Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Fernleaf MultiGrain+

Fernleaf MultiGrain+ BAHARU Penuh Khasiat

Posted on 06/09/2024 by 123mamanet

Fernleaf memperkenalkan inovasi terbaharunya: Fernleaf MultiGrain+ untuk kanak-kanak agar mereka berasa kenyang, di samping menyokong mereka membesar dengan tinggi dan kuat.

Isi Kandungan hide
1 Fernleaf MultiGrain+BAHARU
2 Produk Susu Yang Inovatif
3 Kombinasi Tiga Jenis Bijirin
4 Mengandungi Nutrien Penting

Fernleaf MultiGrain+BAHARU

 Ramai ibu sering berdepan dengan cabaran anak-anak berasa cepat lapar atau sebelum waktu makan yang dijadualkan, sambil memastikan mereka mendapat khasiat yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka, terutamanya dalam aktiviti harian mereka yang aktif.

Susu adalah sumber khasiat penting yang amat diperlukan dalam menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Malah, bijirin adalah sumber utama karbohidrat, yang memberi tenaga kepada badan dan mengenyangkan.

Dengan Fernleaf MultiGrain+, kombinasi unik ini menggabungkan kebaikan susu dengan 3 jenis bijirin – gandum, beras dan jagung. –Minum susu dengan bijirin bukan sahaja membuat kanak-kanak merasa kenyang antara waktu makan tetapi juga menyediakan nutrisi penting yang amat diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan mereka. Ibu-ibu kini boleh memastikan anak-anak mereka mempunyai pemakanan seimbang yang menyokong keperluan tenaga dan pemakanan mereka.

Baca Juga:

Sensasi Rasa Fernleaf Greek Style Yogurt Drink

Kempiskan Perut Dengan Khasiat Teh Hijau

 

Produk Susu Yang Inovatif

 Fernleaf MultiGrain+

Sejak 1893, Fernleaf menawarkan produk susu inovatif yang digemari oleh keluarga di seluruh dunia. Produk Fernleaf diperbuat dengan susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar.

Komitmen jenama bermula dengan piawaian pengeluaran tenusu tertinggi, di mana lembu merumput bebas di padang rumput hijau yang subur dalam persekitaran yang bersih dan segar. Ini membolehkan lembu menghasilkan susu berkualiti yang mencerminkan dedikasi Fernleaf untuk memberikan produk tenusu terbaik untuk pengguna-pengguna.

Kombinasi Tiga Jenis Bijirin

Tiga jenis bijirin dalam Fernleaf MultiGrain+ adalah kombinasi gandum, beras dan jagung yang sangat halus. Semua ini memudahkan pengambilannya oleh anak-anak kecil supaya mereka dapat menikmati rutin minum susu harian mereka seperti biasa.

Mengambil susu dengan bijirin membantu memastikan kanak-kanak berasa kenyang dan puas di antara waktu makan, di samping memberikan mereka tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Mengandungi Nutrien Penting

 Fernleaf MultiGrain+

Untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan tinggi dan kuat, Fernleaf MultiGrain+ juga mengandungi nutrien penting untuk menyokong tumbesaran mereka, seperti 5X DHA*, kalsium, protein, serta 18 vitamin dan mineral.

Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran, di Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, menjelaskan betapa pentingnya memperkenalkan susu tepung inovatif ini kepada ibu.

“Kajian kami menunjukkan bahawa ramai ibu menghadapi kesukaran untuk memastikan anak-anak mereka yang aktif berasa puas dan kenyang, terutamanya di antara waktu makan. Oleh itu, berdasarkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan R&D, kami ingin memperkenalkan konsep campuran susu dan bijirin dalam susu tepung rumusan kami untuk kanak-kanak.”

“Dengan cara ini, kanak-kanak akan terus menikmati khasiat susu Fernleaf yang dikenali, dan pada masa sama, berasa kenyang dengan adanya campuran bijirin. Kami juga memastikan bijirin yang digunakan adalah halus supaya kanak-kanak dapat terus menikmati kebiasaan rutin susu harian mereka.

Secara ringkasnya, Fernleaf MultiGrain+ baharu menawarkan pilihan yang mudah dan berkhasiat yang boleh dipercayai oleh para ibu untuk membantu memastikan anak-anak mereka berasa kenyang sambil menyokong mereka untuk membesar tinggi dan kuat. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari, sama ada untuk sarapan pagi, sebagai snek tengah hari, di antara waktu makan atau selepas makan malam!” sambung Siew Poh.

Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf MultiGrain+ (RM25.90, pek 800g) kini boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara, serta dalam talian melalui Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Fernleaf Malaysia: https://www.facebook.com/fernleafmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme