Zaman sekarang ini spek mata sudah menjadi salah satu item fesyen yang mampu menunjang penampilan. Apatah lagi kalau di tengah panas terik matahari yang cukup menyilaukan. Sudah tentu spek mata hitam atau sunglass menjadi penyelamatnya!
Tapi bukan nak cakap apalah, ada kalanya kita bingung untuk memilihnya kerana bukan semua jenis dan bentuk spek atau cermin mata yang sesuai untuk kita pakai. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan tudung atau hijab.
Segalanya tidak semudah wanita yang tidak bertudung kerana hanya perlu memilih spek mata berdasarkan bentuk muka. Sebaliknya kita yang bertudung ni perlu juga memilih spek yang sesuai dengan segala koleksi tudung yang ada.
Jadi, bagaimanakah cara yang tepat supaya kita dapat memilih spek mata yang sesuai dengan bentuk muka kita dan tudung yang dipakai?
BACA: EKSPRESI WAJAH LEBIH HIDUP DENGAN 5 JENIS EYELINER
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
OK, DI BAWAH INI DIKONGSIKAN BEBERAPA TIP MEMILIH SPEK MATA YANG BOLEH DICUBA SUPAYA KITA YANG BERTUDUNG INI BOLEH KELIHATAN MAKIN CANTIK DAN BERGAYA:
- PILIH REKAAN SPEK MATA YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA
Sama juga seperti wanita yang tidak memakai tudung, kita yang bertudung ni tetap perlu memilih spek yang sesuai dengan bentuk muka kita.
* BENTUK MUKA BUJUR
Jika kita memiliki bentuk muka yang bujur, kita termasuk dalam kategori mereka yang sangat bertuah.
Ini adalah kerana kita tidak terlalu sukar untuk memilih jenis dan bentuk spek mata yang sesuai dengan muka. Kita hanya perlu memilih bentuk frame yang kita sukai.
* BENTUK MUKA BULAT
Jika kita bermuka bulat, ada baiknya kita memlih bingkai spek yang mampu membuatkan muka kita kelihatan lebih panjang dan runcing.
Pilih bingkai spek berbentuk kotak atau oval. Ia mampu menyamarkan efek wajah kita agar tidak jadi semakin membulat.
* BENTUK MUKA BERBENTUK EMPAT SEGI ATAU KOTAK
Bentuk muka empat segi atau kotak nampak serasi apabila menggunakan spek yang berbentuk bulat.
Spek berbentuk bulat juga sangat bervariasi, tetapi jangan pilih yang bersudut.
* BENTUK MUKA BERBENTUK HATI
Jika kita mempunyai bentuk muka berbentuk hati, kita boleh memakai spek mata yang mempunyai sudut.
Spek berbentuk ini mampu membantu menyempurnakan penampilan kita sehingga membuatkan kita nampak lebih cantik.
2. MATERIAL BINGKAI
Material atau bahan buatan bingkai spek juga turut mempengaruhi keserasian penampilan muka kita.
Jika muka kita jenis kecil atau sebaliknya, pilihlah bingkai spek daripada material ringan sehingga ia langsung tidak meninggalkan kesan memenuhi muka.
Jika muka kita lebar dan persegi, hindari material bingkai tipis dan ringan kerana ia akan menenggelamkan muka kita.
Sebaliknya, pilih bingkai dengan material yang sedikit tebal dan padat.
- SESUAIKAN DENGAN TUDUNG
Carilah spek mata yang gagang bingkai ramping dan diperbuat dari besi atau titanium. Ini adalah kerana supaya bingkai tersebut tidak nampak besar atau terlalu lebar dengan tudung yang kita gayakan.
Jika kita suka memakai tudung instant, sebaiknya pilih spek mata dengan berbingkai besi dan frame depan tanpa bingkai ataupun rimless frame supaya muka kita nampak lebih segar.
Jadi, usah rasa rendah diri jika kita rabun dan terpaksa memakai spek mata. Hakikatnya akan lebih yakin dan nampak lebih bergaya dengan memakai spek atau sunglass yang hebat!