Tentu ramai yang tidak tahu terdapat banyak khasiat kulit kayu manis atau ‘cinnamon’ ini. Ia bukan sahaja mengandungi kalsium, zat besi, serat dan mangan, bahkan di dalam kulitnya juga mengandungi minyak aromaterapi untuk penyembuhan pelbagai masalah kesihatan, kulit dan rambut.
Mamanet suka menggunakan kulit kayu manis dalam masakan, selain menambah rasa, baunya juga cukup menyegarkan! Mamanet pun tahu khasiat kulit kayu manis boleh mencipta ramuan semulajadi untuk rawatan kecantikan yang kita boleh buat sendiri apabila dikombinasikan dengan bahan-bahan seperti minyak zaitun, madu dan gula.
6 Khasiat Kulit Kayu Manis untuk tubuh dan kesihatan anda:
- Masker Anti Jerawat
Kita boleh buat sendiri masker dengan menggunakan satu sudu kecil kulit kayu manis yang sudah dikisar halus dengan tiga sudu besar madu asli.
Campurkan kedua bahan tersebut sehingga menjadi pasta, kemudian sapukan ke wajah. Khasiat kulit kayu manis ini mampu menghentikan bakteria penyebab jerawat. Manakala fungsi madu pula akan mengurangkan kemerahan akibat radang jerawat serta mengembalikan kelembapan kulit muka. Biarkan selama 10 minit atau sehingga kering, sebelum dibilas dengan air bersih.
Baca juga: 6 Petua Kecantikan Muka Yang Wajib Anda Cuba
- Pelembab Kulit
Kulit kayu manis boleh melembutkan kulit, terutama kulit muka. Untuk mendapatkan khasiat kulit kayu manis, anda boleh mencampurkan minyak kulit kayu manis ini dengan minyak zaitun atau minyak almond. Kemudian, sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Minyak kayu manis ini dikatakan boleh mengurangkan garis-garis halus pada wajah, bintik-bintik hitam dan juga kedutan.
- Menghilangkan Bau Mulut
Sesiapa yang ada masalah dengan bau mulut yang kurang sedap, jangan teragak-agak untuk mengunyah beberapa batang kulit kayu manis. Selain itu, anda boleh juga cuba berkumur dengan kulit kayu manis yang telah direndam dengan air panas untuk memiliki nafas yang berbau segar.
- Membersihkan Kulit Kepala
Khasiat kulit kayu manis yang mungkin tidak ramai yang tahu, ia boleh memelihara kulit kepala dengan bertindak sebagai scrub.
Campurkan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis, satu sudu besar madu asli dan suku cawan minyak zaitun suam. Setelah itu urut lembut ke kulit kepala untuk membersihkannya. Biarkannya selama 30 minit sebelum dicuci dengan syampu dan air bersih.
Khasiat kulit kayu manis dapat menghilangkan sel kulit mati pada kepala, merangsang pertumbuhan rambut dan memberikan nutrisi pada folikel rambut.
Baca juga: Ketahui Bahaya Minum Kopi Kepada Anda
5. Menurunkan Kadar Gula Darah
Jika kita ada diabetis, kita boleh memanfaatkan khasiat kulit kayu manis ini sebagai alternatif paling selamat untuk menstabilkan kadar gula di dalam darah. Untuk menurunkan kadar gula tersebut, kita campurkan serbuk kayu manis ke dalam oatmeal ketika bersarapan pagi. Mudah, kan?
- Meredakan Sakit Kepala
Jika kita sedang sakit kepala atau diserang migraine, kita hanya perlu tambahkan beberapa sudu serbuk kulit kayu manis dalam diet harian kita. Kulit kayu manis lebih semulajadi, dan jauh lebih baik daripada pengambilan ubat untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.