Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
The Forgers

The Forgers, Set koleksi SPYxFAMILY Terakhir

Posted on 03/01/2024 by 123mamanet

The Forgers: Koleksi Edisi Terhad Terakhir SPYxFAMILY Kini Tersedia di Guardian!

Isi Kandungan hide
1 Set kotak The Forgers
2 Harga Berpatutan Untuk Koleksi Eksklusif
3 Terlaris Dipasaran

Peminat setia SPYxFAMILY, bersedia untuk terkesima! Kini anda berpeluang untuk menyempurnakan koleksi istimewa anda dengan set terakhir dalam siri, The Forgers, yang kini tersedia di semua stor Guardian Malaysia.

Set kotak The Forgers

Begitu set kotak The Forgers diperkenalkan pada 28 Februari 2024, ia telah menjadi perbualan hangat di kalangan peminat manga dan anime. Set ini mengandungi satu buku nota lingkaran eksklusif, 10 keping pelekat kad lipatan dan satu lagi poster Lentikular 3D yang menakjubkan. Semuanya di dalam bingkai hitam yang elegan.

Apa yang menarik, anda boleh mendapatkan set The Forgers ini dengan hanya membeli barangan bernilai RM20 dari jenama yang mengambil bahagian atau RM50 untuk pembelian mana-mana jenama lain dalam satu resit!

Antara jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk.

Harga Berpatutan Untuk Koleksi Eksklusif

Apa yang membuat koleksi ini begitu istimewa adalah asal usulnya yang terkait dengan siri manga dan anime yang laris di pasaran, SPYxFAMILY. Ciptaan Tatsuya Endo ini telah memukau jutaan peminat di seluruh dunia dengan plotnya yang mengasyikkan.

Kisahnya mengenai misi penyamaran seorang pengintip yang tidak sengaja berkahwin dengan seorang pembunuh upahan yang handal. Mereka mengambil seorang anak angkat yang secara tak sengaja mempunyai kuasa telepati, memukau pembaca dengan elemen komedi dan aksi.

Baca Juga:

Kejutan Manis Cake Explosion Gift Box dari Cake Rush

Pelembab Muka Terbaik

Terlaris Dipasaran

SPYxFAMILY sendiri telah mencapai kejayaan yang luar biasa sejak penubuhannya. Dihargai sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019, ia telah mencecah lebih dari 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Dan dengan lebih daripada 34 juta edaran menjelang Disember 2023, siri manga ini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu siri terlaris di pasaran.

Menurut Jennifer Wong, Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat dan Acara Guardian Malaysia, mereka sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi dari siri manga dan anime SPYxFAMILY kepada pelanggan setia Guardian.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menambah koleksi anda dengan barang-barang eksklusif daripada salah satu siri manga dan anime yang paling popular dalam sejarah Jepun. Jomlah kunjungi stor Guardian berdekatan anda hari ini untuk mendapatkan set koleksi anda sebelum stok habis!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme