ilmu bisnes.
  3. Cara nak jadi usahawan yang betul (terutama jika merancang nak berhenti kerja).
  4. 4 model perniagaan tanpa modal yang menjana keuntungan 3-4 angka setiap pembelian.
  5. Cara buat ayat pemasaran power untuk tangkap perhatian orang walaupun lautan persaingan yang luas.
  6. 6 langkah close sale untuk confirmkan pembelian.
  7. 3 strategi pemasaran tanpa kos yang mudah dijalankan serta merta dan banyak lagi…

 

Semoga perkongsian mamanet tentang cara mulakan bisnes dengan MB2000 ini bermanfaat pada anda. Sila google website NasihatNiaga.com dan MB2000 untuk tahu lebih lanjut. Teruskan usaha dan terus berjaya!

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme