Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Petua Kecantikan Muka

6 Petua Kecantikan Muka Yang Wajib Anda Cuba

Posted on 05/27/201605/27/2016 by 123mamanet

Petua Kecantikan MukaRamai perempuan yang berwajah cantik, tetapi kelihatan tua dan muncul beberapa tanda penuaan di kulit wajahnya. Jangan bimbang ok, untuk mengatasinya, anda boleh mengamalkan petua kecantikan muka yang Mamanet kupaskan ini.

Isi Kandungan hide
1 Baca juga: 5 Cara Mengatasi Wajah Berminyak Dan Berkilat
2 Berikut beberapa petua kecantikan muka yang boleh anda cuba, antaranya:

 

Sebenarnya untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan wajah, kita tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang terlalu mahal. Penggunaan bahan-bahan semulajadi juga boleh membuatkan muka kita nampak cantik, putih, bersih dan segar.

 

Baca juga: 5 Cara Mengatasi Wajah Berminyak Dan Berkilat

 

Berikut beberapa petua kecantikan muka yang boleh anda cuba, antaranya:

 

  1. Lidah Buaya

Lidah buaya ternyata bermanfaat untuk membuatkan wajah anda cantik semulajadi. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu sapu gel lidah buaya ke muka.

 

Setelah itu, urut dengan lembut sehingga ia meresap. Cara ini berguna untuk mengurangkan garis-garis halus serta kedutan di muka, sehingga membuatkan muka andan nampak segar dan berseri-seri.

 

 

  1. Yogurt

Petua kecantikan muka dengan menggunakan yogurt mampu membuatkan muka anda nampak sihat dan awet muda. Anda hanya perlu, menyapu yogurt di muka anda, kemudian urut dengan lembut selama 15 minit.

 

Wajah anda bukan sahaja nampak bersih, malahan kulit muka anda pun jadi lebih anjal dan nampak cerah.

 

Petua Kecantikan Muka

  1. Mentega

Penggunaan mentega untuk mendapatkan wajah awet muda semulajadi juga tidak kurang hebatnya. Ambil satu sudu makan mentega dan satu sudu makan gula. Letakkan ke dalam sebuah mangkuk, kemudian gaul sehingga sebati.

Setelah itu, sapukan pada muka dan urutlah dengan lembut. Biarkan selama 20 minit sehingga ia meresap. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih.

 

Baca juga: Jom Putihkan Muka Dengan 3 Jenis Masker Beras

 

Petua Kecantikan Muka

  1. Tomato

Buah tomato kaya dengan zat anti oksidan yang boleh mengatasi iritiasi pada kulit akibat terkena sinaran matahari, mengurangkan bintik-bintik hitam serta mencerahkan kulit muka.

 

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu kisar sebiji buah tomato dan campurkan dengan satu sudu makan madu asli. Kemudian sapukan pada muka dan biar selama 20 minit. Setelah itu barulah bersihkan muka dengan air suam.

 

 

  1. Telur Ayam Kampung

Petua kecantikan muka dengan menggunakan telur ayam kampung boleh membantu menjadikan kulit muka menjadi lebih halus dan licin.

 

Ambil sebiji teluar ayam kampung, dan ambil bahagian putihnya sahaja. Kemudian kacau bahagian putih telur agak ianya menjadi berbuih dan cair. Setelah sapukan ke muka secara merata dan biarkan ia kering sekitar 30 minit. Setelah itu, bilaslah dengan menggunakan air suam sehingga bersih.Lakukan secara rutin dan anda akan dapat melihat perbezaannya dalam masa dua minggu.

 

Petua Kecantikan Muka

  1. Air Beras

Petua kecantikan menggunakan air beras, selain dapat menghaluskan kulit muka ia juga boleh mencerahkan kulit secara semulajadi. Setelah anda mencuci beras, gunakan airnya untuk mencuci muka anda. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan.

 

1 thought on “6 Petua Kecantikan Muka Yang Wajib Anda Cuba”

  1. Pingback: Petua Hilangkan Jeragat - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme