Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
AINAA Beauty

AINAA BEAUTY UBAH KEHIDUPAN NINA RAHIM

Posted on 01/06/202302/17/2023 by 123mamanet
AINAA Beauty

Hari ini, selepas mengharungi pelbagai suka duka kehidupan, Noor Farinna Abd Rahim atau lebih dikenali sebagai Nina Rahim,27 tahun,kini mampu tersenyum puas. Segala usaha dan pengorbanannya untuk bergelar usahawan bersama AINAA Beauty kini berbalas kejayaan!

Isi Kandungan hide
1 MENJADI USAHAWAN AINAA BEAUTY

Berbekalkan minat dan kesungguhan yang tidak pernah kenal erti putus asa, akhirnya Nina, berjaya membuka syarikatnya sendiri iaitu  Niinaa Empayar yang berpusat di Bangi Sentral.

Artikel Lain: Cara Memutihkan Leher Yang Hitam

Sesebuah kejayaan juga akan menjadi lebih manis sekiranya ada pendorong dan sumber inspirasi.Semangat pun akan jadi lebih berkobar-kobar untuk mengenggam kejayaan.Perasaan tersebut dirasai oleh Nina yang mana didorong dari kisah hidup ayahnya yang berasal daripada keluarga pesawah serta mempunyai adik beradik seramai 12 orang.Namun, kepayahan hidup dalam kemiskinan tidak pernah menghalang ayahnya untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

MENJADI USAHAWAN AINAA BEAUTY

Menurut Nina, dahulu ayahnya bekerja sebagai pembantu makmal di salah sebuah universiti tempatan.Berkat kerja keras dan semangat yang tinggi, akhinya ayah Nina berjaya mencapai jawatan yang baik di jabatannya.

“Apabila melihat kejayaan ayah yang bermula dari bawah, ia telah memberikan inspirasi kepada Nina untuk terus berusaha  dan berjaya menggapai  impian Nina untuk menjadi USAHAWAN AINAA Beauty.

Dan sekarang syukur alhamdulillah, dengan dorongan kuat ayahlah Nina berjaya sampai ke tahap sekarang,” jelas Nina, tanpa berselindung yang menjadikan ayahnya sebagai idola, penguat semangat.

AINAA Beauty

Sebelum Bergelar USAHAWAN AINAA Beauty

Menyingkap kisah perjalanannya sebelum bergelar usahawan AINAA Beauty, Nina memberitahu bahawa beliau mengenali produk AINAA Beauty sekitar tahun 2018. Beliau adalah antara pengguna awal yang mencuba produk AINAA Beauty yang pada ketika itu baru sahaja berada di pasaran.

Sudah menjadi lumrah wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.Namun, tidak semua orang bernasib baik setelah mencuba beberapa produk di pasaran serasi dengan kulit wajah. Lebih parah lagi jika produk kecantikan yang dicuba itu mempunyai kandungan merkuri. 

Artikel Lain: Rahsia Muka Bebas Berminyak

Situasi inilah yang Nina alami, sehingga beliau berdepan dengan masalah kulit muka (breakout) yang agak teruk. Pelbagai usaha dilakukan untuk merawatnya namun tidak berhasil, sehinggalah beliau bertemu dengan produk AINAA Beauty.

Ternyata, produk ini berjaya merawat wajahnya setelah menggunakan secara konsisten. Kesan positif tersebut membuatkan Nina terus kekal menggunakannya dan menguatkan semangatnya untuk berkongsi kebaikan produk AINAA Beauty dengan yang lain.

AINAA Beauty

Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Memilih bidang perniagaan bersama AINAA Beauty merupakan satu perjalanan hidup yang sangat berharga buat Nina. Beliau bersyukur dengan bimbingan founder dan juga team HQ support ,Nina dapat menjalankan bisnes dengan betul dan mempunyai hala tuju yang lebih jelas tentang Niinaa Empayar. Sehingga kini, beliau sentiasa berusaha menambah ilmu dalam bidang perniagaan.

“Untuk berjaya bukanlah perkara mudah dan memerlukan kekuatan dari semua aspek bagi memastikan perjuangan ini tidak terhenti separuh jalan. Saya gembira bila melihat Niinaa Empayar mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak beroperasi.

Mudah-mudah lebih ramai lagi generasi pelapis yang mencebur diri dalam bidang perniagaan. Selain menjana pendapatan, saya ingin membantu lebih ramai individu yang ada masalah kulit wajah ataupun nak kekal cantik dan sihat dengan produk dan teknik rawatan yang betul.

Saya rasa happy sangat kalau dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada individu yang memerlukan. Lagipun saya nak ilmu yang ada ini dapat dikongsi dengan lebih ramai lagi… dan itulah “ Kejayaan Demi Kebahagian” yang sebenar,” ujar beliau dengan panjang lebar

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme