Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

Petua Hilangkan Batuk Berkahak

Posted on 06/14/202309/22/2023 by 123mamanet

Petua Hilangkan Batuk | Situasi sekarang memang mengundang banyak penyakit khususnya demam, batuk dan selesema. Daripada ketiga-tiga perkara itu, batuk berkahak yang paling menganggu dan sering berpanjangan.  Anda boleh cuba petua hilangkan batuk ini.Apatah lagi kalau anda terpaksa berada di khalayak ramai dan memang kurang manis bila orang dengar kita buang kahak, kan? Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana. Cuma kenalah ambil langkah untuk meredakan tekak yang gatal tu.

Isi Kandungan hide
1 Kena Tahu Punca dan Petua Hilangkan Batuk Berkahak
2 Kenalpasti Punca Biasa Masalah Batuk
2.1 Tips Untuk Elak Batuk Berkahak
3 Petua Hilangkan Batuk Berkahak Secara Semulajadi
3.1 Limau nipis dicampur madu atau kicap
3.2 Daun sirih

petua hilangkan batuk

Kena Tahu Punca dan Petua Hilangkan Batuk Berkahak

Apakah punca batuk berkahak? Biasanya ia berlaku kerana adanya inflamasi saluran pernafasan hingga menyebabkan batuk berkahak atau pun batuk kering (tanpa kahak).

Bagaimanapun, jika ia berlarutan sebaiknya dapatkan nasihat doktor. Mana tahu mungkin ia berpunca daripada masalah yang lebih serius.

Kenalpasti Punca Biasa Masalah Batuk

1. Asap rokok, asap kenderaan dan pencemaran udara (jerebu) –

Jadi jika keluar rumah, pakailah topeng muka. Kurangkan aktiviti luar sekiranya tidak perlu. Jauhkan diri anda daripada orang yang batuk juga.

2. Infeksi pada saluran pernafasan

Infeksi pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria jahat atau virus.

3. Flu atau selesema berlebihan
Flu atau selesema berlebihan merupakan salah satu punca batuk berkahak. Untuk mengurangi batuk, anda perlu menjaga agar tubuh anda sentiasa hangat.

4. Asid perut
Meskipun ia jarang terjadi, namun ternyata peningkatan asid perut boleh memicu terjadinya batuk berkahak.

Baca Juga: 

Makanan Penyebab Jerawat

Cara Menurunan Kolesterol Tinggi

 

Tips Untuk Elak Batuk Berkahak 

Cegah sebelum parah. Jadi, sebelum terkena batuk, elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca batuk. Bahkan jika anda sudah mengalaminya, maka tentu sekali anda perlu lebih berwaspada terhadap keadaan-keadaan berikut:

1. Jauhi tempat berdebu dan dingin. Jaga agar keadaan tubuh anda sentiasa hangat. Untuk itu pakailah jaket, selimut atau pakaian tebal untuk membuat anda hangat.

2. Minum ais memang sedap waktu berbuka tapi bahananya ialah kalau minum banyak sangat hingga menyebabkan anda batuk berpanjangan hingga ke hari raya.

Jadi, elakkan minum minuman sejuk terlalu banyak. Lebihkan minum air kosong hingga 8 gelas atau air suam.

3. Mandi air hangat jika cuaca terlalu sejuk. Tutup kipas angin dan penghawa dingin selepas mandi.

4. Kurangkan kerja berat kerana jika badan anda letih, kesihatan anda akan lebih mudah terganggu.

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Secara Semulajadi 

Petua Hilangkan Batuk
  • Ramuan halia dan cekur

Halia mengandung zat anti-bakteria dan boleh menghangatkan tubuh selain itu dapat mengubati batuk berkahak. Bagi anda sedang mengalami batuk berkahak, cubalah minum pati halia hangat sekurang-kurangnya sekali sehari.

Bagi membuat ramuan halia dan cekur,  sediakan halia sebanyak 1 inci  atau secukupya dan kencur secukupnya. Setelah itu hiris halia  dan cekur  tersebut, kemudian direbus dengan segelas air sampai mendidih. Biarkan suam lalu ditapis dan diminum sekurang-kurangnya sekali sehari.

Buah Limau Nipis
  • Limau nipis dicampur madu atau kicap

Limau nipis yang dicampur kicap atau madu dikatakan dapat mengubati batuk berkahak. Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua.
Perah dan campurkan dengan kicap. Kemudian minum 2-3 kali sehari. Bagi yang tidak suka kicap bolehlah campur dengan madu.

Daun Sirih
  • Daun sirih

Rebus daun sirih secukupnya dengan hirisan halia. Kemudian minum sekurang-kurangnya sekali sehari. Tujuannya agar membuatkan badan tetap hangat dan sihat.

Begitulah petua untuk hilangkan batuk berkahak yang menganggu keselesaan kita. Selamat Mencuba!

1 thought on “Petua Hilangkan Batuk Berkahak”

  1. Pingback: Tasneem Naturel CP dan Sleep Tigh Neelofa Guna Untuk Bilal

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme