Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
senaman bulan puasa

PANDUAN SENAMAN BULAN PUASA  YANG AKAN BUAT BADAN LEBIH SEGAR

Posted on 06/03/201706/03/2017 by 123mamanet

BIARPUN BERPUASA, ADA DI ANTARA KITA YANG TETAP MELAKUKAN SENAMAN BAGI MENJAGA KESEGARAN BADANNYA. KEPADA YANG SUDAH BIASA, SENAMAN BULAN PUASA BUKAN SESUATU YANG SUKAR ATAU BOLEH MEMBERI KESAN BURUK.

Isi Kandungan hide
1 4 JAWAPAN KENAPA ANDA PERLU SENAMAN BULAN PUASA!

 

Sebaliknya, ia dapat mengelakkan diri kita daripada letiih atau lesu sepanjang hari. Jadi, bagaimanakah cara menjalankan senaman bulan puasa yang sebaiknya kita praktikkan? Lagipun berpuasa bukan menjadi alasan untuk kita bermalas-malasan dan langsung tidak bersenam.

 

Meskipun kita sedang berpuasa, senaman masih tetap diperlukan supaya badan tetap segar.

 

4 JAWAPAN KENAPA ANDA PERLU SENAMAN BULAN PUASA!

  1. WAKTU BERSENAM

Perkara pertama yang perlu kita perhatikan jika mahu lakukan senaman bulan puasa adalah soal masa atau waktu melakukannya.

 

Ada yang beranggapan tidak bagus melakukan senaman di bulan puasa. Ini adalah kerana ketika berpuasa perut kita dalam keadaan kosong.

 

Ada pula mengatakan waktu terbaik melakukan senaman setelah kita berbuka puasa. Setelah badan kita kembali bertenaga setelah makan dan minum. Jika kita ingin bersenam pada malam hari, sebaiknya dilakukan tiga jam selepas berbuka puasa.

 

Namun, ada juga yang berpendapat senaman bulan puasa sebaiknya dilakukan 30-60 minit sebelum kita berbuka puasa kerana sudah dekat dengan waktu berbuka.

 
Apapun sebenarnya terpulang kepada kesegaran dan kemampuan badan kita sendiri. Bukan semua orang mampu melakukan senaman ketika bulan puasa.

 

Paling penting, setelah bersenam, kita tidak rasa pening, semput ataupun jatuh pengsan.Jadi, adalah lebih baik jika kita mengenali kemampuan atau keupayaan badan sendiri kalau nak bersenam tu!

senaman bulan puasa

 

  1. SENAMAN RINGAN

Di samping itu, kita perlu pilih jenis senaman. Elakkan melakukan senaman yang berat daripada kebiasaan kerana takut badan kita tidak mampu untuk melakukannya.

 

Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ketika bulan puasalah ialah berbasikal, jogging dan berjalan santai.

 

Di samping itu, jika kita memilih untuk bersenam sebelum waktu berbuka puasa, hindari sebarang senaman yang boleh membatalkan puasa. Misalnya berenang, mana tahu nanti kita mungkin tidak sedar yang kita telah tertelan air sewaktu sedang berenang.

 

senaman bulan puasa

  1. PILIH TEMPAT BERSENAM YANG SESUAI

Senaman bulan puasa elok juga jika kita lakukan di tempat yang sejuk, di gym, di bawah pohon yang rendang atau di tempat yang berhawa dingin.Cara ini dapat mencegah rasa haus yang berlebihan.

 

Jika kita berjoging atau melakukan senaman di tempat terbuka, memang kena pilih di kawasan yang sejuk sedikit bagi menghidari pengeluaran peluh yang berlebihan.

senaman waktu puasa
gym

 

  1. SEIMBANGKAN SENAMAN DENGAN MAKANAN YANG TEPAT

Jika kita mahu melakukan senaman ketika bulan puasa, sebaiknya pilihlah makan yang tepat. Perbanyakkan pengambilan serat dan protein ketika bersahur.

 

Makanan yang berprotein tinggi dapat menghasilkan energi supaya kita boleh melakukan senaman bulan puasa ini.

senaman bulan puasa

Itulah beberapa panduan senaman bulan puasa yang boleh membuatkan badan kita menjadi lebih segar dan sihat sepanjang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Anda Pasti Ingin Tahu Cara Melangsingkan Badan Pada Bulan Ramadan
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme