Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
pizza hut

PIZZA HUT MALAYSIA LANCARKAN KERAK PIZA NIPIS

Posted on 12/19/202202/27/2023 by 123mamanet
Pizza Hut Malaysia

Pizza Hut Malaysia telah mengumumkan gubahan inovatif baharu terhadap kerak piza jenis nipis yang digemari kebanyakan golongan muda terkini – Crackin’ Thin Crust baharu menampilkan kerak senipis 0.5 cm rangup dan garing, dengan limpahan keju yang memikat selera serta jaminan kerangupannya.

Isi Kandungan hide
1 PIZZA HUT MALAYSIA CIPTA SEBUAH KELAINAN

Sudah tentu, seseorang mungkin tertanya-tanya bagaimana sebenarnya “Crackin’ Thin Crust” berbeza berbanding dengan piza kerak nipis yang lain?

PIZZA HUT MALAYSIA CIPTA SEBUAH KELAINAN

Menurut Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia, kerak nipis terbaharu ini terhasil dari inspirasi untuk mencipta sebuah kelainan bagi piza kerak nipis yang sedia ada di pasaran.

“Bayangkan kerak nipis yang anda suka, dan bayangkan ia menjadi lebih rangup dan berkeju. Kerak nipis kami dicipta menggunakan “teknologi 4K”, dan dengan “4K”, kami maksudkan “4KRAKKK”– iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar lazat, mencipta kerangupan hebat dalam setiap gigitan.”

“Inovasi hebat ini turut disertakan dengan jaminan kerangupan – anda dapat menikmati keenakan keju mozzarella di bahagian tengah piza dan juga ditambah dengan kegaringan keju cheddar di bahagian hujungnya, memberikan anda tekstur yang lazat iaitu lembut, cair dan rangup kesemuanya dalam satu gigitan. Kini anda boleh menikmati rasa enak yang berganda dengan nisbah topping, keju dan kerak yang sempurna.” tambahnya.

Artikel Lain: Resepi Mee Sup Saba Pedas

Selaras dengan pelancaran kerak baharu ini, Pizza Hut ingin menjemput semua pelanggan untuk bersama-sama menyertai cabaran ‘The Crunch Challenge’, yang diadakan melalui platform media sosial.

Pizza Hut Malaysia

Pelanggan hanya perlu merakam video mereka sedang menikmati piza Crackin’ Thin Crust dan memaparkannya di Instagram Story dengan hashtag #CrunchChallenge dan #PizzaHutMalaysia dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti Iphone 14 dan banyak lagi!

Cubalah pizza “Crackin’ Thin Crust” baharu yang lazat hari ini dengan memesannya melalui Aplikasi Pizza Hut atau di rangkaian restoran ini berdekatan untuk dibawa pulang. Untuk maklumat lanjut, sila layari Pizza Hut Malaysia www.pizzahut.com.my

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme