Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
telur ayam

Telur Ayam Jadi Menu Kuruskan Badan

Posted on 03/07/202305/22/2023 by 123mamanet

Telur ayam dikenali sebagai makanan yang memiliki sumber protein yang sangat tinggi. Menurut pakar pemakanan, telur adalah makanan yang paling padat gizi.

Isi Kandungan hide
1 TELUR AYAM! INI 5 ALASAN KENAPA ANDA HARUS MENIKMATINYA

Kandungan gizi telur antaranya adalah mengandungi 90% kalsium, mineral, 6 gram protein dan asid amino esensial dalam putih telur. Manakala zat besi terdapat dalam kuning telur. Ia boleh dianggap sebagai makanan SUPER kerana ia dapat meningkatkan sistem imun, mencegah kanser dan mengatasi obesiti.

telur ayam

BACA: RESEPI SIHAT SALAD TELUR REBUS

TELUR AYAM! INI 5  ALASAN KENAPA ANDA HARUS MENIKMATINYA

1. Kandungan Vitamin yang tinggi

Sebiji telur kecil mengandungi beberapa vitamin penting iaitu:

Vitamin B2 yang membantu tubuh memecah makanan menjadi energi;

Vitamin B12 yang sangat penting untuk memproduksi sel darah merah;

Vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan;

Vitamin D yang membuat tulang, gigi kekal kuat dan sihat;

Vitamin E yang berperang melawan radikal bebas punca kerosakan jaringan sel dan menyebabkan kanser;

Vitamin A dan B12 yang penting untuk pertumbuhan;

Jadi, pastikan anak-anak anda menikmatinya secara teratur.

cegah obesiti

2. Mengurangkan berat badan dan mengelak obesiti

Tahukah anda bahawa menikmatinya dapat membantu anda menurunkan berat badan? Ini mungkin merupakan berita yang mengejutkan bagi mereka yang menganggap bahawa ia adalah makanan yang boleh menggemukkan atau tidak sihat.

Tetapi, sebuah kajian di Rochester Center For Obesity Research mendapati bahawa makan telur waktu sarapan pagi membantu memenuhi keperluan kalori sepanjang hari lebih daripada 400 kalori. Itu bererti anda mampu menghilangkan lebih tiga kilogram dalam sebulan.

Ingat untuk anda yang tidak bersenam dan tidak menjalankan aktiviti lasak atau berat, kalori yang diperlukan sehari hanyalah 1800 kkal sahaja.

 cegah obesiti

3. Mendapatkan mineral esensial

Kandungan nutrisinya dilengkapi dengan zat besi, zink dan mineral fosfor yang penting bagi tubuh. Wanita memerlukan banyak zat besi akibat mengalami menstruasi. Zink menjaga sistem kekebalan tubuh dan membantu tubuh mengubah makanan menjadi energi.

Fosfor sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Sebagai tambahan bonus, dalam kandungan nutrisi telur ada beberapa unsur mineral  dalam jumlah kecil yang anda perlukan seperti Iodium (iodin) yang diperlukan untuk membuat hormon tiroid, selenium dan antioksidan yang membantu mengurangi risiko kanser.

 cegah obesiti

4. Manjakan diri dengan protein rendah kalori

Satu biji telur mengandung 70 – 85 kalori dan sekitar 6.5 gram protein. Ini bererti tiga biji telur menyediakan 19.5 gram protein. Rata-rata wanita memerlukan sekitar 50 gram protein sehari. Keperluan protein sebenarnya bergantung pada berat badan dan tahap aktiviti. Bincang dengan doktor anda untuk mendapatkan jumlah protein yang sesuai.

cegah obesiti

5. Telur mencegah pelbagai jenis kanser terutama kanser payudara

Kajian oleh Universitas Harvard pada tahun 2003 mendapatikan bahawa makan telur membantu mencegah kanser payudara. Pada tahun 2005, kajian lain menunjukkan bahawa wanita yang makan sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu memiliki risiko 44% lebih rendah terkena kanser payudara dibandingkan dengan wanita yang menikmatinya kurang setiap minggu.

Pada April 2008, pengkaji dari University of North Carolina mendapati bahawa kolin (yang ada dalam kuning telur) dapat mengurangi risiko kanser payudara sebanyak 24%. Satu kuning telur mengandungi 125.5 miligram kolin atau sekitar seperempat daripada keperluan harian yang dicadangkan.

manfaat telur

[kad_youtube url=”https://youtu.be/LjSoA2KbmHA” ]

KANDUNGAN GIZI DALAM TELUR

Berat Telur Ayam yang dikaji (Food Weight) 100 gram
Bahagian Telur Ayam yang dapat dimakan (Bdd / Food Edible) 90 %
Energi 162 kkal
Jumlah Kandungan Protein 12.8 gram
Jumlah Kandungan Lemak 11.5 gram
Jumlah Kandungan Karbohidrat 0.7 gram
Jumlah Kandungan Kalsium Te 54 mg
Jumlah Kandungan Fosfor 180 mg
Jumlah Kandungan Zat Besi 3 mg
Jumlah Kandungan Vitamin A 900 IU
Jumlah Kandungan Vitamin B1 elur Aya 0.1 mg
Jumlah Kandungan Vitamin E 0.81 mg

Sumber: Internet

manfaa telur ayam

Kajian yang dibuat ialah pada telur ayam ternak. Tentunya jika anda makan telur ayam kampung, kandungan zatnya jauh lebih baik. Anda boleh dapatkan data penting lain di American Egg Board.

Selain bermanfaat, ia juga sedap rasanya. Anda boleh mencuba pelbagai jenis resipi telur ayam di internet.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme