Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Resepi Kek Kukus Buah

Resepi Kek Buah Kukus Moist

Posted on 11/08/201611/08/2016 by 123mamanet
Resepi Kek Kukus Buah
foto-shopify

Jika ada suka makan ataupun membuat kek, bolehlah mencuba Resepi Kek Buah Kukus yang dikongsikan dari Dapur Mamanet ini. Kek buah yang dikukus ini sangat lembut, moist dan cukup lazat, tak kurang hebatnya dengan versi kek buah yang dibakar di dalam oven.

Isi Kandungan hide
1 Bahan-Bahan Resepi Kek Kukus Moist
2 Cara Membuat Resepi Kek Kukus Buah:
3 Tip Resepi Kek Kukus Buah Yang Sedap:

 

Resepi Kek Buah Kukus ini pasti tidak akan mengecewakan anda yang cuba membuatnya. Bukan sahaja mudah, tidak memakan masa berjam-jam. Malahan, rasanya juga betul-betul lembab, enak dan tidak berderai! Ketahui juga resepi kek marble susu sedap.

 

Bahan-Bahan Resepi Kek Kukus Moist

  • resepi kek buah kukus
    foto-vegrecipesofindia

    150 gram tepung gandum berprotein tinggi

  • 50 gram gula pasir
  • 70 gram gula perang
  • 75 gram mentega
  • 75 gram majerin
  • 2 biji telur
  • ¼ sudu kecil esen vanilla
  • ¼ sudu kecil garam halus
  • ½ sudu kecil baking powder
  • ¼ sudu kcil serbuk kulit kayu manis
  • ¼ sudu kecil buah serbuk buah pala
  • ¼ sudu kecil serbuk bunga cengkih
  • ½ sudu kecil esen lemon
  • 5 gram ovalet
  • 90 ml susu cair
  • 250 buah-buahan kering
  • 1 sudu besar tepung gandum untuk dilumur dengan buah-buahan kering tersebut.

 

 

Cara Membuat Resepi Kek Kukus Buah:

 

  1. Sediakan loyang, sapukan dengan sedikit mentega. Kemudian taburkan dengan sedikit tepung sehingga permukaannya putih dengan tepung. Ketepikan.

 

 

  1. Masukkan buah-buahan kering di dalam mangkuk, kemudian masukkan satu sudu besar tepung gandum.Gaul sehingga rata sehingga permukaan buah-buahan tersebut berlumur dengan tepung tersebut. Ketepikan.

 

  1. Sementara itu, ayak bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, serbuk bunga cengkih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk buah pala. Ketepikan.

 

  1. resepi kek buah kukus
    foto-meredith

    Masukkan mentega, marjerin, gula pasir, gula perang, garam, ovalet, esen vanilla dan juga esen lemon ke dalam mangkuk mixer.

 

  1. Kemudian putar dengan kelajuan yang sederhana sehingga adunan tersebut mengembang dan putih.

 

  1. Setelah itu, masukkan telur satu persatu. Biarkan telur yang pertama sebati, kemudian barulah masukkan telur berikutnya. Matikan mxer.

 

  1. Kemudian masukkan tepung gandum dan susu cair secara berselang seli sedikit demi sedikit. Gaul adunan secara perlahan-lahan menggunakan spatula sehingga ianya bercampur sebati.

 

  1. Setelah itu, barulah dimasukkan buah-buahan kering . Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang.

 

  1. Sediakan alat pengukus, dan masukkan air sehigga hampir menyentuh lantai saringan pengukus tersebut. Panaskan sehingga airnya mendidih.

 

  1. Kemudian barulah masukkan loyang berisi adunan tadi ke dalamnya. Tutup permukaannya dengan kain bersih, setelah itu barulah ditutup dengan penutup kukus.

 

  1. Kukus selama sejam atau sehingga kek tersebut masak. Jangan sesekali membuka penutup kukus sepanjang tempoh kita mengukusnya.

 

  1. Setelah masak, keluarkan kek tersebut dari alat pengukus. Biarkan sejuk selama lima minit, dan setelah itu barulah dikeluarkan dari loyang.

 

  1. Pastikan kek buah kukus ini benar-benar sejuk sebelum dipotong.

 

 

resepi kek buah kukus
foto-pinimg

Tip Resepi Kek Kukus Buah Yang Sedap:

Panaskan pengukus dan didihkan air terlebih dahulu sebelum kek dimasukkan. Kemudian alaskan permukaan pengukus dengan kain bersih sebelum ditutup dengan penutup kukus.

 

Selepas itu, jangan dibuka-buka lagi penutupnya sepanjang proses pengukusan supaya kek kukus buah ini dapat mengembang dengan sempurna.

 

Selamat mencuba Resepi Kek Kukus Buah!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme