SIAPA yang pernah mengalami sakit gigi, pasti tahu betapa seksa dan sengsaranya menanggung kesakitan tersebut. Kali ini Mamanet ingin berkongsi cara meredakan sakit gigi berlubang di saat-saat kecemasan, jika tak sempat ke doktor gigi bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Gigi merupakan salah satu organ tubuh yang tidak kurang pentingnya. Peranan gigi sebagai pengisar makanan yang bekerja setiap masa tidak perlu dipertikaikan lagi. Kesihatan gigi perlu dijaga kerana mulut merupakan media terbaik kemasukkan virus dan bakteria ke dalam tubuh, selain memberikan kesempurnaan kepada kecantikan seseorang.
Pengambilan makanan yang terlalu manis dan jarang menjaga kebersihan gigi membuatkan gigi menjadi rosak dan berlubang.Masalah sakit gigi yang sering kita alami biasanya disebabkan gigi berlubang.
Di bawah ini merupakan cara meredakan sakit gigi berlubang dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
- Bawang Merah
Bawang merah mengandungi anti-mikroba dan anti septik sehingga berfungsi untuk meredakan sakit gigi berlubang. Ambil seulas bawang merah mentah, kemudian kunyah dalam beberapa saat untuk meredakan kesakitan tersebut.
Jika anda tidak boleh mengunyahnya, anda boleh menggunakan sepotong bawang merah mentah dan sapukan sahaja pada bahagian gigi yang sakit. Cara meredakan sakit gigi berlubang dengan menggunakan bawang merah ini dapat mematikan kuman yang menyebabkan infeksi di dalam mulut.
- Bawang Putih
Jika anda menggunakan bawang putih sebagai salah satu cara meredakan sakit gigi berlubat, ia sangat mudah. Anda hanya perlu menghancurkan satu ulas bawang putih, campurkan dengan sedikit garam dan gaul sebati.
Kemudian kunyahkannya betul-betul tepat pada bahagian gigi berlubang sehingga sakit gigi tersebut hilang. Setelah itu, jangan lupa berkumur dengan air panas suam yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Penggunaan bawang putih sebagai untuk mengatasi masalah gigi berlubang lebih berkesan kerana bawang putih memiliki sifat anti bakteria dan dapat membunuh kuman yang ada pada gigi.
- Bunga Cengkih
Redakan kesakit gigi berlubang dengan khasiat bunga cengkih.Ini adalah kerana bunga cengkih mengandungi anti inflamasi (peradangan), anti bakteria, antibiotik dan mampu mengatasi masalah gigi berlubang.
Ambil sedikit minyak bunga cengkih, kemudian semburkan minyak tersebut pada gigi berlubang atau campurkan minyak bunga cengkih tersebut dengan sedikit air, kemudian gunakan sebagai ubat kumur.
- Daun Jambu Batu
Ambil beberapa helai daun jambu batu segar, kemudian gosokkan pada bahagian gigi berlubang. Selain itu, anda juga boleh merebus daunnya dengan segelas air, dan gunakan sebagai ubat kumur.
Selain berguna untuk mengatasi masalah penghadaman, daun jambu batu juga boleh digunakan sebagai salah satu cara meredakan sakit gigi berlubang.
Pilih ubat gigi yang diperbuat daripada kayu sugi dan jumpa doktor untuk mengelakkan kesakitan berulang. Selamat mencuba tip cara meredakan sakit gigi yang diberikan.
Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan like page mamanet@harianwanita
1 thought on “4 Cara Meredakan Sakit Gigi Berlubang”