Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
TOP Magical Infusion

TOP Magical Infusion Serbuk Detergen Terbaharu Dari TOP

Posted on 01/12/202401/13/2024 by 123mamanet

Harumkan pakaian anda dengan keajaiban wangian yang tahan lama dan membantu membangkitkan mood ceria anda!Pakar dobi TOP memperkenalkan serbuk detergen TOP Magical Infusion bagi merangsang mood ceria dan meningkatkan keyakinan anda.

Isi Kandungan hide
1 Cabaran Dalam Kehidupan
2 Pembangkit Mood Ceria
3 TOP Tampilkan Dua Jenis Teknologi Unik
4 Inovasi Kehidupan Yang Lebih Baik
5 Advanced Micro Clean Tech
6 Pembangkit Mood
7 Dapatkannya Sekarang!

TOP Magical Infusion

 

Cabaran Dalam Kehidupan

Dalam kehidupan, setiap individu memainkan pelbagai peranan pada masa yang sama; individu mungkin mendapati diri mereka berperanan sebagai seorang pelajar atau seorang anak. Manakala bagi orang dewasa pula sibuk bekerja dan menjadi ibu bapa.

Menggalas tanggungjawab yang pelbagai ini sememangnya mendatangkan tekanan, dan cabaran itu ditambah pula dengan tugas rumah yang tidak dapat dielakkan seperti mencuci pakaian.

Jadi, untuk mengurangkan tekanan, ramai orang beralih kepada penyelesaian seperti muzik atau urutan, tetapi tahukah anda bahawa deria bau kita juga dapat membantu kita berasa lebih tenang? Dengan gabungan wangian yang sesuai, kita mungkin dapat mengurangkan tekanan, lantas meningkatkan mood ceria kita.

Pembangkit Mood Ceria

TOP, jenama detergen No. 1 di Malaysia* terus melabur dalam penyelidikan dan kemajuan dalam usaha mencari penyelesaian bagi isu-isu pencucian pakaian demi kesejahteraan pengguna dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik, melalui inovasi dan penemuan terbaharu.

Kini, anda dapat membangkitkan mood ceria anda dengan serbuk detergen TOP! TOP Magical Infusion adalah serbuk detergen revolusioner yang mengubah pengalaman cucian pakaian anda menjadi pengalaman yang ajaib dan membawa anda ke dunia yang menakjubkan lagi mengagumkan.

Baca Juga:

Menjaga  Kesihatan Jantung  Tips Penting Buat Warga Emas

1o Cara Mencapai Kebahagiaan Dalam Hidup

 TOP Tampilkan Dua Jenis Teknologi Unik

Menampilkan dua jenis teknologi unik daripada Lion Corporation Japan, wangian TOP Magical Infusion yang menaikkan semangat secara berkesan dapat membangkitkan mood dan merangsang deria anda:

  • Mood Science Tech: Haruman bunga premium yang halus namun kaya membangkitkan perasaan gembira dan yakin;
  • Bloom Sense Tech: Apabila fabrik digosok, wangian semerbak yang menakjubkan akan dikeluarkandan menghasilkan kesan tahan lama yang membantu anda berbau segar dan yakin sepanjang hari.
TOP Magical Infusion
Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd

Inovasi Kehidupan Yang Lebih Baik

Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa “TOP terus mendorong inovasinya untuk memberikan gaya hidup yang Lebih Baik seiring dengan janji jenama iaitu  Inovasi Untuk Kehidupan yang Lebih Baik.

Jenama ini melabur dalam wawasan pengguna untuk menyingkap isu-isu dalam kehidupan sebenar, dan meningkatkan prestasi produknya. TOP Magical Infusion menjadi contoh terbaik detergen termaju yang boleh meningkatkan kesejahteraan diri dengan cara yang mudah, pada harga berpatutan dan produk yang mudah didapati.

Daripada mencuci sehingga memakai, kami memberi perhatian kepada setiap perincian supaya keseluruhan proses menjadi menyeronokkan dengan Mood Science Tech. Sewaktu mencuci pakaian, haruman campuran khas TOP Magical Infusion boleh menyegarkan deria anda.

Apabila dipakai, setiap pergerakan mengeluarkan haruman wangian premium yang boleh membangkitkan mood dan meningkatkan keyakinan anda sepanjang hari.

Terima kasih kepada teknologi termaju daripada Lion Jepun, manfaat menghilangkan stres dan meningkatkan mood ini tidak mahal, supaya kami boleh terus mencipta detergen yang berkuasa dan berkesan untuk meningkatkan pengalaman gaya hidup pengguna kami.”

Advanced Micro Clean Tech

Sebagai jenama detergen No.1 di Malaysia*, TOP telah bertambah baik cara kita mencuci pakaian. Dengan fokus terhadap kajian berterusan dan penemuan inovatif, jenama yang mengutamakan pengguna daripada Lion Corporation Japan ini secara aktif memperjuangkan konsep kehidupan bersih menerusi rangkaian detergen yang pelbagai.

Salah satu keistimewaan unik TOP yang paling terkenal adalah Advanced Micro Clean Tech, yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (termasuk SARS-CoV-2 – yang mengakibatkan COVID-19, Coxsackie dan Influenza A) dan bakteria**.

Formulasi Jepun berbilang teknologi ini berfungsi serta-merta apabila bersentuhan dengan fabrik, mengunci dan menyingkirkan virus dan bakteria ini daripada pakaian dengan satu cucian yang berkuasa:

  • Anti-Microbial Tech menyingkirkan 99.9% virus serta bakteria** melalui efek sinergi pelbagai agen aktif yang mengelilingi sel-sel berbahaya ini dan menariknya dari fabrik untuk perlindungan optimum;
  • Anti-Sebum Tech menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran terperangkap untuk pembersihan menyeluruh.
  • Anti-Malodour Tech menghapuskan bakteria penyebab bau bagi memasitkan tiada bau hapak walaupun dikeringkan di dalam rumah.
  • Anti-Mite Dust Tech menyingkirkan 99.9% debu hama+ yang menyebabkan alahan tanpa memerlukan air panas.

Pembangkit Mood

TOP mampu mengekalkan status sebagai produk detergen No.1 di Malaysia berikutan sokongan yang jitu daripada kumpulan pengguna setianya. TOP Magical Infusion dapat mengatasi tanggapan konvensional untuk memastikan pakaian benar-benar bersih.

Jenama ini berusaha keras bagi menggabungkan keistimewaan pembangkit mood dalam formulanya, lantas memberikan pengalaman mencuci pakaian yang holistik dan menggembirakan kepada pengguna.

Hasilnya, TOP berjaya mengukuhkan jenamanya sebagai detergen pilihan sesuai untuk gaya hidup bagi mereka yang mencari kedua-dua keberkesanan dan kesejahteraan yang tinggi dalam melangsungkan tugas harian mereka.

Dapatkannya Sekarang!

Serbuk detergen TOP Magical Infusion boleh didapati dalam tiga (3) saiz: 750g, 2.1kg dan 3.6kg. Dapatkannya hari ini di pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi terkini TOP, layari laman sosial Southern Lion:

Laman web rasmi (http://topdetergent.com.my/)

Facebook (https://www.facebook.com/TOPdetergentMY)

Instagram (https://www.instagram.com/topdetergentmy/).

*Sumber: Data Nielsen Jun 2023

**Ujian makmal bebas di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme