Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara memutihkan leher

Cara Memutihkan Leher Yang Hitam

Posted on 06/21/202406/21/2024 by 123mamanet

Cara memutihkan leher yang hitam. Tentu ramai yang nak tahu cara memutihkan leher yang hitam kan…  Kalau boleh, biarlah muka dan leher kita sekata tona kulitnya. Tak lah… orang tengok, muka putih, tapi leher hitam!

Isi Kandungan hide
1 Punca Kulit Gelap/Nampak Hitam
2 Cara Memutihkan Leher Yang Hitam
2.1 1.Yogurt
2.2 Lemon
2.3 Masker Pisang
3 Antara Faktor Penyebab Kulit Leher Menjadi Hitam

cara memutihkan leher

Punca Kulit Gelap/Nampak Hitam

Masalah kulit gelap atau nampak hitam di sekitar leher boleh disebabkan banyak faktor. Antaranya, terkena sinaran matahari, penggunaan pil perancang kehamilan, hormon tidak stabil, mengandung dan sebagainya.Anda boleh cuba beberapa cara memutihkan kulit leher yang hitam secara semulajadi dan efektif ini. Insya-Allah,jika dilakukan secara teratur keberkesanannya cukup mengagumkan.

Baca Juga:

Sel Kulit Mati

Khasiat Minyak Zaitun

 

cara memutihkan leher

Cara Memutihkan Leher Yang Hitam

1.Yogurt

Yogurt sangat bermanfaat untuk membersihkan dan mencerahkan kulit. Apatah lagi, jika digabungkan dengan jus lemon.

Salah satu cara memutihkan leher yang hitam, anda hanya perlukan setengah cawan yogurt(plain) dan satu sudu jus lemon.

Anda hanya perlu, mencampurkan yogurt dan jus lemon. Kemudian, gaulkan sehingga sebati dan teruslah sapu ke kulit leher anda. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu barulah dibilas dengan air sejuk.

  1. Lemon

Lemon mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan, termasuklah mencerahkan kulit. Anda yang perlukan dua titis air lemon dan kapas bulat.

Perah lemon dan celupkan kapas bulat ke dalam air lemon.Kemudian sapukan terus ke kulit di sekitar leher yang hitam itu.Biarkan selama 25 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.Setelah itu sapukan pelembab ringan. Sekiranya anda berkulit sensitif, tambahkan sedikit air untuk menghindari iritasi.

  1. Masker Pisang

Masker pisang bukan sahaja mampu mencerahkan setiap bahagian gelap di tubuh anda, malahan membantu menyihatkan kulit anda.Gabungan pisang masak dan minyak zaitun menjadikannya masker yang kaya antioksidan.

Cara membuatnya juga senang, lenyek pisang masak dalam mangkuk. Kemudian tambahkan satu sudu makan minyak zaitun dan kacau sehingga membentuk pasta.

Setelah itu sapukan masker pisang ini pada kulit leher yang hitam itu dan biarkan selama 20 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air sejuk dan keringkan dengan cara ditepuk-tepuk dengan tuala.

 

Antara Faktor Penyebab Kulit Leher Menjadi Hitam

  • Kulit leher sering terkena cahaya matahari, tanpa perlindungan sunblock.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit sehingga boleh mempengaruhi warna kulit.
  • Alergi terhadap produk kecantikan tertentu seperti minyak wangi atau zat-zat kimia yang lainnya.
  • Kurang menjaga kebersihan yang boleh membuatkan kotoran melekat dan menebal pada leher.

2 thoughts on “Cara Memutihkan Leher Yang Hitam”

  1. Pingback: AINAA BEAUTY UBAH KEHIDUPAN NINA RAHIM - 123mamanet
  2. Pingback: NU SKIN MALAYSIA WISH LIST PARTY - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme