Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Cara Mengecilkan Paha

8 Cara Mengecilkan Paha

Posted on 06/22/201606/28/2016 by 123mamanet

 

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara mengecilkan paha mudah dan berkesan untuk dicuba:

CUBA pegang, rasa ataupun tengok paha masing-masing. Rasa besar tak? Kalau “ya”, jom cuba cara mengecilkan paha yang Mamanet kupas ini.
Cara Mengecilkan Paha

 

Bentuk paha dan betis yang besar membuatkan sebahagian wanita berasa kurang sempurna. Tidak dinafikan paha wanita biasanya lebih besar daripada paha lelaki, semua ini dipengaruhi oleh hormon estrogen pada wanita yang mengarahkan penimbunan lemak pada bahagian pinggang, punggung, paha dan betis.

 

BACA INI

  • Resepi Biskut Suji Arab
  • 5 Punca Payudara Kendur

 

Berikut beberapa cara mengecilkan paha mudah dan berkesan untuk dicuba:

 

  1. BerenangCara Mengecilkan Paha

Berenang merupakan senaman air yang sangat bagus untuk menjadikan tubuh lebih segar. Ketika tubuh melakukan gerakan renang, semua anggota tubuh akan turut bergerak. Bermakna senaman ini sangat sesuai untuk mencantikkan bentuk tubuh termasuk bahagian kaki seperti betis dan juga paha.

 

  1. Jogging

Aktiviti ini sangat efektif untuk menurunkan berat badan serta mengecilkan paha jika dilakukan secara rutin. Berjogging secara aktif boleh mengurangkan lemak pada tubuh termasuk lebihan lemak pada bahagian paha dan betis.

 

  1. BerbasikalCara Mengecilkan Paha

Cara mengecilkan paha dan juga betis boleh dilakukan dengan berbasikal. Senaman ini boleh menjadi salah satu aktiviti yang cukup menyeronokkan kerana boleh dilakukan bersama keluarga dan teman-teman.

 

  1. Berjalan Kaki

Meskipun nampak santai, namun cara mengecilkan paha dengan berjalan kaki ini juga efektif jika dilakukan secara teratur.Cubalah untuk berjalan santai pada pagi hari atau petang hari secara teratur. Lakukan selama 30 minit setiap hari supaya lemak tubuh boleh terbakar, secara tidak langsung membuatkan bentuk paha dan kaki anda menjadi cantik dan lebih ideal.

 

  1. Lompat TaliCara Mengecilkan Paha

Gerakan melompat-lompat akan membakar lemak di bahagian bawah tubuh. Cara mengecilkan paha dengan lompat tali (skipping) ini juga tidak sukar, dan lakukannya secara rutin selama 10-15 minit untuk hasil yang lebih berkesan.

 

  1. Mendaki Gunung (Hiking)

Jika anda mempunyai hobi memanjat gunung teruskan kerana ia sangat membantu proses megecilkan pinggang, punggung, paha dan betis. Ini adalah kerana aktiviti ini memerlukan kaki yang kuat. Sewaktu membuat aktiviti tersebut, otot kaki akan terbentuk dan lemak di kaki pun akan turut serta terbakar.

 

  1. SquatCara Mengecilkan Paha

Merupakan salah satu jenis bodyweight training yang sangat bagus untuk menguatkan otot bahagian bawah tubuh. Senaman ini mampu membakar lemak di bahagian paha hingga ke betis, sekaligus menguatkan otot.

Caranya sangat mudah, berdiri tegak kemudian turunkan tubuh anda seperti mahu menyangkung, tahan seketika dan kembali semula ke posisi berdiri. Anda boleh menambahkan beban atau berat dengan membawa dumble ketika melakukan squat bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

 

 

  1. Lunge

Cara Mengecilkan Paha

Senaman lunge merupakan salah satu bentuk senaman untuk menguatkan otot kaki dan membakar lemak. Cara mengecilkan paha dengan senaman ini tidak sukar, mulakan dari posisi berdiri, kemudian langkahkan satu kaki anda ke depan disertai dengan lutut kaki yang satu laginya diturunkan sehingga menyentuh lantai. Setelah itu, kembali ke posisi berdiri. Lakukan 8 set setiap kali ulangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme