Petua Hilangkan Batuk | Situasi sekarang memang mengundang banyak penyakit khususnya demam, batuk dan selesema. Daripada ketiga-tiga perkara itu, batuk berkahak yang paling menganggu dan sering berpanjangan. Anda boleh cuba petua hilangkan batuk ini.Apatah lagi kalau anda terpaksa berada di khalayak ramai dan memang kurang manis bila orang dengar kita buang kahak, kan? Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana. Cuma kenalah ambil langkah untuk meredakan tekak yang gatal tu.
Kena Tahu Punca dan Petua Hilangkan Batuk Berkahak
Apakah punca batuk berkahak? Biasanya ia berlaku kerana adanya inflamasi saluran pernafasan hingga menyebabkan batuk berkahak atau pun batuk kering (tanpa kahak).
Bagaimanapun, jika ia berlarutan sebaiknya dapatkan nasihat doktor. Mana tahu mungkin ia berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Kenalpasti Punca Biasa Masalah Batuk
1. Asap rokok, asap kenderaan dan pencemaran udara (jerebu) –
Jadi jika keluar rumah, pakailah topeng muka. Kurangkan aktiviti luar sekiranya tidak perlu. Jauhkan diri anda daripada orang yang batuk juga.
2. Infeksi pada saluran pernafasan
Infeksi pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria jahat atau virus.
3. Flu atau selesema berlebihan
Flu atau selesema berlebihan merupakan salah satu punca batuk berkahak. Untuk mengurangi batuk, anda perlu menjaga agar tubuh anda sentiasa hangat.
4. Asid perut
Meskipun ia jarang terjadi, namun ternyata peningkatan asid perut boleh memicu terjadinya batuk berkahak.
Baca Juga:
Makanan Penyebab Jerawat
Cara Menurunan Kolesterol Tinggi
Tips Untuk Elak Batuk Berkahak
Cegah sebelum parah. Jadi, sebelum terkena batuk, elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca batuk. Bahkan jika anda sudah mengalaminya, maka tentu sekali anda perlu lebih berwaspada terhadap keadaan-keadaan berikut:
1. Jauhi tempat berdebu dan dingin. Jaga agar keadaan tubuh anda sentiasa hangat. Untuk itu pakailah jaket, selimut atau pakaian tebal untuk membuat anda hangat.
2. Minum ais memang sedap waktu berbuka tapi bahananya ialah kalau minum banyak sangat hingga menyebabkan anda batuk berpanjangan hingga ke hari raya.
Jadi, elakkan minum minuman sejuk terlalu banyak. Lebihkan minum air kosong hingga 8 gelas atau air suam.
3. Mandi air hangat jika cuaca terlalu sejuk. Tutup kipas angin dan penghawa dingin selepas mandi.
4. Kurangkan kerja berat kerana jika badan anda letih, kesihatan anda akan lebih mudah terganggu.
Petua Hilangkan Batuk Berkahak Secara Semulajadi
- Ramuan halia dan cekur
Halia mengandung zat anti-bakteria dan boleh menghangatkan tubuh selain itu dapat mengubati batuk berkahak. Bagi anda sedang mengalami batuk berkahak, cubalah minum pati halia hangat sekurang-kurangnya sekali sehari.
Bagi membuat ramuan halia dan cekur, sediakan halia sebanyak 1 inci atau secukupya dan kencur secukupnya. Setelah itu hiris halia dan cekur tersebut, kemudian direbus dengan segelas air sampai mendidih. Biarkan suam lalu ditapis dan diminum sekurang-kurangnya sekali sehari.
-
Limau nipis dicampur madu atau kicap
Limau nipis yang dicampur kicap atau madu dikatakan dapat mengubati batuk berkahak. Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua.
Perah dan campurkan dengan kicap. Kemudian minum 2-3 kali sehari. Bagi yang tidak suka kicap bolehlah campur dengan madu.
-
Daun sirih
Rebus daun sirih secukupnya dengan hirisan halia. Kemudian minum sekurang-kurangnya sekali sehari. Tujuannya agar membuatkan badan tetap hangat dan sihat.
Begitulah petua untuk hilangkan batuk berkahak yang menganggu keselesaan kita. Selamat Mencuba!
1 thought on “Petua Hilangkan Batuk Berkahak”
Comments are closed.