Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Cara Mengatasi Rambut Bercabang

4 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah

Posted on 05/25/201605/25/2016 by 123mamanet

Cara Mengatasi Rambut BercabangAda yang tanya Mamanet, bagaimana Cara Mengatasi Rambut Bercabang dengan mudah. Katanya, rambut Mamanet nampak cantik dan sihat, walaupun berhijab.

Isi Kandungan hide
1 Baca juga: Nak Sihat Dan Ramping? Jom Buat Jus Kurus
2 Ingin tahu cara mengatasi rambut bercabang dengan mudah, silalah semak tip berikut.Cuba, jangan tak cuba tau…
2.1 Baca juga: Cara Besarkan Payudara – 5 langkah berkesan

Rambut bercabang merupakan salah satu tanda rambut rosak. Rambut bercabang disebabkan kerana rambut kering dan kekurangan nutrisi.

 

Selain itu, ada lagi faktor lain yang menyebabkan rambut bercabang, antaranya seperti penggunaan produk-produk styling serta bahan kimia yang berlebihan (mengeriting, rebonding, hair spray, mewarnakan rambut) boleh membuatkan rambut menjadi rosak dan bercabang.

 

Baca juga: Nak Sihat Dan Ramping? Jom Buat Jus Kurus

 

Ingin tahu cara mengatasi rambut bercabang dengan mudah, silalah semak tip berikut.Cuba, jangan tak cuba tau…

 

  1. Potong Hujung Rambut

Sebelum membuat rawatan rambut, langkah pertama yang perlu anda buat adalah memotong hujung rambut yang rosak dan bercabang. Tindakan ini akan merangsang pertumbuhan anak rambut menjadi sihat dan tidak bercabang.

Bagaimana Cara Mengatasi Rambut Bercabang dengan mudah?

  1. Urut Rambut Dengan Minyak Semulajadi

Seminggu sekali, Mamanet mesti urut rambut dengan minyak semulajadi. Anda boleh guna minyak zaitun, minyak kelapa ataupun minyak almond.

 

Caranya mudah sahaja, panas ‘suam-suam kuku’ seketika minyak semulajadi yang menjadi pilihan anda. Selepas itu tuang dalam  mangkuk. Kemudian gunakan minyak tersebut untuk mengurut rambut dan kulit kepala. Lakukan urutan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.

 

Rawatan ini dapat membantu perjalanan darah di kulit kepala supaya menjadikan rambut tumbuh dengan lebih sihat. Mamanet buat seminggu sekali.

 

  1. Perapi (Conditioner) Madu

Madu boleh digunakan sebagai perapi semulajadi yang boleh menjadi salah satu cara mengatasi rambut bercabang. Madu memberikan kelembapan dan kelembutan pada rambut.

 

Caranya juga cukup mudah, anda hanya perlu gunakan madu sebagai perapi selepas anda bersyampu rambut.

 

Baca juga: Cara Besarkan Payudara – 5 langkah berkesan

Bagaimana Cara Mengatasi Rambut Bercabang dengan mudah?

  1. Masker Telur

Cara mengatasi rambut bercabang yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan masker telur. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, pakai dua kali seminggu.

 

Ambil sebiji kuning telur dan campurkan dengan tiga sudu makan minyak zaitun dan satu sudu makan madu. Setelah dibaur sebati, sapukan keseluruhan rambut dengan masker telur ini.

 

Kemudian balut dengan tuala untuk menutupinya, biarkan selama sejam. Setelah itu barulah dibilas, kemudian cuci rambut anda dengan menggunakan syampu bayi yang mengandungi bahan semulajadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme