Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mata sembab

MATA SEMBAB. JANGAN-JANGAN BUAH PINGGANG KITA TAK BERFUNGSI DENGAN BAIK!

Posted on 04/10/201704/10/2017 by 123mamanet

Tidur dah cukup tapi bangun-bangun tidur di pagi hari, mata sembab! Sebenarnya apa yang menyebabkan mata sembab?

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA PUNCA YANG MENYEBABKAN MATA SEMBAB DI PAGI HARI:

Biasanya penyebab mata sembab kerana tindak balas cairan atau edema ringan yang masih tergolong normal dan tidak berbahaya.

Namun, kita juga patut tahu antara penyebab mata sembab atau bengkak ketika bangun hari ini ada kaitan dengan kesihatan badan kita.mata sembab

BERIKUT BEBERAPA PUNCA YANG MENYEBABKAN MATA SEMBAB DI PAGI HARI:

  1. PENGAMBILAN GARAM YANG BERLEBIHAN

Kebanyakan pengambilan garam boleh menyebabkan edema atau pembengkakan di dalam badan. Jika badan kelebihan garam dan kekurangan cairan, maka badan akan mempertahankan diri supaya terhindar dari dehidrasi. Akibatnya mata jadi sembab.

Makanan berpengawet dan makanan segera biasanya mengandungi sodium atau geram yang tinggi. Jika kita menyedari pengambilan garam kita agak berlebihan, cuba imbanginya dengan memperbanyakkan minum air masak.

  • Bagaimanapun, anda mungkin ingin tahu khasiat garam untuk tubuh.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

mata sembab

 

  1. PENGAMBILAN KARBOHIDRAT YANG BANYAK

Sekiranya bangun tidur mata sembab, cuba ingatkan kembali apakah sebelum ini kita banyak mengambil makanan berkarbohidrat?

Makanan dengan kandungan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan tindak balas insulin dan retensi sodium berlebihanan. Semakin banyak sodium yang ada dalam badan, semakin banyak pula pengumpulan cairan di dalamnya.

  • Ketahui 6 jenis makanan rendah karbohidrat yang anda perlu tahu.

mata sembab

  1. KEKURANGAN PROTEIN

Badan bengkak mungkin berpunca daripada kekurangan protein dalam darah yang boleh disebabkan oleh malnutrition, penyakit buah pinggang dan hati.

Perkara ini terjadi kerana rendahnya albumin dalam darah. Sedangkan albumin adalah untuk mengatasi kelebihan cairan di dalam badan.mata sembab

  1. FUNGSI BUAH PINGGANG TIDAK BERJALAN DENGAN BAIK

Mata sembab atau bengkak ketika bangun pagi boleh jadi tanda penyakit buah pinggang. Penyebabnya boleh jadi kerana buah pinggang tidak boleh menghilangkan kandungan garam dalam darah dengan baik.

Buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik seperti menghilangkan albumin boleh juga menjadi penyebab pengumpulan cairan yang menyebabkan mata sembab.mata sembab

  1. GAYA TIDUR

Tidur dengan posisi kepala yang lebih tinggi boleh menyebabkan cairan berkumpul di bahagian bawah mata. Hal ini kerana apabila anda bangkit, cairan secara tiba-tiba tertarik ke bawah mata hasil daripada kesan tarikan graviti.

Bahkan mata orang yang tidur meniarap akan lebih sembab. Begitu juga yang tidur mengiring. Mata di bahagian yang mengiring itu akan lebih sembab berbanding yang satu lagi.mata sembab

  1. TAK CUKUP TIDUR

Mendapatkan waktu tidur yang cukup bukan sahaja membantu tubuh berfungsi dengan baik pada keesokkan harinya tetapi juga mempengaruhi tahap peradangan tubuh badan.

Apabila kita tidak cukup tidur, maka saluran darah di bawah mata akan membengkak sehingga dekat dengan lapisan permukaan kulit dan menghasilkan mata sembab.mata sembab

  1. MAKAN DAN MINUM SEBELUM TIDUR

Biasanya bila tak boleh tidur, kita akan rasa resah dan mulut rasa nak mengunyah. Akhirnya kita akan menjadi penunggu di depan peti sejuk.

Jika kita mengambil makanan yang mengandungi natrium atau minuman beralkohol sebelum tidur, ia mungkin mengakibatkan mata sembab ketika bangun tidur.

Ini adalah kerana makanan yang masin atau mengandungi tahap natrium yang tinggi boleh menyebabkan tubuh mangumpulkan air sehingga ke bahagian mata.

Sementara itu minuman beralkohol bertindak sebagai minuman yang membawa kepada keadaan dehidrasi sehingga membuatkan kulit di bawah mata terasa lebih tipis.

Keadaan ini menyebabkan cairan yang berkumpul di bawah mata lebih menonjol dan nampak lebih membengkak.

mata sembab

8. MENANGIS 

Cairan air mata mengandungi garam yang boleh menyebabkan mata menjadi merah dan pembuluh darah di bawah kulit mata yang tipis akan membesar. Keadaan inilah yang membuat mata kelihatan sembab atau bengkak setelah menangis.

Sewaktu menangis, berlakunya peningkatan aliran darah di kawasan wajah yang mencetus terjadinya pembengkakan di kulit bawah mata. Bagaimanapun hal ini tidak ada kena mengenai dengan masalah buah pinggang.mata sembab

Itulah bebeberapa penyebab mata sembab yang patut kita ketahui. Selain beristirahat secukupnya, cubalah atur gaya hidup sihat serta cara pemakanan kita dengan baik.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme