Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink

Sensasi Rasa Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Yang Baharu

Posted on 05/30/202405/30/2024 by 123mamanet

Fernleaf Malaysia, jenama yang terkenal kerana membawakan kebaikan semula jadi tenusu New Zealand ke Malaysia selama 50 tahun, teruja untuk memperkenalkan inovasi terbarunya, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink.

Isi Kandungan hide
1 Kebaikan Tenusu
2 Minuman Yogurt Cukup Menyegarkan
2.1 Buah-buahan Tropika
2.2 Strawberi
2.3 Mangga
3 Dapatkan Sekarang!

Kebaikan Tenusu

Penambahan baru kepada keluarga Fernleaf ini adalah bukti dedikasi jenama ini untuk menghasilkan produk yang penuh dengan kebaikan tenusu dan lazat dengan menampilkan minuman yogurt yang menyegarkan. Diperkayakan dengan jus buah-buahan asli, yang direka khusus untuk memikat hati rakyat Malaysia.

Diperbuat daripada susu yang berkualiti dari New Zealand, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink menggabungkan textur berkrim minuman yogurt gaya Greek dengan jus buah-buahan sebenar.

Mendapat persijilan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, minuman lazat ini menawarkan nutrien seperti kalsium dan vitamin D. Di samping mengandungi 0% lemak, serta mematuhi garis panduan pemakanan yang ketat dengan tahap lemak dan gula yang telah ditetapkan.

Minuman Yogurt Cukup Menyegarkan

Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., menyatakan, “Di Fonterra, kami komited untuk menawarkan minuman berasaskan tenusu yang bukan sahaja memberikan khasiat. Malahan turut memberikan kepuasan kepada pelanggan kami.

Kami juga menumpukan sepenuh perhatian untuk meningkatkan dan memperkayakan produk kami dengan nutrisi dan juga rasa yang digemari rakyat Malaysia. Pelancaran produk ini membuka lembaran baharu dalam industri yogurt minuman, kerana ianya adalah gabungan sempurna tekstur berkrim yang digemari dengan rasa buah-buahan yang asli.”

Baca Juga:

Mengapa Kolegan Penting Selepas Usia 25 Tahun?

Jom Jumpa Dietitian , Pakar Dalam Pemakanan & Kesihatan

 

Fernleaf Greek Style Yogurt Drink

Buah-buahan Tropika

Campuran rasa buah-buahan tropika yang manis dan masam, menawarkan rasa yang cukup menyegarkan dengan setiap tegukan.

 Strawberi

Diperkaya dengan rasa strawberi yang manis, sesuai untuk mereka yang menyukai rasa buah-buahan yang sedikit masam.

Mangga

Menyajikan rasa tropika yang kaya dari mangga, sempurna untuk mereka yang ingin menikmati rasa keenakan buah mangga asli.

Minuman ini lebih daripada sekadar minuman biasa; ia adalah minuman serba guna yang sesuai untuk bila-bila masa, sama ada untuk dinikmati begitu sahaja sebagai snek yang enak, dihidangkan bersama pelbagai hidangan kegemaran anda, atau digabungkan bersama makanan lain seperti oat atau granola, mengikut selera dan kegemaran anda.

Dapatkan Sekarang!

Fernleaf Greek Style Yogurt Drink kini boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Giant, AEON, AEON BiG, NSK, TF Value dan TMG Mart.

Tersedia dalam dua saiz yang praktikal, iaitu botol 700 gram berharga RM 8.50 dan botol 200 gram berharga RM 3.30, kedua-duanya menawarkan harga yang mampu milik dengan rasa yang cukup enak, sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa.

1 thought on “Sensasi Rasa Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Yang Baharu”

  1. Pingback: Fernleaf MultiGrain+ BAHARU Penuh Khasiat - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme