Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
sotong masak kicap

Resepi Sotong Masak Kicap Manis Lazat

Posted on 03/25/202308/27/2023 by 123mamanet

Memasak sotong yang dicampur dengan kicap manis akan menambah kelazatan resepi Sotong Masak Kicap yang dikongsikan dari Dapur Mamanet ini.Jika anda pencinta seafood sudah pasti akan menyukai masakan yang satu ini. Menu ini juga sesuai untuk disajikan buat kanak-kanak memandangkan ia tidak terlalu pedas.

Isi Kandungan hide
1 Sotong Masak Kicap Cukup Lazat!
2 Jom Cuba, Resepi Sotong Masak Kicap
2.1 Tips Memilih Sotong Yang Elok

Sotong Masak Kicap Cukup Lazat!

Lagipun untuk memasak Sotong Masak Kicap ini tidak memerlukan kita duduk berjam-jam di dapur. Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasaknya pun tidak renyah. Gabungan bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk lada sulah serta kicap manis membuat rasanya semakin lazat.

Bagi yang ingin membuatnya sendiri di rumah, berikut dikongsikan resepinya.

BACA: RESEPI MASAK LEMAK KETAM BERAPI

Jom Cuba, Resepi Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan:

500 gram sotong (potong ikut suka)

3 sudu besar minyak masak

1 biji bawang besar (dihiris tebal- bulat)

2 batang daun bawang (dipotong-potong)

2 biji cili besar merah atau hijau (dihiris nipis)

1 biji capsicum – jika suka (dihiris nipis)

Kacang atau hirisan lobak merah (jika suka)

sotong masak kicap

 

Bahan Untuk Dikisar (boleh juga dihiris halus-halus):

4 biji bawang merah

2 biji bawang putih

1 cm halia

sotong masak kicap

 

Bahan Campuran Sos Kicap Manis:

4 sudu besar kicap manis

1 sudu teh tepung jagung

½ sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu sos tiram

3 sudu besar air

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan campuran sos kicap manis di dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
  1. Sementara itu, bersihkan sotong. Lumur dengan garam dan juga air perahan limau kasturi. Biarkan selama 15 minit.
  1. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api yang sederhana.
  1. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sampai berbau harum dan sedikit garing.
  1. Setelah itu, masukkan sotong. Goreng di atas api yang besar selama 5 minit.

 

resepi sotong masak kicap

 

 

  1. Kemudian tambahkan campuran sos kicap manis tadi dan biarkan sehingga mendidih dan sos menjadi pekat.
  1. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat tadi, daun bawang dan cili serta kacang (jika ada). Gual sebati. Masak dalam 3 minit.
  1. Padamkan api. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

 

tips memilih sotong

 

Tips Memilih Sotong Yang Elok

  1. Untuk tekstur sotong yang lembut, pilihlah sotong bersaiz sederhana. Jika anda tidak ada pilihan dan terpaksa menggunakan sotong yang besar, kelar-kelarkan sedikit sotong tersebut supaya kurang kenyal dan mudah dikunyah.
  2. Masak sotong dalam tempoh singkat kerana jika terlalu lama sotong akan jadi lebih keras.

Artikel Lain: Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Itulah resepinya. Senang, kan untuk memasak Sotong Masak Kicap yang cukup lazat. Selamat mencuba. Suka dengan resepi ini? Like & Share ya guys.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme