Anak makan sayur. Dewasa ini, anak dan sayur seolah-olah musuh ketat. Apatah lagi dengan kebanjiran makanan segera yang begitu mudah didapati dan disediakan. Dengan perisa yang enak, anak-anak menjadi fobia pada rasa asli sayur-sayuran. Bagaimana hendak menghentikan peperangan ini? Bagaimana hendak memberi anak makan sayur?
Ikuti panduan mengatasi masalah memberi anak makan sayur ini oleh Puan Hifzaila Hafni.
Pagi ini saya belek-belek buku Annabel Karmel – What To Feed When; macam lama tak jengah buku tu maklumlah anak dah boleh makan macam-macam. Jadi tak ada nak cari resipi untuk anak sangat dalam buku (padahal anak baru 2 tahun lebih).
Buku ni, saya beli masa KLIBF, 2 tahun lepas kot. Memang murah lah sebab bukan buku baru. Dan saya memang dah berniat sekurang-kurangnya nak ada satu buku Annabel ni.
- ‘Sembunyikan’ sayur-sayuran dengan cara mengisarnya terlebih dahulu, kemudian campurkan dalam sos tomato. Ni kalau untuk resipi pasta, sesuailah. Contohnya spagheti blognaise.
- Tambahkan sayur-sayuran yang telah dilenyek atau puri sayur-sayuran ke dalam sup, stew atau kuah.
- Selitkan salad, tomato atau timun yang dihiris nipis atau halus dalam sandwic, wrap atau lasagna. Kalau buat topping pizza, boleh letak capsicum di bawah parutan keju.
- Sewaktu buat kentang lenyek, boleh buat karot lenyek juga. Campurkan sikit. Selain warna yang lebih menarik, rasanya juga lebih sedap.
- Sesekali tawarkan sayur yang boleh dimakan mentah, macam timun atau tomato. Timun boleh dipotong jejari, tomato boleh dipotong dadu. Manalah tahu, anak kita minat sayur mentah yang segar macam ni. Boleh cuba ajar dia cicah dengan mayonis (untuk anak yang lebih 2 tahun).
- Cuba perkenalkan dengan sayur-sayuran pelbagai warna dan bentuk. Macam brokoli, putik jagung atau asparagus. Tapi pastikan sayur-sayuran ini dicelur dahulu ya. Brokoli boleh diceraikan kepada floret (lebih menarik bagi anak) untuk mudah dipegang dan dimakan.