Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Kek Span Pandan

RESEPI KEK SPAN PANDAN GEBU GEBAS!

Posted on 06/20/201706/19/2017 by 123mamanet

WALAUPUN CUKUP MUDAH UNTUK MENDAPATKAN KEK SPAN PANDAN INI, NAMUN TAK ADA SALAHNYA JIKA KITA MEMPELAJARI CARA MEMBUATNYA.

Isi Kandungan hide
1 RESEPI KEK SPAN PANDAN

 

Lagipun bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek span pandan ini juga sangat senang diperoleh. Boleh didapati di pasaraya ataupun supermarket berhampiran dengan tempat tinggal kita.

 

Bagi mendapatkan kek span pandan yang mengembang sempurna dan bertekstur gebu, pastikan kita menggunakan telur berada di suhu ruangan yang baik.

 

Jangan gunakan telur yang baru sahaja kita keluarkan dari peti sejuk. Di samping itu, pukul telur sehingga betul kembang, kemudian barulah dicampur dengan bahan-bahan yang seterusnya.

 

Lagi satu perkara, pastikan kita telah memanaskan oven atau ketuhar terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan kek yang hendak dibakar.

 

Kek span pandan yang sudah siap untuk dibakar sebaiknya tidak dibiarkan terdedah terlalu lama kerana ia boleh membuatkan adunan jadi menurun dan bantat ketika masak.

Kek Span Pandan

RESEPI KEK SPAN PANDAN

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:Kek Span Pandan

6 biji telur ayam (bersaiz sederhana)

150gram tepung gandum

150 gram gula kastor

½ sudu kecil baking powder

1 sudu kecil pewarna hijau (pandan)

1 sudu besar perahan air daun pandan (pekat)

100 gram mentega (dicairkan)

 

CARA MEMBUATNYA:Kek Span Pandan

  1. Pukul telur dengan gula kastor sehingga mengembang.

 

  1. Setelah itu, masukkan pula tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder secara perlahan-lahan serta bergantian dengan mentega yang sudah dicairkan tadi.

Kek Span Pandan

  1. Kemudian masukkan pewarna hijau (pandan) dan juga perahan air daun pandan. Kacau sehingga rata.

 

  1. Sediakan loyang yang sudah disapu dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung gandum. Tuang adunan kek span pandan itu ke dalam loyang.

 

  1. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.

 

  1. Apabila sudah masak, keluarkannya dari loyong dan bolehlah dipotong serta dihidangkan. Untuk memotong kek span pandan ini pastikan kita menggunakan pisau panjang berjerigi yang khas untuk memotong kek. Bukan apa, jika salah teknik memotongnya kek ini boleh menjadi ‘huru-hara’ atau hancur.

 

 

Kek Span Pandan

Selamat mencuba resepi kek span pandan ini. Semoga berjaya!

 

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Facebook

 

  • Anda Pasti Mahukan Resepi Kek Velvet Hitam

 

  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

2 thoughts on “RESEPI KEK SPAN PANDAN GEBU GEBAS!”

  1. Pingback: Elevete Patisserie Christmas Gift Set - 123mamanet
  2. Pingback: Kek Coklat Paling Sedap - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme