Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
resepi kimball

RESEPI KIMBALL NASI KERABU, AYAM MASALA & KEK VELVET HITAM  

Posted on 06/04/201704/29/2020 by 123mamanet

DALAM BAHAGIAN 1 YANG DISIARKAN SEMALAM, 123MAMANET TELAH BERKONGSI DUA RESEPI KIMBALL IAITU GADO-GADO DAN TAUFU SUMBAT. SEPERTI YANG TELAH DIJANJIKAN, DI BAHAGIAN AKHIR ARTIKEL SAJIAN BIJAK RAYA KIMBALL INI, 123MAMANET KONGSIKAN TIGA LAGI RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA KIMBALL IAITU RESEPI KIMBALL NASI KERABU GORENG, AYAM MASALA DAN KEK VELVET HITAM.

 

Berikut ialah cara-cara untuk untuk menyediakan tiga lagi resepi tradisional yang diubahsuai menjadi lebih ringkas dengan menggunakan produk Kimball. Dengan bajet RM100, lima resepi Kimball  siap sedia untuk dihidangkan kepada tetamu. Selamat mencuba!

 

 resepi kimball

KEK VELVET HITAM KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Membakar: 35 minit

Saiz Hidangan: 8 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Kos: +RM16.00

Bahan-bahan:

Untuk kek:

280 g tepung, diayak

1 sudu teh soda bikarbonat, diayak

½ sudu teh serbuk penaik, diayak

½ sudu teh garam, diayak

Adunan koko (225ml air panas + 90g serbuk koko kacau bersama sehinnga larut)

120 g mentega, lembutkan dalam suhu bilik

150 g gula perang lembut

150 g gula putih halus

2 sudu besar sos karamel pekat

½ sudu teh esen vanilla

130 g (3/4 cawan) Mayonis Kimball

4 biji telur

 

Untuk Aising Vanilla Mayonis:

100 g mentega, lembutkan dalam suhu bilik

½ sudu teh esen vanilla

450 g gula aising, diayak

150 g Mayonis Kimball

Cara memasak:

1.Untuk kek: Alas dasar 2 tin kek bulat berukuran 16 sm dengan kertas minyak. Sapu bahagian tepi tin dengan mentega lembut. Letak rak ketuhar di posisi tengah dan panaskan pada suhu 160。

2.Campurkan mentega, gula perang, gula putih, sos karamel pekat dan vanilla dalam mangkuk adunan. Pukul dengan senduk kayu sehingga sebati sebelum masukkan telur. Akhir sekali masukkan Mayonis Kimball.

3.Tambah 1/3 adunan tepung yang telah diayak, gaul menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan 1/3 adunan koko dan gaul lagi. Tambah tepung dan adunan koko secara bergilir-gilir sehingga habis.

4.Tuang adunan ke dalam tin pembakar dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan, selama 30-35 minit. Cucuk bahagian tengah dan jika pencucuk keluar bersih, tandanya kek cukup masak.

5.Keluarkan kek daripada ketuhar. Biarkan sejuk selama 10 minit sebelum dikeluarkan daripada tin pembakar. Terbalikkan kek atas redai kek. Belah kedua-dua kek supaya jadi 4 bahagian.

6.Untuk aising: Pukul mentega dan separuh gula aising di dalam mangkuk adunan sehingga lembut dan berkrim. Tambah lebihan gula aising dan Mayonis Kimball. Terus memukul dengan kelajuan perlahan sehingga aising gebu. Jangan terlebih pukul.

7.Sapu dan ratakan aising atas setiap lapisan kek termasuk bahagian atas. Untuk lebih cantik, boleh memaipkan aising roset di atas kek.

resepi kimball

NASI KERABU GORENG KIMBALL

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 15 minit

Saiz Hidangan: 8 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Kos: +RM14.00

 

Bahan-bahan:

4 sudu besar minyak

5 ulas bawang putih, dicinncang halus

3 sm halia, dimayang halus

3 batang serai, dihiris halus

1 cawan isi ikan yang telah dimasak

1/3 cawan Sos Lada Hitam Kimball

1/3 cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball

5 cawan nasi

1 cawan hirisan kacang botor

½ cawan kerisik

 

Untuk hiasan:

2 batang bunga kantan, dihiris halus

½ cawan herba pilihan yang dihiris halus*

1 cawan timun, dihiris halus

2 biji telur dadar, dihiris halus

 

*Kombinasi daun kesum, daun selasih, ulam raja, daun kunyit.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan serai sehingga wangi dan perang keemasan. Masukkan isi ikan, Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Bawang Putih Kimball. Goreng 5 minit sebelum masukkan nasi. Masak lagi selama 10 minit, tambah kacang botor dan kerisik. Biar 5 minit lagi.

2. Perasakan dengan garam, tabur dengang bahan hiasan dan sedia dihidangkan.

 

resepi kimball

AYAM MASALA KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 30 minit

Saiz Hidangan: 8 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Kos: +RM21.00

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (anggaran 1.8 kg), potong sebesar 4 sm

2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball

½ cawan Sos Lada Hitam Kimball

3 sudu besar serbuk cili

1 ½ sudu besar serbuk kunyit

100 g halia, dihiris

5 ulas bawang putih, dihiris

2 bawang merah, dihiris halus

1/3 cawan minyak

1 sudu teh biji sawi

1 sudu teh jintan putih

4 sm kulit kayu manis

2 tangkai daun kari

1 botol Sos Spageti Tradisional Kimball

Garam, secukup rasa

Cara memasak:

1. Letak ayam dalam mangkuk adunan besar dan gaul dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Lada Hitam Kimball, serbuk cili dan jintan putih. Perap 10 minit. Masukkan ¼ cawan air bersama halia, bawang putih dan bawang, kisar halus. Ketepikan

2. Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana. Masukkan biji sawi, jintan putih, kulit kayu manis dan daun kari. Apabila biji sawi meletup letup, campur pula bahan kisar. Kacau selalu sehingga bahan menjadi perang.

3. Masukkan ayam (bersama bahan perapan) dan goreng anggaran 15 minit. Tambah Sos Spagetti Tradisional Kimball dan 1 1/2 cawan air. Biarkan mendidih, barulah perlahankan api. Sesekali kacau sehingga ayam empuk dan kuah pekat – anggaran 20 minit. Perasakan dengan garam.

4. Hidangkan segera sementara panas.

 

Semoga resepi Kimball ini dapat membantu anda mengawal bajet ketika membuat persiapan rumah terbuka. Selamat berpuasa dan berhari raya daripada kami di 123mamanet.com.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Anda Pasti Ingin Tahu 2 Resepi Sajian Bijak Raya Kimball
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme