Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Majlis pelancaran Garis Panduan Penjagaan Mata Primer di Putrajaya pada 17 Jun 2025.

Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Posted on 06/18/2025 by 123mamanet

Pada 17 Jun 2025, satu detik penting dalam landskap penjagaan kesihatan mata Malaysia telah tercipta menerusi Majlis Peluncuran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris. Acara bersejarah ini dianjurkan oleh Persatuan Optometris Malaysia (AMO) dengan kerjasama Majlis Optik Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bertempat di TJ Danaraj Auditorium, Akademi Perubatan Malaysia, Presint 8, Putrajaya.

Isi Kandungan hide
1 Tujuan Pelancaran
1.1 Kandungan Garis Panduan:
1.1.1 1. Pemeriksaan Mata Komprehensif
1.1.2 2. Modul Latihan Enhanced Eye Care (EEC)
1.1.3 3. Proses Rujukan dan Dokumentasi Klinikal Standard
1.1.4 4. Pengiktirafan Profesional dan Logo Bertauliah
1.1.5 5. Kerjasama dengan Syarikat Insurans
2 Struktur Jawatankuasa Khas
3 Impak kepada Sistem Kesihatan Negara
4 Lebih Menyeluruh & Efisien

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad dan turut dihadiri oleh tokoh-tokoh penting dalam bidang optometri dan oftalmologi seperti Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah(Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan), Dr. Mohd Aziz bin Husni (Ketua Kepakaran Oftalmologi KKM), Encik Ahmad Fadhullah Fuzai (Presiden AMO), dan Prof. Dr. Azrin Esmady bin Ariffin (Presiden College of Optometrists).

 

Gambar beramai-ramai bersama Menteri Kesihatan, tokoh optometri, wakil KKM dan semua yang terlibat dalam majlis pelancaran garis panduan penjagaan mata primer.

Tujuan Pelancaran

Garis panduan ini digubal bagi memperkasa peranan optometris sebagai penyedia penjagaan kesihatan mata primer. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah strategik pasca pandemik COVID-19, bagi menangani keperluan mendesak sistem kesihatan negara.

Kandungan Garis Panduan:

1. Pemeriksaan Mata Komprehensif

Pakar Optometris akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pengesanan awal penyakit seperti glaukoma, retinopati diabetik dan katarak.

2. Modul Latihan Enhanced Eye Care (EEC)

Latihan ini mempertingkat kemahiran klinikal optometris dalam pengurusan kes mata kronik serta penggunaan ubat-ubatan mata. Modul ini turut merangkumi proses credentialing dan privileging.

3. Proses Rujukan dan Dokumentasi Klinikal Standard

Optometris dibimbing untuk merujuk kes ke pakar oftalmologi secara lebih cekap dan tepat. Rekod pesakit akan diuruskan dalam sistem berpusat, mirip amalan klinik perubatan am (GP).

4. Pengiktirafan Profesional dan Logo Bertauliah

Satu logo khas akan diperkenalkan sebagai pengenalan premis optometris bertauliah – memudahkan pengguna mengenal pasti pusat rawatan yang sah dan selamat.

5. Kerjasama dengan Syarikat Insurans

Pelaksanaan sistem ini membuka ruang kepada perlindungan insurans untuk perkhidmatan penjagaan mata primer.

Struktur Jawatankuasa Khas

Jawatankuasa khas ini dipengerusikan oleh Dr. Mohd Aziz bin Husni dengan penasihatnya, Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah. Ahli-ahli terdiri daripada pakar oftalmologi, akademik dan wakil AMO dan Majlis Optik Malaysia.

Baca Juga:

Mata Letih – Cuba 8 Cara Segarkannya

Cara Menjaga Kesihatan Mata Supaya Kekal Sihat

 

Ahmad Fadzullah Fuzai, Presiden POM, memberitahu semasa majlis sidang media garis panduan penjagaan mata primer
“Sudah tiba masanya optometris diiktiraf sepenuhnya.” – Presiden Persatuan Optometrist Malaysia (AMO), Ahmad Fadzullah Fuzai (tengah)

Impak kepada Sistem Kesihatan Negara

  • Mengurangkan Beban Hospital Awam – kes ringan boleh ditangani oleh optometris tanpa perlu ke hospital.
  • Mempercepat Akses Rawatan Mata Awal – Rakyat mendapat rawatan lebih awal dan konsisten.
  • Meningkatkan Profesionalisme Optometris – Peranannya akan lebih diiktiraf dan dihormati.
  • Membuka Peluang Latihan Berstruktur – Modul EEC akan dimulakan Ogos 2025, melibatkan 60-100 optometris pada fasa pertama.
  • Akses Lebih Luas kepada Rawatan- Direktori optometris akan diwujudkan secara dalam talian.

Lebih Menyeluruh & Efisien

Majlis ini bukan sahaja memperkukuh landskap penjagaan kesihatan mata Malaysia, malah memperkenalkan satu piawaian baharu yang lebih menyeluruh dan efisien. Dengan lebih 3,400 optometris di negara ini, langkah ini akan memperluas akses kepada rawatan mata berkualiti dan menjadikannya sebagai barisan hadapan dalam sistem kesihatan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme