Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
punca stretch mark

5 Punca Stretch Mark Walaupun Tak Mengandung!

Posted on 09/02/202309/02/2023 by 123mamanet

Apa punca munculnya stretch mark (regangan berlebihan pada kulit) pada bahagian tubuh kita seperti di atas perut, paha, payudara dan juga punggung? Kesan regangan yang pada mulanya berwarna merah jambu atau ungu, lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit seseorang. Masalah stretch mark ini bukan sahaja dialami oleh wanita mengandung. Jadi, adalah lebih baik jika kita ketahui punca stretch mark dan cara untuk mengatasinya.

Isi Kandungan hide
1 Punca Stretch Mark
1.1 Mengandung
1.2 Obesiti
1.3 Kekurangan Vitamin A,C dan E
1.4 Makanan berkalori tinggi
1.5 Pakaian ketat
2 Solusi Berkesan Menyamarkan Stretch Mark

punca stretch mark

Punca Stretch Mark

  1. Mengandung

Ramai ibu mengandung yang keliru dan beranggapan stretch mark ini muncul disebabkan tabiat suka menggaru di perut atau paha. Sedangkan rasa gatal tersebut timbul sebagai petanda awal munculnya stretch mark.

Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang, lapisan tengah kulit akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang dikatakan stretch mark.

  1. Obesiti

Pertambahan berat badan secara mendadak boleh membuatkan kulit mengalami peregangan dan boleh menjadi punca stretch mark muncul.

Jika mahu menurunkan berat badan, lakukan secara berperingkat. Usahakan agar berat badan tidak berkurangan lebih dari setengah kilogram per minggu bagi mengelakkan stretch mark.

Pertambahan berat sepanjang tempoh mengandung juga berisiko mengalami stretch mark.

Baca Juga: Cara Berkesan Hilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin

 

punca stretch mark

  1. Kekurangan Vitamin A,C dan E

Makanan sihat dan segar dapat menjaga kulit supaya tetap sihat sehingga dapat mencegah kemunculan stretch mark ini.

Perbanyakkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi vitamin A, C dan E serta mineral silikon dan juga zink seperti lobak merah, betik, tomato, oren dan avokado untuk memiliki kulit yang bebas daripada stretch mark.

punca  stretch mark

  1. Makanan berkalori tinggi

Pengambilan makan yang berkalori tinggi juga boleh menjadi salah satu punca stretch mark. Biasanya orang yang gemar menikmati makanan tinggi kalori dan kurang bergerak atau bersenam lebih mudah mendapat stretch mark.

Makanan tinggi kalori itu diubah oleh tubuh menjadi subtract hormone, sehingga menjadi kelebihan hormon yang boleh menimbulkan garis-garis stretch mark.

  1. Pakaian ketat

Pemakaian pakaian yang terlalu ketat juga boleh membuatkan kulit menjadi trauma. Apatah lagi, ketika kulit kering.

Jadi, cuba elakkan pemakaian baju atau seluar yang terlalu ketat bagi mendapatkan kulit yang cantik dan bebas daripada stretch mark.

Baca Juga: 5 Punca Diet Anda Sentiasa Gagal

Solusi Berkesan Menyamarkan Stretch Mark

Ada beberapa cara untuk menyamarkan stretch mark yang boleh kita lakukan iaitu secara langsung dan tidak langsung. Bersenam adalah salah satu cara menyamarkan stretch mark secara tidak langsung.

Senaman yang dilakukan secara rutin akan melancarkan perjalanan darah dan membawa zat-zat oksigen yang lebih baik. Bahkan kolagen juga akan lebih mudah terbentuk.

Selain menggunakan krim menyamarkan stretch mark, mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi, mengubah gaya kehidupan seperti tidak mengambil minuman keras dan merokok serta mengimbangi kehidupan dengan cara pemakanan sihat juga mampu mencegah masalah ini.

Itulah beberapa punca  stretch mark serta cara mengatasinya yang perlu diketahui. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

2 thoughts on “5 Punca Stretch Mark Walaupun Tak Mengandung!”

  1. Pingback: Parahnya Bila Kaki Bengkak Ketika Mengandung - 123mamanet
  2. Pingback: Penyebab Jerawat Mudah Tumbuh - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme