Risau dengan masalah berat badan yang semakin naik? Ayuh, cuba turunkan berat badan dengan buah. Ada beberapa jenis buah buahan untuk diet boleh diamalkan.
Menikmati salah satu daripada buah-buahan yang disenaraikan ini pada waktu pagi pada setiap hari boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat jika anda sedang cuba menurunkan berat badan.
Berikut beberapa jenis buah buahan untuk diet anda kena amalkan makan pada setiap hari:
1.Pisang
Pisang mengandungi vitamin A, vitamin C, serat, juga zat besi. Serat daripada buah ini dikatakan mampu memberikan rasa kenyang lebih lama.
Di samping itu, buah ini terkenal kerana tinggi kalium dan rendah garam, yang membantu mencegah tekanan darah tinggi dan strok.Sungguh pun begitu, tidak digalakkan makan pisang semasa perut kosong kerana keasidannya. Jadi, kalau suka adan boleh menikmati hirisan pisang bersama roti bakar sewaktu bersarapan pagi.
Artikel Lain: Resepi Kek Pisang Simple Dan Sedap
2.Epal
Untuk mengekalkan berat badan yang sihat, makan sebiji epal setiap pagi. Serat, yang penting untuk membuang lemak perut, adalah salah satu sumber terbesarnya.
Epal mempunyai banyak agen detoks semula jadi selain sebagai penggalak sistem imun. Jika menikmati roti bakar, jangan lupa tambahkan potongan epal ya!
3.Kiwi
Kiwi termasuk dalam jenis buah-buahan untuk diet kerana mengandungi zat yang lengkap termasuk serat, vitamin C dan juga vitamin K. Ia adalah pilihan buah yang sihat bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan kerana ia rendah kalori serta mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah.
Biarpun buah ini tidak membakar lemak, tetapi ia mampu membuatkan kita rasa kenyang tanpa perlu mengambil banyak kalori yang mungkin akan memudahkan lagi proses penurunan berat badan.
4. Oren
Kandungan vitamin C dan antioksidan yang terdapat dari buah oren ini dapat membantu menurunkan berat badan. Selain itu,ia juga mempunyai indeks glisemik yang rendah, yang mengawal gula darah dan membuatkan anda rasa bertenaga sepanjang pagi.
5.Avokado
Buah avocado adalah buah yang elok untuk diet kerana mengandungi lemak sihat yang sangat berguna untuk meningkatkan kolesterol baik dan tidak membuatkan anda gemuk.
Jika bersarapan dengan roti bakar, boleh letakkan potongan buah avokad ini bersama taburan ‘chia seed’.
6. Strawberi
Buah strawberi padat dengan nutrisi kerana mengandungi serat, vitamin c, mangan dan antioksidan. Buah ini juga rendah kalori serta mampu membantu untuk mencegah kanser dan baik untuk kesihatan mata.Selain itu, strawberi juga anti penuaan dan bagus untuk mengekalkan rambut dan kuku yang sihat.
Baca Juga: Khasiat Buah Strawberi Yang Super Hebat!
7.Tembikai
Buah tembikai kaya dengan kandungan air dapat memberikan rasa kenyang lebih lama. Manakala vitamin A dan C yang terdapat dalam buah tembikau juga dapat memberikan kulit yang sihat serta mengurangkan kedutan dan bengkak.
Itulah beberapa jenis buah buahan untuk diet. Jadi, jangan lupa masukan buah-buahan ini dalam pengambilan diet di samping rajin bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.
2 thoughts on “Buah Buahan Untuk Diet”
Comments are closed.