Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
awet muda

Awet Muda Sepanjang Masa. Ini Rahsianya!

Posted on 11/18/202311/17/2023 by 123mamanet

Sudah tentu semua wanita di dunia ini nak nampak sihat dan cantik sekalipun sudah meniti usia senja.Mamanet pun sama, jadi bacalah tip agar awet muda ni kalau nak nampak muda selalu macam Mamanet!Ada banyak tip wajah awet muda dan  terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Jika anda yakin dengan rahsia kecantikan Mamanet, praktik sahaja tip agar awet muda yang berkesan dan cukup senang untuk dipatuhi ini.

Isi Kandungan hide
1 Tip Awet Muda Cara Mamanet
1.1 Minum Air Masak Secukupnya
1.2 Guna Kosmetik Yang Sihat Dan Halal
1.3 Bersihkan Muka Secara Rutin
1.4 Lindungi Kulit Muka Dari Sinaran UV
1.5 Masker Wajah
1.6 Rehat Yang Secukupnya

awet muda

Tip Awet Muda Cara Mamanet

  • Minum Air Masak Secukupnya

Walau di manapun anda berada, air adalah sumber kehidupan yang sangat penting. Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan beberapa penyakit yang cukup serius.

Pengambilan air masak yang mencukupi bagus untuk kulit kerana ia dapat melembabkan kulit, menegangkan sehingga sel-sel kulit anda dapat bertukar ganti pada setiap masa. Akhirnya anda akan merasakan kulit anda anjal dan tetap awet muda.

  • Guna Kosmetik Yang Sihat Dan Halal

Pilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kosmetik yang bagus tidak semestinya mahal. Memadai jika anda memilih kosmetik yang selamat dan halal.

Kosmetik yang sihat perlu bebas daripada bahan kimia yang berlebihan. Jika tidak, proses awet muda anda akan gagal. Memakai kosmetik yang tidak selamat akan membuatkan kulit anda iritasi, berjerawat, berjeragat dan sebagainya. Inilah yang membuatkan kulit wajah anda menjadi tidak sihat dan mudah berkedut.

  • Bersihkan Muka Secara Rutin

Rajin membersihkan muka atau wajah setiap hari akan memberikan manfaat yang baik. Wajah anda akan kelihatan lebih bersih dan cerah. Jika tidak, minyak yang melekat dengan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit akan menyumbat pori-pori dan menjadi jerawat.

Kulit wajah yang bersih boleh menyerap nutrisi secara maksimum. Selepas membersihkan wajah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda, bilas dan keringkan dengan tuala bersih. Kemudian pakai penyegar(toner), kemudian serum dan pelembab.

 

Baca Juga:

Krim Muka Untuk Jeragat

Khasiat Minyak Zaitun

awet muda

  • Lindungi Kulit Muka Dari Sinaran UV

Sinaran UV penting, tetapi cahaya matahari yang terpancar pada jam  10 pagi  ke atas tidak elok untuk kulit muka. Kulit tetap terjaga di antara jam tersebut, kerana ia akan mempengaruhi proses regenarasi kulit baru.Jika terdedah dengan aktiviti panas, anda disarankan memakai sunscreen kerana ia akan membantu melindungi kulit anda daripada panasnya sinar matahari.

  • Masker Wajah

Tips agar awet muda yang terakhir adalah dengan memakai masker secara rutin. Banyak manfaat untuk proses awet muda jika anda memakai masker. Fungsi masker juga banyak, selain memutihkan wajah ia juga dapat membantu menghalang tumbuhnya jerawat.

Anda boleh manjakan kulit muka anda dengan masker semulajadi buatan sendiri. Campurkan putih telur dengan perahan lemon. Kacau sehingga berbuih, kemudian sapukan ke wajah yang sudah dibersihkan dengan rata.

Putih  telur berfungsi menegangkan kulit dan mengecilkan pori-pori serta kandungan proteinnya berguna untuk melembabkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala lemon kaya dengan vitamin C, berfungsi sebagai antioksida untuk melawan penuaan.

 

  • Rehat Yang Secukupnya

Tip awet muda yang seterusnya, jaga kualiti tidur anda, cuba dapatkan waktu tidur yang secukupnya iaitu 7 hingga 8 jam. Berilah waktu untuk tubuh anda memperbaiki sel dan beristirahat setelah seharian penat beraktiviti.

Jangan biarkan otak anda terlelap dalam keadaan stress. Sebaiknya matikan semua lampu dan sumber cahaya. Beristirahat dalam keadaan gelap akan membuatkan tubuh menghasilkan hormon melatonin yang baik bagi mempertahankan tubuh dan menjaga sel tubuh daripada kerosakkan.

1 thought on “Awet Muda Sepanjang Masa. Ini Rahsianya!”

  1. Pingback: KEBAIKAN VITAMIN E UNTUK KULIT CANTIK - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme