Senggugut | Ramai wanita yang mengalami senggugut atau rasa sakit ketika datang haid pada setiap bulan. Dikongsikan beberapa petua atau cara hilangkan senggugut yang boleh anda amalkan.
Senggugut Menyeksakan!
Senggugut adalah keadaan yang menyebabkan sakit perut atau ketidakselesaan pada perut bagian bawah wanita semasa haid.
Ia adalah sesuatu yang normal dan lumrah terjadi. Namun, gejalanya berbeza-beza pada setiap wanita. Ada yang sakitnya biasa-biasa sahaja dan ada juga yang tidak tertahan kesakitannya.
Baca Juga: Khasiat Makan Petai
Kenali Punca-Puncanya
Berikut adalah beberapa punca yang dikaitkan dengan senggugut:
Tindakbalas Rahim
Semasa haid, rahim bertindakbalas untuk menolak lapisan dinding rahim yang telah muncul untuk mempersiapkan kehamilan. Tindakbalas ini boleh menyebabkan kesakitan apabila otot rahim bertindakbalas dan menghadapi kekurangan bekalan oksigen.
Prostaglandin
Zarah kimia yang dikenali sebagai prostaglandin dikeluarkan oleh rahim semasa haid untuk membantu mengecilkan rahim dan menyingkirkan tisu yang tidak diperlukan. Kadar prostaglandin yang tinggi boleh menyebabkan kontraksi rahim yang lebih kuat dan menyakitkan.
Ketidakseimbangan Hormon
Perubahan dalam tahap hormon semasa kitaran haid boleh mempengaruhi kekuatan tindakbalas rahim dan memberi kesan kepada keparahan senggugut.
Faktor Genetik
Risiko mendapat senggugut juga boleh dipengaruhi oleh faktor genetik. Jika keluarga anda memiliki sejarah senggugut, anda mungkin berisiko lebih tinggi.
Umur
Senggugut lebih kerap berlaku pada wanita yang muda dan mungkin menjadi kurang teruk seiring dengan pertambahan usia.
Gaya Hidup
Faktor seperti diet yang tidak seimbang, kurang senaman dan tekanan boleh mempengaruhi keparahan senggugut.
Penyakit Ginekologi
Kehadiran penyakit seperti fibroid rahim atau endometriosis boleh meningkatkan risiko senggugut yang lebih teruk.
Ketidakseimbangan Nutrien
Kekurangan nutrien seperti kalsium, magnesium dan vitamin B6 dalam diet boleh mempengaruhi keseimbangan hormon dan keparahan senggugut.
Gangguan Pemendapan Darah
Jika darah haid tidak dapat mengalir bebas keluar rahim, ia boleh menyebabkan tindakbalas rahim yang lebih kuat dan menyebabkan senggugut.
Baca Juga: Kenalpasti Punca Gastrik
6 Petua Semulajadi Hilangkannya
Ada beberapa tip atau petua hilangkan senggugut secara semulajadi tanpa perlu menelan ubat penahan sakit dan sebagainya.
Bertungku
Jika tidak tahan sangat dengan kesakitan yang dialami, anda boleh mencuba petua menghilangkannya dengan bertungku.
Bertungku boleh dilakukan dengan cara mengisi air panas di dalam botol atau menggunakan tuala yang direndam di dalam air panas. Tungkulah pada bahagian perut bawah yang sebu dan sakit itu, disertai dengan urutan lembut.
Tujuan bertungku adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan membuatkan otot-otot di sekitar perut lebih relaks sehingga rasa sakit tersebut berkurangan.
Jamu Kunyit
Petua hilangkan senggugut dengan meminum jamu kunyit boleh dicuba. Khasiat kunyit terlalu banyak, selain menyegarkan tubuh ia juga dapat membantu meredakan kesakitan itu.
Jika anda rajin, anda boleh membuat sendiri jamu kunyit ini. Caranya mudah sahaja, ambil 3 ulas kunyit hidup, kupas kulit dan bersihkannya.
Setelah itu, parut dan tambahkan sedikit air, ramas, tapis dan ambil patinya. Kemudian tambahkan sedikit dengan asam jawa dan gula merah, kemudian rebus sehingga mendidih dan angkat.
Jamu kunyit ini sebaiknya diminum dalam keadaan panas bagi mengurangkan senggugut yang anda alami.
Mandi Air Panas Suam
Mandi dengan air panas suam dikatakan mampu membuatkan tubuh lebih relaks, sehingga dengan perlahan-lahan sakit tersebut akan beransur hilang.
Rehat Secukupnya
Cara yang keempat ini cukup mudah. Anda hanya perlu beristirahat secukupnya, paling kurang tidur selama 7 jam pada malam hari.
Di samping itu, cuba tidur selama sejam pada siang hari dapat membantu membuatkan tubuh anda lebih relaks dan segar, sehingga boleh mengurangkan kesakitan itu.
Pilih Makanan Mengandungi Zat Besi
Ketika datang haid, wanita lebih mudah mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah.
Jadi, sebab itulah ketika datang haid, kita digalakkan makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Misalnya sayur bayam, hati ayam, ubi merah dan sebagainya.
Selain makan makanan tinggi zat besi, pengambilan buah-buahan segar dan perbanyakkan minum air masak juga akna membantu membuatkan tubuh menjadi lebih segar dan terhindar daripada dehidrasi. Elakkan minuman berkarbonat, berais dan mengandungi kafien kerana ia akan memparahkan lagi keadaan anda.
Air Halia Suam
Ternyata halia mempunyai pelbagai khasiat yang boleh kita manfaatkan. Salah satu petua hilangkan senggugut adalah dengan meminum air halia suam.
Minumlah tiga kali sehari, sehingga kesakitan sengggut anda itu betul-betul hilang. Minuman ini akan bekerja dengan cara meredakan kembung perut yang terjadi pada otot.
Nota: Setiap individu mungkin mengalami kesakitan itu dengan faktor penyebab yang berbeza-beza. Jika keadaan anda sangat teruk atau mengganggu kehidupan seharian anda, adalah bijak untuk berunding dengan pakar kesihatan untuk nasihat dan rawatan yang sesuai.
1 thought on “Senggugut : Atasinya Dengan Mudah”