Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tidur berdengkur

PUNCA TIDUR BERDENGKUR DAN 8 CARA MENGATASINYA. BACA DI SINI!

Posted on 03/24/201703/24/2017 by 123mamanet

Malam-malam asyik tidur berdengkur? Mana boleh tahan! Apatah lagi, kalau suara dengkuran tersebut menggetarkan segenap ruang bilik!

Bukan sahaja tidur kita jadi terganggu, ‘seriau’ pun ada  kalau dah muncul berbagai versi bunyi dengkuran.

Berdengkur adalah satu bunyi bising yang mana dikeluarkan ketika kita bernafas dalam tidur. Ia terjadi apabila  sebahagian saluran pernafasan bahagian atas kita tersumbat.

Sebenarnya ada banyak punca atau penyebab kita tidur berdengkur. Antaranya disebabkan faktor usia, masalah kesihatan, jenis makanan yang dimakan, kelebihan berat badan, merokok, radang amandel (tonsillitis), posisi tidur dan banyak lagi.

  • Ketahui 7 tips sihat sebelum masuk tidur yang anda wajib tahu
  • Anda perlu tahu trik goda suami dengan baju tidur seksi.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

tidur berdengkur

BERIKUT BEBERAPA CARA MUDAH YANG BOLEH DICUBA BAGI MENGATASI MASALAH TIDUR BERDENGKUR:

  1. TIDUR MENGIRING

Kedudukan atau posisi tidur juga boleh dijadikan salah satu cara untuk mengatasi masalah tidur berdengkur. Cuba apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan kita supaya kita berasa lebih selesa ketika tidur.

Tidur dalam posisi terlentang atau meniarap boleh membuatkan pengaliran udara yang disedut terhalang sehingga menimbulkan dengkuran.

Di samping itu, pastikan posisi kepala kita lebih tinggi dengan menggunakan bantal. Posisi ini mampu menghilangkan penghalang di bahagian leher sehingga melancarkan pernafasan.tidur berdengkur

  1. KURANGKAN BERAT BADAN

Sekiranya kita mengalami kelebihan berat badan, sebaiknya turunkan sedikit berat badan.

Ini adalah kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong boleh menjadi punca dengkuran terjadi.

Jadi, cubalah kurangkan pengambilan makanan berlemak, junk food dan makanan berpengawet.tidur berdengkur

  1. BERSENAM

Organ badan yang menyebabkan kita tidur berdengkur ialah lidah, otot rahang dan lelangit mulut.

Senaman pada lidah akan memperkuatkan otot-otot pada lidah dan mencegah jatuh ke dalam tekak sehingga boleh tersekat dan menimbulkan dengkuran.

Amalkan juga senaman menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan. Cara ini dapat mengurangkan risiko ia tersumbat ketika kita sedang tidur.

Selain itu, kita juga boleh melakukan senaman aerobik secara rutin setiap hari biarpun setakat lima minat. Berdengkur juga boleh disebabkan kebanyakan lemak yang menutup leher.tidur berdengkur

  1. ELAK HIDUNG TERSUMBAT

Hidung tersumbat juga boleh menjadi salah satu punca tidur berdengkur. Ianya akan menyebabkan proses penyedutan udara akan lebih sukar.

Untuk mengatasi masalah hidung tersumbat ini, cuba sedut atau bau wap air panas, berkumur dengan air garam ataupun menyedut bau minyak kayu putih.

Ini adalah antara cara untuk menghilangkan lendir yang menyekat hidung kita. Apabila lendir tersebut hilang, pontesi untuk  berdengkur juga berkurangan.tidur berdengkur

  1. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun merupakan salah satu bahan semulajadi terbaik untuk mengatasi masalah kuat berdengkur. Minyak zaitun sangat efektif untuk melegakan jaringan pernafasan yang meradang serta mengurangkan pembengkakan di kawasan tekak.

Di samping itu, minyak zaitun juga sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan masalah hidung tersumbat. Amalkan pengambilan minyak zaitun 2-3 sudu makan pada setiap hari.tidur berdengkur

  1. MADU

Madu juga merupakan salah satu bahan semulajadi yang kaya dengan khasiatnya. Cara kerjanya sangat sederhana bagi mengatasi masalah berdengkur ini.

Pengambilan madu secara rutin akan mengurangkan pembengkakan yang terjadi di kawasan tekak yang disebabkan oleh lendir.

Jika suka, anda juga boleh mecampurkannya dengan air kunyit. Khasiat kunyit akan membantu melancarkan pernafasan dan menjadikan badan lebih relaks. Dengan demikian, kita akan tidur dalam keadaan yang puas dan juga selesa. Kebiasaan tidur berdengkur juga akan beransur hilang nanti.tidur berdengkur

  1. HENTIKAN TABIAT MEROKOK

Orang yang kuat merokok biasanya lebih mudah tidur berdengkur. Penyempitan saluran pernafasan berlaku disebabkan iritasi selaput di hidung dan tekak.tidur berdengkur

  1. CUKUP REHAT, CUKUP TIDUR!

Melakukan aktiviti yang terlalu memenatkan dan waktu rehat yang singkat boleh membuatkan badan kita berasa sangat letih ketika tertidur. Perkara inilah yang membuatkan kita berdengkur.

Ketika kita tidur dalam kepenatan otot badan kita tidak akan bekerja secara optimum dan muncullah bunyi-bunyi dengkuran tersebut.tidur berdengkur

Itulah beberapa info tentang tidur berdengkur. Semoga bermanfaat.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme