Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
MEMASAK DENGAN PANTAS

PANDUAN MEMASAK DENGAN PANTAS UNTUK WANITA SIBUK DAN TAK ADA MASA

Posted on 03/20/201703/23/2017 by 123mamanet

RATA-RATA ibu-ibu sekarang semuanya bekerja. Tidak betah duduk diam sampai nak masak pun tak sempat. Mamanet ingin kongsi panduan memasak dengan pantas untuk wanita super sibuk.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT ADALAH BEBERAPA PANDUAN UNTUK ANDA MEMASAK DENGAN PANTAS

Bagi wanita atau pun ibu-ibu yang punya keluarga besar, anda lebih perlu serius merancang kerana memasak selalunya mengambil waktu yang lama hingga anda mungkin berasa sangat lebih lalu gantung sudip suatu hari nanti.

Memang ramai yang ambil jalan mudah untuk makan di luar sahaja atau pun tapaw. Bahkan ada yang order home delivery. Memang memudahkan tapi sampai bila? Selalunya anda pasti mahu makan makanan yang panas dari dapur sendiri.MEMASAK DENGAN PANTAS

BACA: RESEPI SIHAT SALAD TELUR REBUS

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

BERIKUT ADALAH BEBERAPA PANDUAN UNTUK ANDA MEMASAK DENGAN PANTAS

  1. Rancang Menu Seminggu

Gunakan waktu cuti hujung minggu untuk anda merancang dan menyiapkan keperluan seminggu. Sebagai contoh catatkan menu masakan untuk sarapan pagi dan hidangan malam dari hari Isnin-Jumaat

Pergilah ke pasar dan belilah segala bahan yang diperlukan. Kemudian bersih dan bungkus di dalam plastik serta tandakan supaya mudah untuk mengambilnya. Untuk ikan dan ayam yang sudah dibersihkan bungkus di dalam plastik sebelum disimpan di dalam tempat beku.

Manakala sayur-sayuran pula bungkus dengan kertas surat khabar atau aluminium foil. Usah letak dalam plastik sebab ia akan berpeluh dan busuk.MEMASAK DENGAN PANTAS

  1. Elakkan Hidangan yang Sukar

Seboleh mungkin, jangan masak daging atau tulang yang memerlukan masa yang panjang untuk empuk. Jika mahu masak juga gunakan periuk bertekanan tinggi.

Elakkan daripada memasak masakan yang hanya menepati selera seseorang sahaja. Pastikan masakan anda boleh dimakan oleh kesemua anggota keluarga. Jika anda terpaksa memasak lima menu untuk lima orang, lupakan sahaja. Baik pergi restoran.

Elakkan daripada memasak makanan yang memerlukan ramuan yang terlalu banyak. Hal ini kerana anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ramuannya satu persatu.MEMASAK DENGAN PANTAS

  1. Gunakan Bahan Mentah Separuh Siap di Pasaraya

Kebanyakan pasaran sudah menyediakan bahan masakan separuh siap. Misalnya ayam dan daging yang sudah siap diperap dengan kunyit dan rempah.

Anda hanya perlu bawa pulang untuk goreng atau bakar sahaja. Mudah dan kuku anda pun tak patah. Untuk sayur-sayuran juga sudah ada yang siap dipek dengan sayuran campuran beserta dengan ramuannya.MEMASAK DENGAN PANTAS

  1. Sediakan Pes atau Perencah untuk Seminggu

Siapkan pes cili merah untuk kegunaan seminggu. Cara buat pes ini ialah rebus dulu cili kering  hingga kembang. Bersihkan dan buang biji yang bertaburan. Kemudian kisar dengan campuran air dan sesudu minyak masak dan sedikit garam. Simpan dalam peti sejuk.

Kupas bawang merah dan bawang putih untuk seminggu. Kisar sebahagian bawang putih dan bawang merah ikut keperluan.

Sediakan juga bawang besar dan putih yang dikupas tanpa dikisar. Untuk masak kicap misalnya anda perlukan bawang besar dan putih yang dihiris.MEMASAK DENGAN PANTAS

  1. Pilih Perencah Serbaguna

Ada yang masih tidak yakin untuk masak masakan istimewa kerana tidak mahir dengan ramuan rempah ratus. Kini hal itu bukan masalah lagi. Anda boleh dapatkan segala macam ramuan perencah atau pes khas atau serbaguna untuk memasak.

Dari perencah, sayur, nasi goreng hinggalah kepada perencah nasi beriani, anda sebut sahaja. Semua ada. Jadi, usah risau kerana perencah serbaguna ini amat menjimatkan masa anda dan anda boleh menyediakan masakan dengan pantas.MEMASAK DENGAN PANTAS

Semoga artikel memasak dengan pantas ini dapat membantu para ibu menjimatkan masa, tenaga dan bebas stress setiap kali hendak memasak. Usaha tangga jaya!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme