Sakit kepala berdenyut| Anda pernah diserang sakit kepala berdenyut denyut, rasa macam migrain?
Sakit Kepala Berdenyut
Situasi ini biasanya disebabkan ketegangan tanpa disedari yang menyerang di muka, leher ataupun otot-otot tengkuk.
Selain itu ia juga menyebabkan rasa sakit kepala yang kuat, dan berterusan menyerang tanpa henti. Anda akan merasakan ketegangan di bahagian dahi, atas kening ataupun di kawasan belakang kepala.
Antara Punca Sakit Kepala Berdenyut
Kurang tidur atau stress disebabkan bebanan kerja atau kepenatan fizikal boleh menimbulkan kesakitan tersebut.
UNTUK MELEGAKAN SAKIT KEPALA BERDENYUT, CUBA CARA INI
Rehat Dalam Ruangan Gelap Bila Sakit Kepala Berdenyut
Istirahat dalam ruangan yang tenang, gelap dengan mata terpejam dapat melegakan sakit kepala.
Jika boleh, lelapkanlah mata seketika. Usahakan untuk tidur secukupnya 7- 8 jam supaya kita terhindar daripada masalah tersebut.
Urut Pangkal Leher
Cubalah urut pangkal leher dengan ibu jari. Mulakan dari bahagian tepi telinga terus ke pusat kepala bahagian belakang.
Di samping itu, urut juga dahi pada kedua belah sisi dengan perlahan-lahan. Ia dapat membantu mengurangkan ketegangan dan meredakan kesakitan yang terjadi.
Baca Juga: 6 Punca Rambut Gugur
Minum Kopi
Walaupun minuman berkafein ini tidak elok diambil secara berlebihan, tetapi kopi juga boleh menjadi solusi efektif untuk melegakan kesakitan yang kita alami.
Ini adalah kerana kandungan kopi 40% lebih efektif dikatakan untuk mengubatinya.
Pastikan kita mengambil tidak lebih daripada 2 atau 3 cawan sehari.
Baca Juga: Masker Kopi Boleh Kurangkan Tanda Penuaan
Ais Batu
Tekaplah mata dengan sapu tangan atau tuala yang sejuk dengan menggunakan ais batu pada pada bahagian mata.
Ais batu dapat mengurangkan rasa sakit tersebut. Selain menekap ais batu yang dibungkus dengan sapu tangan atau tuala kecil di mata, kita juga boleh menekapnya di kepala, dahi, bahu ataupun di bahagian belakang leher.
Buat Stretching
Lakukan senaman peregangan ataupun stretching mampu mengurangkan ketegangan.
Otot-otot yang tegang juga boleh menyebabkan munculnya sakit kepala. Oleh sebab itu, cubalah buat stretching supaya otot yang tegang kembali mengendur.
Selain itu, kita juga boleh melakukan teknik merelakskan diri iaitu dengan membayangkan pemandangan yang tenang dan damai, meditasi atau tarik nafas dalam-dalam.
Itulah 5 cara atau tip mengurangkan kesakitan tersebut yang boleh dipraktikan. Semoga ia bermanfaat.