Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
punca jerawat

Top 5 Makanan Punca Jerawat Banyak Tumbuh!

Posted on 11/19/202311/17/2023 by 123mamanet

Sesiapa pun tak suka dengan jerawat dan tak ramai juga yang tahu punca jerawat itu sendiri. Penyebabnya memang banyak dan salah satu diantaranya adalah melalui makanan.Jadi, adalah lebih baik kita menitikberatkan soal pemakanan yang diambil jika tidak mahu kulit muka ditumbuhi jerawat. Ada beberapa makanan mengandungi zat tertentu yang boleh menjadi punca jerawat tumbuh pada kulit muka dengan ‘meriah’ sekali.

Isi Kandungan hide
1 Makanan Yang Jadi Punca Jerawat
1.1 Kuning Telur
1.2 Makanan Bergoreng
1.3 Kafien
1.4 Makanan Manis Dan Berlemak
1.5 Mee Segera

 

punca jerawat

Makanan Yang  Jadi Punca Jerawat

Berikut adalah beberapa makanan yang menjadi punca jerawat tumbuh pada kulit muka:

  • Kuning Telur

Tidak ramai yang tahu bahawa kuning telur juga tersenarai dalam kategori salah satu makanan yang boleh mengundang jerawat di muka.

Ini adalah kerana kuning telur mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Pengambilan kuning telur yang banyak boleh membuatkan tubuh tidak sanggup lagi untuk menerima kehadiran lemak, sehingga membuatkan lemak tersebut tidak dapat diserap dengan sebaiknya dan terpaksa keluar melalui pori-pori kulit.

Keadaan tersebut membuatkan kulit muka menjadi berminyak, dan pada ketika itulah jerawat lebih mudah untuk tumbuh ‘meriah’ di muka.

  • Makanan Bergoreng

Jerawat akan tumbuh apabila kita mengambil makanan berminyak yang tidak sihat. Tubuh akan menggunakan minyak tersebut untuk membina sel kulit baru.Tetapi, jerawat akan tumbuh kerana sel-sel kulit tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Antara makanan bergoreng yang menjadi punca jerawat tumbuh ialah kentang goreng, makanan segera, ayam goreng, donat,mozzarella sticks dan tauhu goreng.

Baca Juga: 

Jerawat Pasir Di Muka

Bedak Sejuk, Cara Mudah Cantikkan Muka

 

punca jerawat

  • Kafien

Bagi pencinta kopi, minum kopi adalah satu kenikmatan. Namun, jika diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan munculnya jerawat.

Zat kafien bukan setakat di dalam kopi, mungkin juga di dalam minuman coklat, soda, minuman pemberi tenaga dan sebagainya.

Zat kafien ini mempunyai kecenderungan untuk mengeluarkan hormon penyebab stress yang sudah pasti mengundang pertumbuhan jerawat.

  • Makanan Manis Dan Berlemak

Makanan yang mengandungi gula atau yang manis-manis  juga boleh menjadi punca jerawat. Misalnya, gula pasir, jika dambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan peningkatan gula darah sehingga pengeluaran lemak di dalam tubuh juga jadi meningkat.

Lemak yang berlebihan bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan tubuh, bahkan boleh memparahkan lagi keadaan jerawat pada kulit muka.

  • Mee Segera

Mee segera termasuk salah satu makanan yang boleh menjadi punca jerawat. Terlalu banyak makan mee segera juga tidak bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Mee segera mengandungi banyak protein dan minyak tepu. Jika kita suka makan mee segera, sebaiknya buanglah minyak disertakan di dalam bungkusan mee tersebut untuk mengelakkan munculnya jerawat yang ‘meriah’ di muka. Jika terpaksa menikmatinya, jangan lupa perbanyakkan dengan sayur-sayuran hijau di dalam mee tersebut.

Itulah antara makanan yang menjadi punca jerawat. Apa yang penting, kita tidak mengambilnya secara berlebihan. Selamat beringat!

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme