Bibir merupakan salah satu bahagian muka yang menjadi daya tarikan selepas mata. Ramai wanita ingin memiliki bibir cantik yang ‘penuh’ supaya nampak lebih sempurna dalam penampilan.
Bagi yang memiliki bibir nipis,jangan kecewa ok, kerana anda boleh sahaja mencuba tip dan trik mendapatkan bibir cantik yang penuh dan seksi yang dikongsikan Mamanet ini.
BACA: CARA MENGHILANGKAN BIBIR YANG HITAM
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
- PENSIL BIBIR
Cara pertama yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bibir cantik yang nampak penuh menggunakan pensil bibir atau lip liner.
Dengan menggunakan lip liner, bibir akan kelihatan lebih besar daripada bentuknya. Lip liner juga boleh membuatkan lipstik yang dipakai menjadi tahan lebih lama serta bentuk bibir anda pun nampak lebih cantik terbentuk.
- KUASA LIP GLOSS
Lip gloss adalah salah satu trik mekap untuk membuatkan bibir nipis bertukar menjadi bibir cantik dan lebih ‘penuh’.
Pastikan mengaplikasikan lip gloss di tengah bibir dan bukannya di keseluruhan bibir bagi menciptakan kesan bibir yang lebih penuh dan menggoda.
Bibir yang berkilat akan nampak lebih besar daripada bentuk asalnya.Untuk menjadikan bibir lebih sempurna, pakailah lip gloss setelah menggunakan lipstik. Perpaduan lipstik dan lip gloss akan membuatkan bibir cantik anda itu merekah sempurna.
Jika sudah biasa menggunakan lip gloss berwarna natural, mungkin sudah sampai waktunya untuk anda mencuba lip gloss yang memiliki warna.
Warna-warna cerah seperti pink atau peach dapat menyegarkan bibir dalam masa yang singkat.
- LIPSTIK MATTE
Bagi mendapatkan bibir cantik yang lebih tebal, cubalah aplikasikan lipstik matte pada bibir yang nipis itu.
Lipstik matte akan membuatkan warna lipstik tahan lebih lama dan dapat memberikan penampilan bibir yang semulajadi seter kelihatan lebih natural.
Hindari memilih warna-warna yang cenderung gelap kerana ia akan membuatkan bibir nampak semakin nipis.
Warna gelap adalah warna yang digunakan untuk menyamarkan bentuk bibir yang besar supaya nampaklebih kecil. Sama juga dengan lipstik, menggunakan solekan bibir berwarna gelap hanya akan membuatkan bibir nampak lebih kecil.
- CONCEALER STICK
Untuk mendapatkan bibir cantik yang lebih penuh dan seksi, manfaatkan concealer stick.
Caranya sangat mudah, aplikasikan dengan perlahan-lahan dan nipis di bahagian tengah bibir, sama ada bibir atas mahupun bibir bawah.
Kemudian ratakan warnanya ke sudut-sudut tepi bibir dengan menggunakan hujung jari. Pastikan warnanya tidak terlalu tebal bagi mendapatkan hasil yang nampak semulajadi.
Kemudian sapulah lipstik warna natural yang sesuai dengan kulit anda.
Senang jer kan untuk mendapatkan bibir cantik yang nampak penuh dan seksi. Memadai dengan menggunakan beberapa tip dan trik di atas. Selamat mencuba!