Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
bercuti ke Janda Baik

Syoknya Bercuti Ke Janda Baik Sambil Mandi Manda!

Posted on 11/21/201611/21/2016 by 123mamanet

bercuti ke janda baikBagi yang cintakan alam semulajadi dan ingin lari seketika dari hiruk pikok kota yang cukup melemaskan, bolehlah  bercuti ke Janda Baik, Pahang.

Isi Kandungan hide
1 Apa Yang Menarik Jika Kita Bercuti Ke Janda Baik?
2 Tempat Bermalam Banyak!

 

Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu, betapa syoknya bercuti ke Janda Baik, Pahang ini. Tambahan pula pemandangannya cukup indah.Sekali sekala dapat tengok pemandangan kampung, hati terasa cukup tenang.Suasananya begitu mendamaikan.

 

Ketahui juga tentang tempat menarik di Pulau Pangkor.

 

bercuti ke Janda Baik

Pokok-pokok hutan menjadikan suasananya lebih dingin dan sejuk. Ternyata, pekan kecil ini masih mengekalkan tema suasana kampung yang segar, tenang dan juga tenteram.Ketenangan cukup mudah dicari apabila kita bercuti ke Janda Baik.

 

Sempena cuti akhir tahun yang panjang ini, mungkin kita boleh rancang percutian bersama keluarga tersayang.Kita boleh bercuti ke Janda Baik ini untuk tenangkan fikiran sambil merehat-rehatkan badan dan otak pada hujung minggu.

 

Lagipun destinasinya terletak tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur. Lbih kurang dalam 45 minit, dah sampai ke Janda Baik. Dari Genting Sempah, kita terus sahaja masuk ke Pekan Janda Baik. Laluannya sedikit mencabar, sebab jalannya sempit dan agak bengkang bengok. Kalau susah sangat, buka Waze atau Google Map sahaja. Confirm tak sesat, sebab pekan ni pun kecil sahaja. Mudah, kan…

 

 

Apa Yang Menarik Jika Kita Bercuti Ke Janda Baik?

 

bercuti ke Janda Baik

Memang ramai pengunjung yang datang terutama pada waktu hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum.Jadi, sebaiknya kita buatlah tempahan dahulu jika berhasrat untuk spend lebih banyak waktu bercuti di Janda Baik.

 

Serius bagi anda yang sukakan kedamaian,suasana semulajadi, mandi-mandi, berkelah,buat BBQ atau nak buat family gathering, jangan ragu-ragu untuk bercuti ke Janda Baik. Macam-macam aktiviti yang boleh kita buat di sini.

 

Tapak perkhemahan, pondok berehat serta kemudahan asas seperti tandas dan juga tempat persalinan juga turut disediakan. Sudah pastilah anak-anak yang akan jadi lebih excited  apabila dengar boleh mandi manda di sana kan…

 

Air sungai yang cukup bersih dan sejuk. Kalau nak lagi best, kenalah pilih bahagian sungai yang atas sekali. Nak buat sukaneka dalam airpun boleh! Ada kemudahan pondok di tepi sungai dan air sungai yang cetek tidaklah terlalu  membahayakan kepada kanak-kanak.

 

Cuma, kalau nak mandi manda tu kenalah pastikan cuaca dalam keadaan baik dan tak tak hujan. Kalau hujan, kenalah tukar rancangan mandi mandi ni ke hari lain. Bahaya, sebab air jadi keruh, kedalamannya juga akan jadi di luar jangkaan.

 

 

Tempat Bermalam Banyak!

bercuti ke Janda Baik

Tak ada masalah langsung untuk mencari tempat bermalam atau menginap.Banyak resort, rumah tumpangan, homestay atau chalet dalam kategori mampu milik. Pilih sahaja nak yang murah ataupun mahal dan mewah.

 

Bagi yang mahukan percutian yang lebih privacy, terdapat juga resort atau chalet mewah yang lokasinya terasing, unik dan eksklusif. Semuanya menawarkan pelbagai kemudahan seperti gelanggang tenis, gelanggang badminton, kolam persendirian,pit barbeku dan lain-lain lagi.

 

Antara resort atau chalet yang boleh dijadikan pilihan ketika bercuti ke Janda Baik ialah Saufiville Boutique Resort,Chengal Retreat, Le’ Manah Retreat, D’Ark Resort, Danau Daun Chalets, Enderong Resort, Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Pulau Santap Chalet,Hawa Resort dan Riverside Chalet.

 

Ada yang betul-betul dekat dengan sungai.Buka sahaja pintu rumah dah boleh dengar deruan air dari bilik dan boleh terus terjun ke dalam sungai. Best kan…

 

Makan Time!

bercuti ke Janda BaikKalau tak nak bawa bekalan makan, boleh sahaja makan di mana-mana gerai di sekitar pekan Janda Baik. Jika menetap di Riverside, ada beberapa gerai dan sebuah restoran  di situ. Makanannya pun sedap dan murah.

 

Selain itu, boleh juga makan-makan di Warung Pak Andak. Menu sarapan paginya cukup enak. Ada juga lempeng dan roti canai. Fuh! Memang sedap dan tidak sia-sia singgah bersarapan di Warung Pak Andak.

 

 

Okay, kalau ada kelapangan hujung minggu, jom kita menghirup udara segar sambil bercuti ke Janda Baik!

 

 

Foto: 123mamanet.com

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme