Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Nu Skin ageLOCLumiSpa iO

Nu Skin Perkenalkan ageLOC LumiSpa iO

Posted on 01/25/202311/16/2023 by 123mamanet

Nu Skin, peneraju global dalam produk kecantikan dan kesihatan berkualiti premium telah memperkenalkan peranti canggih serba baharu ageLOC LumiSpa iO – peranti dwi-tindakan yang menjimatkan masa bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat, awet muda dan tampak berseri-seri.

Isi Kandungan hide
1 Aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOCLumiSpa iO
2 ageLOC LumiSpa iO Peranti Penjagaan Kulit Peribadi
3 Berikut 7 Manfaat Penggunaan ageLOC LumiSpa iO
4 Cara Penggunaan ageLOC LumiSpa iO

Peranti pintar, bersambung ke Bluetooth, satu-satunya peranti yang menggunakan teknologi yang dipatenkan dengan produk berkuasa tinggi. 

Aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOCLumiSpa iO

Nu Skin

 

ageLOC® LumiSpa® iO  turut dilengkapi dengan teknologi terkini, Micropulse Oscillation. Apabila bahagian kepala silikon yang lembut berputar dan sasarkan dengan gerakan melebar, ia dapat menanggalkan seluruh kotoran, solekan, minyak dan toksin daripada permukaan kulit muka tanpa merengsakan kulit. Sebaliknya menjadikannya lebih lembut dan licin

ageLoc LumiSpa io
Nikmati pengalaman cantik yang mengujakan bersama peranti canggih,ageLOC LumiSpa iO

Digabungkan dengan aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOCLumiSpa iO memberikan dunia baharu kepada rejim penjagaan kulit. Ia membolehkan anda mencipta penjagaan kulit wajah yang lebih praktikal dan efektif mengikut jenis kulit yang anda miliki. Di samping memberikan perhatian yang lebih utama termasuk muka, leher dan bahagian lurah dada.

Anda mempunyai kuasa untuk menyesuaikan dan menyimpan rawatan yang berbeza bagi memenuhi keperluan anda. Anda boleh menetapkan dan menyimpan rawatan kegemaran apada peranti anda.

Rejim boleh disesuaikan dari tombol rawatan, kawasan muka yang ingin difokuskan -malah di sekitar lurah dada! Selain itu, anda juga boleh menamakan dan menyesuaikan dengan tempoh rawatan yang diingini.

ageLOC LumiSpa iO Peranti Penjagaan Kulit Peribadi

ageLoc LumiSpa io
Boleh dicas semula
ageLoc LumiSpa io
Dilengkapi dengan alat pengecas magnetik

ageLOC® LumiSpa® iO adalah peranti penjagaan kulit peribadi yang boleh dicas semula (pengecas magnetik)  dengan aplikasi Nu Skin Vera serta turut menampilkan tiga keadah rawatan untuk diperibadikan mengikut keperluan masing-masing.

Terdapat tiga tombol rawatan ageLOC LumiSpa iOs berdasarkan jenis kulit dan keperluaan rawatan. Setiap tombol rawatan membuang kekotoran dan membersihkan kulit, memberikan pengalaman lembut yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. 

Tombol rawatan Gentle paling lembut dan bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive atau mudah berjerawat. Manakala tombol rawatan Normal adalah pilihan standard dan direka untuk kebanyakan jenis kulit. Sementara tombol jenis Firm pula adalah untuk mreka yang inginkan pengalaman paling agresif, tetapi tidak disarankan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive dan berjerawat. 

Disarankan menggunakannya dua kali sehari, pagi dan malam hari bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Ini termasuk kelembutan kulit, kehalusan, keserian, tona kulit jadi lebih sekata dan cerah, penampilan pori-pori yang berkurangan dan kulit wajah pun jadi lebih anjal.

Baca Juga:  

Cara Putihkan Muka Dengan Cepat

ageLoc LumiSpa io
Pembersih aktif direka untuk jenis kulit yang berbeza, kering, normal hingga kombinasi ,
berminyak, sensitif dan berjerawat.

Direka secara optimum untuk ageLOC LumiSpa iO – memaksimumkan manfaat penyempurnaan kulit dan pembersihan. Dan hasilnya? Kulit lebih cerah, sihat dan kelihatan muda!

Berikut 7 Manfaat Penggunaan ageLOC LumiSpa iO

  • Kulit  Menjadi Lebih Halus
  • Wajah Lebih Berseri
  • Kulit Kelihatan Segar
  • Kulit Sihat Dan Bersih
  • Liang Pori-Pori Kelihatan Mengecil
  • Kulit Wajah Licin, Tegang Dan Anjal

Cara Penggunaan ageLOC LumiSpa iO

Mula-mula pasangkan tombol rawatan kepada peranti ageLOC LumiSpa iOs.Selepas itu barulah mulakan langkah seterusnya.

  1. Lembapkan wajah dengan air.
  2. Selepas itu, sapukan ageLOC LumiSpa iOs Activating Cleanser pada seluruh muka.
  3. Basahkan tombol rawatan dan tekan butang untuk menghidupkannya.
  4. Perlahan-lahan geserkan tombol rawatan arah ke depan dan belakang di kawasan muka yang disasarkan dengan Gerakan melebar.
  5. Lakukan Gerakan tersebut selama 30 saat di setiap kawasan yang disasarkan. Peranti akan terhenti seketika tiga kali setiap 30 saat untuk menggesa anda bertukar ke kawasan lain.
  6. Apabila selesai, peranti akan berhenti dan padam secara automatik. Kemudian bilas wajah dengan air bagi menyingkirkan sisa pembersih pengaktif.

Tip: Jangan lakukan Gerakan skrub atau menekan kulit terlalu kuat

Untuk maklumat lanjut tentang ageLOC LumiSpa iO atau produk Nu Skin yang lain, sila layari www.nuskin.com.my

2 thoughts on “Nu Skin Perkenalkan ageLOC LumiSpa iO”

  1. Pingback: JULIE’S LOVE LETTERS LEMON EDISI TERHAD - 123mamanet
  2. Pingback: Nu Skin Malaysia Perkenalkan ageLOC® WellSpa iO™ - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme