SOFY Bekerjasama dengan Watsons untuk membantu wanita Malaysia melawan ketidakselesaan haid. Jadilah sebahagian daripada acara SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr dari 29 September sehingga 8 Oktober. Anda akan dapat menyaksikan inovasi terkini dari SOFY dan juga aktiviti-aktiviti yang merangsang kelima-lima deria
Kempen #CoolGilerrr Sofy x Watsons
SOFY, jenama tuala wanita No.1 dari Jepun telah bekerjasama dengan Watsons untuk memperkenalkan kempen #CoolGilerrr. Ia bertujuan membantu para wanita di Malaysia melawan haba haid dengan rangkaian tuala wanita terbaharu ini.
Dengan kerjasama peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons, SOFY telah menganjurkan acara pop-up SOFY Cooling Fresh #CoolGilerrr. Ini adalah sebuah acara unik yang disasarkan untuk memperkasakan wanita untuk kekal segar sepanjang hari, tanpa sebarang ketidakselesaan.
Baca Juga:
Atasi Masalah Senggugut Dengan Mudah
Acara pop-up tersebut adalah terbuka untuk orang ramai. Ia akan berlangsung di Starhill Kuala Lumpur dari 29 September sehingga 8 Oktober, 10 pagi sehingga 10 malam.
Bakal menampilkan paparan-paparan interaktif dan peluang kepada orang ramai untuk mengalami SOFY Cooling Fresh baharu secara langsung.
Menurut Puan Amanda Wong Yoke Pui, Pengurus Jenama Kanan, SOFY Malaysia & Singapura, tuala wanita terbaharu ini adalah sebuah lonjakan ke hadapan untuk keselesaan masa haid.
“Sejak pelancaran rangkaian tuala wanita Cooling Fresh pada 2018, kami telah terus berusaha untuk menambah-baik produk kami. Ia bertujuan memastikan wanita berasa segar, selesa dan yakin dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Kami berhasrat untuk memberikan pengalaman yang menyegarkan dan meningkatkan keyakinan wanita, walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar.”
“Menurut kajian penggunaan dan sikap pengguna tahunan kami, 7 daripada 10 wanita mengalami ruam atau kerengsaan kulit semasa haid. Ini amat ketara di kalangan gadis muda yang cenderung memakai tuala wanita untuk masa yang lebih lama.
Rangkaian SOFY Cooling Fresh kami bertujuan untuk menangani masalah ini, terutamanya dengan cuaca Malaysia yang panas, ” tambah Cik Amanda lagi.
Sejak perkenalan di 2018, ia telah direka untuk memberikan sehingga lima jam. Pudina Dingin merentasi pelbagai pilihan produk mulai dari Day to Night, Maxi hingga Ultra Slim, Semua ini untuk membantu wanita Malaysia melawan rasa panas semasa waktu haid mereka.
Rangkaian Natural Cucumber juga telah diperkenalkan di Oktober 2022 untuk mereka yang ingin menenangkan kulit mereka dengan sensasi sejuk yang ringan.
Informasi Produk
SOFY Cooling Fresh (Mint) – 5 Jam Pudina Dingin
Dilapik dengan lapisan Cool Mint Sheet, SOFY Cooling Fresh (Mint) memberikan sehingga 5 Jam Pudina Dingin, yang dapat mengurangkan ruam panas dan memberikan rasa nyaman sehingga waktu untuk menukar tuala.
Ia juga ditambah dengan Minyak Pati Tumbuhan Semulajadi yang dapat mengurangkan bau secara efektif, dan memberikan rasa kesegaran yang berkekalan. Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, supaya selesai untuk semua jenis kulit.
Paras Dingin: ❄️ ❄️ ❄️ ❄️ ❄️
SOFY Cooling Fresh (Cucumber) – Sejuk dan Sensitif
Disemai dengan Ekstrak Timun Asli, SOFY Cooling Fresh (Cucumber) akan memberikan sensasi sejuk yang lembut dan membantu mengurangkan rasa tersumbat, walaupun pada jenis kulit sensitif. Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, supaya selesai untuk semua jenis kulit. Rekaan Ultra Slim dengan penyerapan unggul membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran.
Paras Dingin: ❄️ ❄️ ❄️ ❄️
Untuk informasi lanjutnya layari (https://my.sofyclub.com/en/home.html) atau Facebook (https://www.facebook.com/SOFYMalaysia/) ataupun Instagram (https://www.instagram.com/sofymalaysia)