Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
video hari raya

Video Hari Raya, ‘Guardian Raya Untuk Semua’

Posted on 03/29/202303/29/2023 by 123mamanet
Video Hari Raya Guardian

Guardian Malaysia hari ini mengadakan tayangan perdana ‘Guardian Raya Untuk Semua’, video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Rayanya yang menakjubkan!   

Isi Kandungan hide
1 Video Hari Raya Guardian Cukup Menghiburkan

Menurut Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd “Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya.  

“Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media.  

Video Hari Raya Guardian

Video Hari Raya Guardian Cukup Menghiburkan

Video Raya tersebut, yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian, dibangunkan dengan tema – ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that plays together, stays together).

Di sebalik perbezaan mereka, berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh, saling membantu antara satu sama lain agar hubungan lebih harmoni dan gembira.

Teo berkata: “Di Guardian, kami meraikan kelainan dan kepelbagaian. Guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, apa keperluan anda, usia atau jantina anda, Guardian adalah jenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda.”

Apa yang menjadikan video Raya kali ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah, untuk video Raya tahun ini, Guardian menampilkan empat pelanggan setia Guardian. Empat wanita ini merupakan antara finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian yang diadakan pada 2019. 

Menurut Teo lagi, keempat-empat wanita ini; Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, adalah pelanggan setia Guardian dan merupakan testimoni hidup Healthy Beauty – konsep kehidupan yang diperjuangkan oleh Guardian dalam semua acaranya.

“Kami sangat berbangga dengan mereka sehingga kami memberikan gelaran ‘Ikon Healthy Beauty’ kepada keempat-empat wanita ini,” jelas Teo.

Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian yang menampilkan promosi penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30 Mac 2023.

Artikel Lain: Seksyen 7, Lubuk Beli Baju Raya

Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk:

▪         Hadiah Percuma Eksklusif

o          Percuma Beg Penyusun Kecantikan dengan pembelian RM160 dan ke atas

o          Percuma Set Hadiah Pinggan Seramik 3 Keping dengan pembelian RM120 dan ke atas

o          Percuma Bekas Kaca Meadows dengan Penutup Buluh dengan pembelian RM120 dan ke atas

▪         Belian dengan Belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89 dan jimat 50% (tertakluk terma dan syarat)

▪           Percuma Kupon Penjagaan Kulit RM10 dengan pembelian RM80 dan ke atas

▪           Percuma Baucar Jenama Penjagaan Kulit bernilai RM118

▪           Diskaun 70% untuk barangan kedua untuk produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian

▪           Percuma Sampul Duit Raya (6s) dengan pembelian RM68 dan ke atas

Video Hari Raya Guardian

Di bulan Ramadan yang mulia ini, bulan dimana kita digalakkan untuk berusaha melakukan amalan baik dan kebajikan, pelanggan Guardian juga boleh membantu  kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenama Guardian. Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang telah diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.

Artikel Lain: Jom Cuba Resepi Sotong Masak Kicap

“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakan untuk anda sempena Hari Raya ini. Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Hari Raya nanti,” kata Teo mengakhiri.

Video Hari Raya ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh ditonton dengan mengakses pautan ini: https://youtu.be/PSbunZ8FYr0 dan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian boleh dilihat di www.guardian.com.my dan di aplikasi mudah alih Guardian.

1 thought on “Video Hari Raya, ‘Guardian Raya Untuk Semua’”

  1. Pingback: Songkok Malaya Pelengkap Gaya Aidilfitri - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme