Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
buah buahan untuk diet

Buah Buahan Untuk Diet

Posted on 05/27/202305/27/2023 by 123mamanet
buah buahan untuk diet

Risau dengan masalah berat badan yang semakin naik? Ayuh, cuba turunkan berat badan dengan buah. Ada beberapa jenis buah buahan untuk diet boleh diamalkan.

Menikmati salah satu daripada buah-buahan yang disenaraikan ini pada waktu pagi pada setiap hari boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat jika anda sedang cuba menurunkan berat badan.

Berikut beberapa jenis buah buahan untuk diet anda kena amalkan makan pada setiap hari:

buah buhan untuk diet

1.Pisang

Pisang mengandungi vitamin A, vitamin C, serat, juga zat besi. Serat daripada buah ini dikatakan mampu memberikan rasa kenyang lebih lama.

Di samping itu, buah ini terkenal kerana tinggi kalium dan rendah garam, yang membantu mencegah tekanan darah tinggi dan strok.Sungguh pun begitu, tidak digalakkan makan pisang semasa perut kosong kerana keasidannya. Jadi, kalau suka adan boleh menikmati hirisan pisang bersama roti bakar sewaktu bersarapan pagi. 

Artikel Lain: Resepi Kek Pisang Simple Dan Sedap

buah buahan untuk diet

2.Epal

Untuk mengekalkan berat badan yang sihat, makan sebiji epal setiap pagi. Serat, yang penting untuk membuang lemak perut, adalah salah satu sumber terbesarnya. 

Epal mempunyai banyak agen detoks semula jadi selain sebagai penggalak sistem imun. Jika menikmati roti bakar, jangan lupa tambahkan potongan epal ya!

buah buahan untuk diet

3.Kiwi

Kiwi termasuk dalam jenis buah-buahan untuk diet kerana mengandungi zat yang lengkap termasuk serat, vitamin C dan juga vitamin K. Ia adalah pilihan buah yang sihat bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan kerana ia rendah kalori serta mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah.

Biarpun buah ini tidak membakar lemak, tetapi ia mampu membuatkan kita rasa kenyang tanpa perlu mengambil banyak kalori yang mungkin akan memudahkan lagi proses penurunan berat badan.

buah oren untuk diet

4. Oren

Kandungan vitamin C dan antioksidan yang terdapat dari buah oren ini dapat membantu menurunkan berat badan. Selain itu,ia juga mempunyai indeks glisemik yang rendah, yang mengawal gula darah  dan membuatkan anda rasa bertenaga sepanjang pagi.

avokado

5.Avokado

Buah avocado adalah buah yang elok untuk diet kerana mengandungi lemak sihat yang sangat berguna untuk meningkatkan kolesterol baik dan tidak membuatkan anda gemuk.

Jika bersarapan dengan roti bakar, boleh letakkan potongan buah avokad ini bersama taburan ‘chia seed’.

strawberi

6. Strawberi

Buah strawberi padat dengan nutrisi kerana mengandungi serat, vitamin c, mangan dan antioksidan. Buah ini juga rendah kalori serta mampu membantu untuk mencegah kanser dan baik untuk kesihatan mata.Selain itu,  strawberi juga anti penuaan dan bagus untuk mengekalkan rambut dan kuku yang sihat.

Baca Juga: Khasiat Buah Strawberi Yang Super Hebat!

7.Tembikai

Buah tembikai kaya dengan kandungan air dapat memberikan rasa kenyang lebih lama. Manakala vitamin A dan C yang terdapat dalam buah tembikau juga dapat memberikan kulit yang sihat serta mengurangkan kedutan dan bengkak.

Itulah beberapa jenis buah buahan untuk diet. Jadi, jangan lupa masukan buah-buahan ini dalam pengambilan diet di samping rajin bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

2 thoughts on “Buah Buahan Untuk Diet”

  1. Pingback: MEKAP SIMPLE PALING MUDAH! - 123mamanet
  2. Pingback: Menu Diet Cepat Kurus - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme