Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
seluar harem

Seluar Harem Buat Hijabers Tampil Unik

Posted on 11/10/201611/10/2016 by 123mamanet
seluar harem
foto-ak0-pinimg

Ada banyak idea mix and match pakaian yang boleh membuatkan penampilan kita nampak lebih menawan. Salah satunya adalah dengan menggayakan seluar harem atau harem pants bagi menghasilkan penampilan yang lebih nampak chic.

Isi Kandungan hide
1 Berikut ini adalah beberapa stail fesyen yang boleh diterapkan dalam penggayaan seluar harem:
2 Tip Bergaya Dengan Harem Pants

 

Seluar harem atau harem pants  kini semakin berevolusi lebih bebas. Seluar berpotongan baggy ini, seakan seluar Alladin punya pesona tersendiri jika anda bijak menggayakan.Ada juga seluar harem dengan potongan drapery di bahagian tepi, sehingga alur  atau lipatan jatuhnya kelihatan begitu cantik. Ketahui juga tentang Cardigan Muslimah yang stylo.

Berikut ini adalah beberapa stail fesyen yang boleh diterapkan dalam penggayaan seluar harem:

  1. Gaya Kasual
seluar harem
foto-ladyfromatramp

Ternyata pemakaian seluar harem yang mempunyai pelbagai motif menarik mampu meninggal kesan tersendiri apabila digayakan.

 

Bagi melengkapi gaya kasual, pilih  harem pants  yang memiliki motif dan berpotongan lebih maskulin

 

* Harem pants bermotif memang cantik digayakan dengan blouse dan hijab yang polos. Melengkapi gaya hijab yang sederhana.

 

 

  1. Gaya Santai
seluarnharem
foto: style-ak0-pinimg

Harem pants sememangnya mempunyai bentuk yang lebar. Jadi, sekiranya kita ingin  mendapatkan kesan seragaman, gandingkan sahaja seluar ini dengan baju yang bersaiz besar atau longgar.

 

Bagi mencipta kesan gaya minimalis, pilihan warna hitam dan putih. Di samping itu, jangan lupa gayakan bersama item fesyen lain bagi menunjang gaya tersebut.

 

 

 

 

  1. Gaya Ranggi
seluar harem
foto-skindeepandbeyond

Jika ingin tampil dengan gaya yang lebih elegan, cuba sesuaikan seluar harem ini dengan blouse yang mempnyai kesan rambu ramba sedikit. Pilih seluar yang berwarna gelap bagi melengkapkan lagi gaya elegan yang ingin ditampilkan.

 

Aksesori pelengkap gaya seperti handbag dan wedges mampu menyempurnakan lagi gaya ini. Jadi, jangan ragu untuk bermain dengan idea mix and match dalam menggayakan seluar harem ini.

 

 

Tip Bergaya Dengan Harem Pants

seluar harem
foto-1-bp-blogspot-com

 

 

Kelebihannya:

  • Menyamarkan bahagian paha dan punggung yang bersaiz besar kerana potongan seluarnya yang lebar.
  • Menyeimbangkan volume tubuh.
  • Membuatkan kaki bahagian bawah kelihatan kecil dan ramping.
  • Pergerakan lebih bebas kerana rekaannya yang dinamik dan ada stail.

 

 

Sebenarnya pemakaian harem pants ini lebih sesuai buat kita yang memiliki tubuh yang kurus dan tinggi. Sungguhpun begitu, tidak bermakna kita yang mempunyai  tubuh yang agak berisi dan kurang tinggi ini tidak boleh memakainya.

 

Kita tetap boleh tampil unik juga dengan  mengandingkannya dengan pemakaian kasut tumit tinggi bagi menonjolkan keunikan  seluar harem ini tanpa membuatkan bahagian pinggang dan punggung kita nampak lagi membesar.

 

Selain itu, kita juga perlu bijak apabila menggayakannya. Pilih material ‘jatuh’ seperti jersey untuk aktiviti santai. Manakala material seluar dari bahan silk atau  ceruti untuk ke majlis-majlis formal. Barulah ngam!

 

Jika bertubuh kecil dan kurus, sebaiknya pilihlah yang diperbuat dari material linen atau cotton serta jangan lupa memakai high heels.

 

Manakala untuk tubuh yang berisi, sebaiknya pilih seluar harem dari material sutera ataupun lycra dan gayakan dengan kasut flat dengan rekaan yang simple  ataupun sandal tali.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme