Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Manhattan FISH MARKET

Nikmati Bahang ‘Feel Da Flame’ di The Manhattan FISH MARKET!

Posted on 05/24/2024 by 123mamanet

Api membara di Manhattan FISH MARKET! Rasai sendiri kehangatan ‘Feel Da Flame’, kempen terbaharu yang mempersembahkan gabungan citarasa memukau, hidangan sampingan yang menggoda selera, dan promosi kombo yang sukar untuk dilepaskan.

Isi Kandungan hide
1 “Seafood Like Never Before”
2 Menu Feel Da’ Flame
3 Pelbagai Pilihan untuk Semua
3.1 FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS DORY
3.2 FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS CHERRY SNAPPER
3.3 FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS ALASKAN POLLOCK
4 Set Hidangan Kombo
4.1 FLAMIN’ TWOSOME
4.2 FLAME-TASTIC FOUR

“Seafood Like Never Before”

Dengan kempen ‘Feel Da Flame’, The Manhattan FISH MARKET membawa pengalaman kulinari ke tahap yang lebih tinggi, sesuai dengan tagline mereka “Seafood Like Never Before”. Nikmati  keunikan menu Flamin’ Fish N Chips pertama di Malaysia yang pasti membangkitkan deria rasa anda!

Menu ini memperkenalkan ciptaan hidangan fish n’ chips klasik yang pasti menggugah selera para pelanggan, dihidang dengan cara yang serba baharu. Sajian popular Fish and Chips, kini bukan lagi sekadar hidangan biasa.

Ia telah melalui evolusi, kini dengan ‘persembahan’ sajian hangat membara, sekaligus menjadikan pengalaman pelanggan ke tahap yang lebih tinggi.

Mempersembahkan filet ikan yang empuk disajikan dengan api menyala, ia menaikkan lagi keenakan semula jadi untuk pengalaman rasa yang berani.

Bukan sahaja pelanggan dapat menikmati pengalaman makan yang kian berevolusi, malah dapat merasai cara baharu untuk menjamu selera.

Setiap suap menjanjikan gabungan tekstur dan rasa yang mengasyikkan, mengangkat hidangan ini sebagai ciptaan kulinari penuh berseni.

Selain itu, hidangan ini turut digandingkan dengan kentang goreng waffle yang rangup, pilihan popular dari pelbagai hidangan sampingan lazat The Manhattan FISH MARKET.

Menu Feel Da’ Flame

Manhattan FISH MARKET

“Kami telah mengolah pengalaman Fish N’ Chips signature kami dan menawarkan rasa yang baharu melalui persembahan sajian dengan api membara, istimewa di The Manhattan FISH MARKET. Agar pelanggan bukan sahaja dapat menikmati pengalaman rasa, tetapi juga tahap persembahan sajian yang terbaik dari kami.

Kami sentiasa berusaha dalam meneroka kemungkinan dan melangkaui jangkaan dan inilah yang kami tawarkan melalui Fish n’ Chips kegemaran sepanjang zaman kami dengan menu Feel Da’ Flame yang serba baharu.

Kami ingin menawarkan kepada pelanggan setia kami sesuatu yang baharu yang boleh membuat mereka teruja apabila datang berkunjung. Manakala buat pelanggan baharu pula, keunikan hidangan ini akan membuatkan mereka kembali lagi untuk mencuba pelbagai pilihan hidangan lazat lain yang kami tawarkan,” kata Shaik Ali Fikri Bajunid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn. Bhd.

Pelbagai Pilihan untuk Semua

Manhattan FISH MARKET

Menu Feel Da’ Flame menawarkan tiga pilihan hidangan ikan yang berbeza:

FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS DORY

Ciptaan berapi ini akan membuat anda terliur sebelum anda sempat menjamahnya. Nikmati fillet ikan yang empuk, disentuh api menyala untuk rasa yang lebih mantap, kentang goreng waffle yang rangup disajikan di atasnya. Gandingan dua sejoli yang membawakan kerangupan dan kelembutan dalam setiap gigitan.

Baca Juga:

Resepi Kari Udang Lazat

Resepi Spaghetti Ayam Dengan Sos Pesto

FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS CHERRY SNAPPER

Potongan fillet ikan snapper yang lembut mejadi tarikan utama, dicelup dalam adunan signature kami dan digoreng rangup keemasan. Hidangan ini tiba di sisi meja makan dengan sajian api menyala yang menambah keenakan aroma asap pada hidangan ikan. Disajikan bersama kentang goreng waffle yang dirempah dengan sempurna.

FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS ALASKAN POLLOCK

Flamin' FNC Alaskan Pollock

Flamin’ Fish ‘N Chips Alaskan Pollock adalah pilihan yang sempurna jika anda menginginkan sesuatu yang lebih lembut tetapi rangup di luar. Hidangan ini menampilkan potongan filet ikan Alaskan Pollock yang berserat dan putih yang dicelup dalam adunan signature kami dan dimasak hingga rangup sempurna. Kehangatan sebenar adalah apabila hidangan ini dibakar dengan api menyala, menambah keenakan aroma asap kepada hidangan ikan ini.

Set Hidangan Kombo

Makan bersama rakan dan keluarga? Jadikannya set hidangan kombo dengan dua pilihan set kombo Feel Da’ Flame kami:

FLAMIN’ TWOSOME

Flamin’ Twosome menghidangkan sajian Flamin’ Fish ‘N Chips Dory dan Scallop Fish Chicken (kekupang yang dicelup sendiri dengan adunan istimewa, jejari ikan, ayam panggang, sayur-sayuran panas, kentang goreng, dan nasi herba bawang putih) yang sempurna untuk dua orang. Set ini juga disertakan dengan dua hidangan Sup Cendawan kami dan pilihan minuman yang menyegarkan, Coca-Cola atau Iced Peach Tea.

FLAME-TASTIC FOUR

Selain Flamin’ Fish ‘N Chips Dory, para pelanggan juga dapat menikmati hidangan popular Small Flames kami yang menampilkan ikan dory panggang dengan sos herba bawang putih, udang berapi Manhattan, sayur-sayuran panas, kentang goreng, dan nasi herba bawang putih.

Set kombo ini juga termasuk Olio Udang Pedas dan Ayam Goreng Lada Hitam.

Semua ini disajikan dengan empat hidangan Sup Cendawan dan pilihan minuman anda, Coca-Cola atau Iced Peach Tea.

Kedua-dua set kombo menawarkan pilihan untuk menaik taraf minuman kepada Fizzy Floats, Lemongrass Cooler, Gummy Bear, Cala Cala, dan Brooklyn Sunset dengan caj tambahan.

Menu Feel Da’ Flame yang Baharu ini ada ditawarkan untuk makan di restoran, dibawa pulang, dan penghantaran dengan harga bermula dari RM33.90 hingga RM149.90. Ia hanya boleh didapati terhad dari 27 Mei hingga 31 Julai 2024 sahaja – jadi jangan lepaskan peluang ini! Segera dapatkan di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET.

Kunjungi cawangan terdekat anda di www.manhattanfishmarket.com atau layari:

Instagram: @mfmmy

Facebook: The Manhattan FISH MARKET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme