Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

Resepi Sambal Tempe Kering Pedas

Posted on 02/25/202302/27/2023 by 123mamanet
resepi sambal tempe

Resepi membuat sambal tempe kering dan pedas ini sangat ringkas dan boleh dijadikan hidangan tambahan penyedap selera.Biasanya sambal goreng tempe digandingkan dengan kacang tanah dan ikan bilis. Rasanya yang ranggup, manis, masin dan pedas cukup membangkitkan selera!

Isi Kandungan hide
1 Jom Cuba Resepi Sambal Tempe

Jom Cuba Resepi Sambal Tempe

Tempe sangat mudah untuk diolah menjadi masakan yang enak dan salah satu menu dari Dapur Mamanet mahu kongsikan ialah sambal tempe kering dan pedas.

Dalam tempoh  tak lebih dari 15 minit, sambal tempe ini sudah boleh dihidangkan. Senang sangat memasaknya!

CUBA JUGA: RESEPI MEE SUP SABA PEDAS

resepi sambal tempe

Banyak Manfaat Makan Tempe!

Soybean Foods

Lagipun banyak  manfaat atau kebaikan bila kita makan tempe ni. Tempe banyak mengandungi serat pangan, kalsium, karbohidrat, vitamin B, zat besi dan keratin.

Di samping itu, tempe juga mengandungi antioksidan dan probiotik yang bagus untuk kesihatan, terutama pada saluran penghadaman.

Manakala kandungan antioksidan insoflavon  jugua memainkan peranan yang baik dalam melawan sebarang serangan radikal bebas seperti penyakit degenerative (atherosclerosis, jantung koroner, diabetes mellitus dan hipertensi) serta beberapa jenis kanser seperti kanser pancreas, prostat dan payudara.

Tempe diperbuat dari kacang soya yang telah difermentasikan. Tempe berkhasiat di makan untuk semua peringkat usia kerana mudah dihadamkan.

Boleh Disimpan Lama

Sambal tempe kering dan pedas ini juga boleh tahan lama. Bagi membuatkannya tahan lebih lama dan sedap, pastikan kita menggunakan tempe yang berkualiti dan digoreng sehingga betul-betul kering.

resepi sambal tempe

Berikut Resepi Sambal Tempe Kering Pedas & Sedap

Bahan yang diperlukan:

250 gram tempe (dipotong kecil-kecil)

Kacang tanah secukupnya

Ikan bilis secukupnya

Cili giling secukupnya

Kicap manis

Gula merah

1 biji lada besar( dipotong serong)

Minyak untuk mengoreng secukupnya.

Bahan yang diperlu dihaluskan:

4 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

garam dan serbuk perasa secukupnya.

Artikel Lain: Resepi Cara Berlauk Tuna

Cara Membuatnya:

1.Goreng tempe terlebih dahulu sehingga kekuningan. Setelah masak,  angkat dan toskan.

2.Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing dan angkat serta toskan minyaknya.

3.Kemudian goreng pula kacang tanah sehingga masak, angkat dan toskan.

4.Gunakan kuali dan minyak menggoreng yang  lain.Kemudian, tumis bahan-bahan yang perlu dihaluskan (bawang merah,bawang putih, halia).

5.Setelah naik bau, jatuhkan pula cili giling, kacau sehingga rata dan garing.

6.Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan pula gula merah dan kicap manis. Gaul sehingga rata.

7.Setelah itu, masukkan pula tempe, kacang tanah dan ikan bilis  yang sudah digoreng tadi serta cili besar yang sudah dipotong serong. Gaul rata dan masak sehingga kering.

 8.Setelah itu, cubalah rasa, jika masih terasa tawar, tambahkan serbuk perasa, gula merah dan garam.

 9.Selesai semuanya, padamkan api dapur dan sambal tempe kering dan pedas sudah sedia untuk dihidangkan.

10.Semoga resepi sambal tempe sedap, garing dan rangup ini dapat menambah keenakan hidangan yang anda sediakan untuk seisi keluarga.

Kredit Photo: Google

4 thoughts on “Resepi Sambal Tempe Kering Pedas”

  1. Pingback: Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam Bertemakan Cita Rasa Muhibbah - 123mamanet
  2. Pingback: THE CHICKEN RICE SHOP PERKENALKAN 'GRILLED BUTTER CHICKEN' - 123mamanet
  3. Pingback: Resepi Ayam Masak Merah Terlajak Sedap - 123mamanet
  4. Pingback: Petai : Menggoda Selera Di Sebalik Aroma Menusuk! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Recent Posts

  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme