Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kulit kepala berminyak

PUNCA WANITA BERHIJAB MUDAH DISERANG KULIT KEPALA BERMINYAK

Posted on 02/13/201702/13/2017 by 123mamanet

Kulit kepala berminyak merupakan salah satu jenis permasalahan rambut yang kerap dialami oleh ramai wanita, terutama yang mengenakan hijab.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASI KULIT KEPALA BERMINYAK DAN GATAL:

Kulit kepala berminyak dan gatal boleh mempengaruhi penampilan wajah kita walaupun kita berhijab. Kulit wajah atau muka kita tetap boleh nampak kusam dan berminyak kerana minyak yang berasal dari rambut.

Segala kotoran dan debu akan cepat melekat pada rambut yang melekit kerana minyak. Ini adalah kerana kulit kepala mengeluarkan minyak berlebihan kerana terjadinya ketidakseimbangan pada aktiviti kelenjar sebaceous yang mengeluarkan sebum.

Sebum adalah lapisan lilin pada kulit kepala. Sebum yang berlebihan inilah yang menyebabkan kulit kepala berminyak.

Sebenarnya ada banyak cara untuk mengatasi kulit kepala berminyak yang jarang diketahui. Kita boleh berjumpa dengan pakar rambut untuk mendapatkan rawatan selanjutnya atau pun boleh menggunakan cara semulajadi yang dilakukan sendiri di rumah tanpa perlu mengeluarkan banyak duit!

BACA: 6 CARA MELEBATKAN RAMBUT SECARA SEMULAJADI

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/6-cara-melebatkan-rambut-anda/” target=”_blank”]

kulit kepala berminyak

BERIKUT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASI KULIT KEPALA BERMINYAK DAN GATAL:

  1. CUCI RAMBUT DENGAN TEKNIK YANG BETUL

Cara mengatasi kulit kepala berminyak boleh dilakukan dengan mudah jika kita dapat memastikan bahawa kita telah mencuci rambut dengan betul.

Mencuci rambut sebenarnya cukup mudah, basahkan rambut, syampukannya sambil mengurut perlahan-lahan. Tetapi satu perkara yang penting, jangan lupa bilas rambut sampai bersih.

Pembilasan juga perlu dilakukan kita kita menggunakan perapi setelah memakai syampu rambut. Ia dapat mengurangkan kadar minyak yang keluar melalui kulit kepala sehingga risiko rambut kita jadi berminyak pun semakin berkurangan.

Bilaslah rambut dengan air yang bersuhu normal dan tidak terlalu panas ataupun terlampau sejuk. Air panas dapat merangsang pengeluaran peluh yang berisi minyak oleh kelenjarnya.

Mencuci dan membilas rambut dengan air yang sesai dapat membantu proses penutupan kutikula sehingga dapat mengurangkan kerosakan yang mungkin terjadi pada rambut.

kulit kepala berminyak

  1. KERINGKAN RAMBUT SECARA SEMULAJADI

Setelah selesai mencuci rambut, jika kita memakai hijab, jangan terus memakainya. Keringkan rambut terlebih dahulu ya!

Biarakan rambut mengering dengan sendirinya, jika perlu menggunakan hair dryer, pastikan kita memilih tahap yang paling rendah. Ini adalah kerana, udara yang cukup panas akan mendorong pengeluaran minyak di kulit rambut kita dengan lebih cepat.

kulit kepala berminyak

  1. PILIH SYAMPU DAN PERAPI DARI BAHAN SEMULAJADI

Kulit kepala berminyak perlu diatasi dengan segera. Ia bukan sahaja menyebabkan rambut kita menjadi tidak sihat, bahkan kita yang memakai hijab ini pun akan berasa tidak selesa sepanjang hari.

Masalah ini juga boleh disebabkan kerana kita salah memilih syampu dan perapi yang sesuai. Syampu dan perapi dan juga produk rambut yang mengandungi bahan kimia yang kuat tidak sesuai dengan keadaan rambut kita yang berminyak.

Adalah lebih baik jika kita menggunakan syampu dan juga perapi yang berasal dari bahan-bahan semulajadi.

kulit kepala berminyak

  1. CUCI RAMBUT SELEPAS BERSENAM

Ramai di antara kita yang lupa untuk mencuci atau membasuh rambut selepas bersenam. Bakteria yang wujud dari peluh dan debu ketika bersenam tidak akan hilang jika tidak diberishkan sehingga menyebabkan pelbagai masalah rambut seperti gatal, kulit kepala berminyak, berkelemumur dan lain-lain lagi.

kulit kepala berminyak

  1. KHASIAT LEMON DAN YOGURT

Gunakan khasiat lemon dan yogurt untuk mengatasi kulit kepala berminyak. Lemon mengandungi citric acid yang boleh menghalang aktiviti kelenjar minyak. Campurkan perahan lemon dengan yogurt, kemudian sapukan pada kulit kepala kita sambil diurut-urut perlahan.

Kemudian biarkan selama 30 minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

kulit kepala berminyak

Semoga kita dapat mempraktikan cara mudah mengatasi kulit kepala berminyak ini dengan sebaiknya.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme