Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Texas Chicken

Nikmati Ayam Merah Lazat dari Texas Chicken

Posted on 01/18/202401/18/2024 by 123mamanet

DTexas Chicken Rayakan Tahun Baru Cina dengan Ayam Merah Lazat. Texas Chicken Malaysia menjemput anda untuk meraikan musim Tahun Baru Cina dengan produk terbaharu yang enak dan menyelerakan – Ayam Merah Lazat (Red Fortune Chicken)!

Isi Kandungan hide
1 Ayam Masak Merah, Citarasa Malaysia
2 Sajian Terhad Sempena Tahun Baru Cina
3 Wajib Sertai!
4 Nikmati Detik-Detik Kegembiraan Bersama

Ayam Masak Merah, Citarasa Malaysia

Mendakap semangat kemeriahan Tahun Baru Cina, Ayam Red Fortune bukan sekadar hidangan semata-mata. Malahan ia merupakan simbol pembawa tuah dan kebahagiaan.

Ayam Merah Lazat  menampilkan sos oren-merah yang enak dan unik, menggunakan kombinasi tomato, cili dan rempah-ratus dengan sedikit rasa asap dan kepedasan yang sederhana. Sebuah hidangan popular untuk citarasa Malaysia!

Anda boleh menikmati perisa perayaan ini dengan ayam perap pedas atau jejari (tender) ayam yang empuk, disaluti tepung dengan kemas dan digoreng sehingga keemasan. Di mana anda boleh merasai keseimbangan yang lengkap – rangup di luar dan empuk di dalam dengan setiap gigitan.

Sajian Terhad Sempena Tahun Baru Cina

Menurut Tham Yue Foon, Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, mereka di Texas Chicken berasa amat teruja untuk menyemai musim Tahun Baru Cina dengan keriangan dan rasa tambahan yang enak.

“Diilhamkan oleh tenaga Tahun Naga yang penuh berapi dan kemerahan, kami ingin menyerikan musim perayaan ini dengan ciptaan kulinari yang pasti mempesonakan anda – Ayam Merah Lazat dari Texas Chicken.

Sebuah hidangan menyelerakan yang dicipta khas untuk perayaan Tahun Baru Cina. Menu baharu ini adalah cara kami untuk bersama-sama meraikan musim perayaan ini dengan rakyat Malaysia. Tawaran baharu ini adalah gabungan tradisi dan inovasi, dicipta untuk membawa keriangan ke meja makan anda.”

Baca Juga:

Ayam Goreng Terpaling Sedap

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

Texas Chicken

Wajib Sertai!

Kumpul Angpow Texas Chicken 2024 dan kongsikan gambar terbaik anda. Mulai 22 Januari, kekalkan tradisi perayaan anda dengan paket angpow bertemakan naga. Ia diberikan secara percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam Merah Lazat ataupun dengan pembelian minima sebanyak RM35 dalam satu resit.

Sepuluh pelanggan juga berpeluang memenangi baucar RM100 Texas Chicken dengan menyertai pertandingan “Snap and Win” dari 17 Januari sehingga 7 Februari 2024.

Anda hanya perlu membeli kombo Ayam Merah Lazat, ambil gambar anda secara kreatif dengan berpakaian serba merah sambil menikmati kombo tersebut dengan rakan dan keluarga. Kemudian kongsikan gambar tersebut di akaun Facebook ataupun Instagram anda dengan hashtag #RedFortuneFeast.

Nikmati Detik-Detik Kegembiraan Bersama

“Di Texas Chicken Malaysia, kami berbangga kerana berpeluang menyajikan makanan yang enak untuk pelbagai lapisan komuniti yang menggemarkan hidangan yang lazat.

Kami ingin terus menawarkan pelbagai pilihan menarik yang memenuhi keunikan cita rasa rakyat Malaysia sepanjang tahun. Dengan pelancaran hidangan masa terhad Ayam Merah Lazat ini, kami bukan sekadar mengembangkan menu kami. Malahan turut memperkayakan pengalaman para pelanggan semua.

Dengan ini, kami ingin menjemput anda untuk bersama-sama kami menikmati detik-detik kegembiraan di lebih 90 cawangan Texas Chicken di seluruh Malaysia,” kata Tham lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme