Pembersih Antiseptik BETADINE® telah terbukti secara klinikal dapat membunuh 99.99% strain utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) (CA16 &EV71).
Membasuh tangan menggunakan BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser boleh menurunkan risiko mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD – Hand, Foot and Mouth Disease). Dr. Maren Eggers menasihatkan orang ramai untuk menjaga kebersihan sebagai langkah mencegah penyakit berjangkit.
BETADINE®, jenama yang dipercayai di seluruh dunia, memperkenalkan sejenis pembersih antiseptik yang dikenali sebagai BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser yang membunuh 99.99% strain utama yang menyebabkan penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD – Hand, Foot and Mouth Disease), sejenis jangkitan virus yang semakin banyak dilaporkan kebelakangan ini, kebanyakannya menjangkiti kanak-kanak.
BACA: KERAP DEMAM, INILAH PUNCANYA
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
PEMBERSIH ANTISEPTIK ELAK JANGKITAN
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat insiden HFMD yang tinggi pada tahun lalu, iaitu sebanyak 23,454 kes dilaporkan dari 3 Januari hingga 6 Ogos di seluruh negara, dengan purata sebanyak 757 kes setiap minggu. Negara ini diletakkan di “tahap berjaga-jaga” ketika itu berikutan wabak HFMD yang melanda seluruh negara dan pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan segera bagi membendungnya.
Kes HFMD di Malaysia disebabkan oleh strain Virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71).
Kanak-kanak lebih cenderung untuk dijangkiti dan jatuh sakit akibat virus-virus ini, kerana tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak biasanya tidak mempunyai antibodi dan tidak imun selepas pendedahan sebelumnya. Setakat ini, tiada rawatan khusus yang boleh diberikan untuk HFMD.
Simptom-simptom awal HFMD termasuklah demam, kurang selera makan, lesu, dan sakit tekak. Selepas satu atau dua hari simptom-simptom awal ini berlaku, kudis yang menyakitkan akan mula timbul di dalam mulut dalam bentuk bintik-bintik merah yang biasanya akan melepuh dahulu sebelum menjadi ulser. Selain itu, ruam seperti lepuh yang tidak gatal juga akan timbul di tangan, kaki dan mulut.
CUCI TANGAN DENGAN PEMBERSIH ANTISEPTIK
“Virus HFMD sangat mudah berjangkit kerana ia merebak melalui sentuhan fizikal atau dari permukaan yang tercemar, dan sebab itulah ia menjadi wabak. Kebanyakan pesakit HFMD ringan sembuh sepenuhnya selepas sakit teruk selama 7 hingga 10 hari. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes HFMD yang serius di mana pesakit mengalami meningitis viral atau ensefalitis atau lumpuh seperti poliomielitis, dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital selama beberapa hari,” kata PD. Dr. Maren Eggers, Ketua Virologi dan Pengujian Disinfektan, Labor Prof. G. Enders & Partner, Jerman, Stuttgart.
“Semua orang menghadapi risiko dijangkiti HFMD, tetapi ia biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah usia 10 tahun kerana mereka lebih cenderung kepada jangkitan. Oleh itu, langkah pencegahan seperti mencuci tangan sangat penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Selain daripada menjaga kebersihan di rumah, sekolah dan pejabat, adalah sangat penting untuk semua orang mengamalkan tabiat mencuci tangan dengan kerap, terutamanya sebelum menyediakan makanan, selepas menyentuh lepuh atau menggunakan tandas,” tambah beliau.
Mencuci tangan dengan pembersih antiseptik adalah langkah pencegahan yang paling baik untuk menghalang penyebaran jangkitan virus dan bakteria, menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kerana kira-kira 80% penyakit berjangkit tersebar melalui sentuhan.
“Enterovirus bagi kebanyakan kes HFMD, EV71 AND CA16, adalah sejenis virus tidak bersampul yang mampu bertahan terhadap disinfektan alkohol dan fenolik. Namun, kajian in-vitro yang dijalankan oleh Dr Tan Eng Lee, Pengarah Pusat Sains Bioperubatan dan Hayat, Singapore Polytechnic, telah menunjukkan bahawa BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser lulus standard ujian EN14476.
“Dengan mencapai sekurang-kurangnya pengurangan log 4, atau 99.99% kadar kejayaan, dalam membunuh virus EV71 dan CA16. EN14476 diiktiraf oleh pihak berkuasa EU dan pakar-pakar sebagai standard pengujian yang boleh dipercayai untuk menentukan aktiviti pembasmi virus bagi produk pencuci tangan atau produk kebersihan tangan,” sambung PD. Dr. Maren Eggers.